May
28
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 28-05-2005

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya stori ni sambung daripada stori Hobby : Part 1. Sebenarnya lantaran aku yang terlalu exited sangat nak belajar turun tangga dan tak mau bertatih-tatih lagi (aku ni jenis manusia yang kurang penyabar) dan rasa tercabar tengok orang Patani yang bapak aku upah tu + mak bapak aku selamber deeek jer turun macam orang normal…aku plak (masa tu umur 4 tahun) terkedek-kedek turun dari tangga…apalagiii panasnya usahlaa dikata…aku poon nak try jugak…1st time, usaha aku berjaya dengan jayanya walaupon hakikatnya turun cara terkedek-kedek tu lagi cepat…Aku still xpuas hati…Keesokkan harinya aku nekad, nak sama laju sampai ngan depa…apa lagi mmg laju betoii…depa baru 3 anak tangga aku dah terlentang kat bawah…Sakit oooo!!! berbenjol-benjol kepala aku… Bincut kata orang Kedah…Apalagi modal kanak-kanak 4tahun… Menangislaaa…sebab nak pujuk aku yang masa tu KANYAQ lagi….marahlaaa Abang-abang Patani & Kakak-kakak tu kat tangga yang menyebabkan aku jatuhh…Mmmmm…best ooo jadi budak-budak, ramai orang sayang….Maklumlaa orang comel macam aku, sapa tak sayang…^_^

KAMUS HARI INI

KANYAQ - mentah (bukan makanan- sikap)

May
26
Filed Under (Santai) by zyehunt on 26-05-2005

Kuih Cara - nama familiarnya aku tak tau sangatlaaa…Bentuknya macam telur…Ada gula kat tengah-tengan…Ada kaler hijua…putih….Hmmm…Sedap!!!!

Kuih kiambang - sebutnya kembang (adik aku kata e taling, bukan e pepet –> hampa paham tak)… orang johor panggil kuih loyang…alaaaa…bentuk macam bunya tuuu…tulaa kuihnya….

Cekodok - jemput-jemput pisanglaaa tuuu…Nama jer cekodok @ cucur kodok….takdak satu pun ramuan masuk abdomen kodok mahupun kodok itu sekali dalam tepung…tapi kalau nak try, bleh jaaa…..

Ketayap - kat johor ada yang panggil Dadar Gulung…biasanya kaler hijua (dia punya kulit)…intinya nyiur kaler hitam (ada gak kaler merah, tapi tak sedap macam kaler hitam)….digulung ala-ala swiss roll….heheh

Lompang - biasanya bentuk agak bulat…ada lubang kat tengah….ada kaler hijau…coklat…tu jaa kaler yang familiar…kat lubang tu orang letak nyiur…Lembut…Sedap gak….

jom pikiaq - awat kuih harini banyak kaler hijau jaaa……orang dulu-dulu mesti talkdaa pewwarna tambahan kan…..ori jer depa pakai…tulaa pasai umoq depa panjang….heheheheh…

May
24
Filed Under (Santai) by zyehunt on 24-05-2005

1. Dangai - kuih yang 100% dibuat dari nyiuq (kelapa) + tepung ubi + gula….sedap

2. Meneram - orang kat tempat lain panggil peniaram, takpun kuih gelang.. Kaler hitam…manis…macam biasa…sangat sedap

3. Karas - akupun tak tau dia punya ramuan…Yang penting sedap…

4. Pulut Sekaya - tempat lain panggil seri muka…Sama jaaa

5. Tepung talam - tempat lain aku tak sure panggil apa…Tapi kat johor ada jual…Aalaaaa…kuih yang bawah kaler hitam…atasnya kaler putih….Feveret aku long-long time ago…Yang bawah jer…Yang atas mak aku abihkan…Sekarang kuranglaaa…

May
22
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 22-05-2005

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang masih mengingati ulang tahun kelahiran aku yang ke 22..Samada melaui testimonial frienster, massege friendster, e-card mahupun SMS via phone akuu…Kepada semua aku ucapkan jutaan terima kasih…Semoga persahabatan yang bermula dengan salam perkenalan ini akan teguh dan berkekalan serta diredhai ALLAH SWT selamanya…AMIN…………..

May
21
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 21-05-2005

ASSALAMUALAIKUM WTH….

SUDAHlaa cta skeet-skeet pasai kampung aku.. Aku poon dahtak tau nak stori apa dah.. For today and incoming posts, aku akan storilaa kat hampa (sapa-sapa yang sudi nak baca blog aku) pasal beberapa hobi aku yang aku bleh anggap pleklaa… yang aku rasa tak ramai dikalangan manusia yang buat… Mungkin aku sorang jaa yang buat…Celah-celah tu nanti aku masuklaaa post lain yang aku rasa nak aku share ngan hampa kat sini…

Untuk part mula-mula ni (mungkin part 1 sampai 10 kuut), aku nak stori kat hampa hobi aku masa aku umoq 6 tahun ke bawah…Untuk part 1 ni aku nak cerita pasai hobi paling ngeri pernah aku ada….

PART 1:  RAGAS TANGGA!!!

Hobi yang seingat aku, aku mula ketagih masa umoq 3 tahun… aku masa tu baru dapat lesen naik tangga sendiri dari orang tua aku… Sebelum tu kena didukung orang…Tak macholaaa…apa lagi, tiap-tiap hari aku naik-turun tangga kat dalam rumah aku tuuu…tetapi time ada orang kat atas jaalaaa… aku jarang sangat berpeluang ragas tangga sebab parent aku tdoq kat bawah (masa tulaa)… pantang orang naik atas ruma, aku poon followlaa sekali…tapi jangan harap boleh orang pimpin tangan aku…NO WAY… aku nak ragas sendiri… lambat poon lambatlaaa…bukan bleh langkah sesatu macam sekarang nii…Kena guna semua kudrat yang ada….Tangan aku ampu kat depan, lepas tu, aku kangkang luas-luas nak bagi kaki sampai kat next level…punyalaa lambat…Macam kita sekarang nii daki bukit or trekking hutan…macam tulaaa keadaan aku ragas tangga time tuu…Best ooo…Adventure!!!!!

Kalo nak turun tangga poon satu masalah jugak bagi aku time tuu…aku kena turun sambil duduk…Kaki aku mana sampai nak turun macam normal….Aku pernah cuba turun macam orang tua-tua…Lepas tengok depa slamber jer turun macam tuu…Apalagi, aku poon trylaaa….Cubaan pertama….PERFECT!!!Best gila weeeii…habih aku cta kat orang…..Cubaan seterusnya….bawa kepada TRAGEDI….

KAMUS

hampa - korang, kamu semua…

sapa-sapa - sesiapa

RAGAS - panjat

May
19
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 19-05-2005

Kampung aku tak pemes…Senang cta, sebut ja Kampung Simpang 4 Kuaq kat orang Aloq Staq…Messti ternganga punya…Aku kalo nak intro kampung aku, mesti aku bagitau aku niii tinggal kat Aloq Jangguih (Alor Janggus)…Bukan pasai apa, sat gi mesti banyak soal jawab punya, surelylaaa…Alamat dalam IC aku poon tak letak nama kampung, tak cukup form…tetambah plak nama jalan ke kampung aku ni dah ubah…Jadi lagi panjang…IC mak, pak ngan adik aku full…buruk betoi rupanya…Apa salahnya kalo jalan tu maintain jer nama dia…Jalan Putra…Ni tak, diubahnya jadi Jalan Tunku Abdul Rahman Putra….tak da Al-Haj…hmmmmm…tapi oklaaa…at least orang tau jugaklaa Aloq Jangguih tuuu….femeslaa jugak…lagipoon aku sekolah kat Aloq Jagguih…Situlaa cecikgu taburkan jasa dan bakti depa sampailaaa aku dapat pi U…ALHAMDULILLAH…pekan Aloq Jangguih nii cuma 3 kilo jaa dari kampung aku…Sebelum sampai kampung aku dari Aloq Jangguih, kena lalu Kampung Kubang Siam…Pastu baru sampai kampung aku…Tapi alamat kat IC aku cuma ada Aloq Jangguih jaaa…Nama kg aku takdak…panjang ngatlaa nak letak nama kampung aku yang memang dah panjang tuu…Kampung aku nii bersempadan dengan beberapa kampung lain macam Kampung Kubang Siam, Kampung Kelompang, Kampung Kuar Jawa, Kampung Huma, Jerlun…Hebat ooo kampung akuuu….jiran-jirannya masyarakat majmuk semuanya (JAWA< SIAM< ORANG SABAH SARAWAK–>tanam padi huma) heheheheh….Kira-kira 4kilo dari kampung aku ada MUZIUM PADI –> 1st kat ASEAN…masuk kena RM3…nantilaa aku stori pasai Muzium niii…nanti aku kasi sekali gambaq…Kena balik kampus dululaa nak scan gambaq tuuu…aku mana ada digicam…pakal manuallaaa….Aku puun ala-ala berbangga jugak ngan Pusat Akuatik yang tengah dok pasang piling kat area2 Muzium tu jugak…dengar cta tak lama lagi kat situ jugak nak buat Taman Tema Air ala-ala Sunway Lagoon pertama kat Kedah…bila tahun siap…ntahlaaa……

KAMUS ANDA

Janggus - buah gajus…alaaaa, buah yang biji kat luar tuuu…macam teka-teki darjah satu tuuu….

May
18
Filed Under (Religion) by zyehunt on 18-05-2005

Soalan : Tujuh (7) tahun lalu iaitu pada tahun 1995,Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahwa merokok adalah haram.Fatwa ini sudah semestinya dibuat dengan bijak,teliti serta menyeluruh. Anehnya fatwa haram rokok ini TIDAK diendahkan oleh SESIAPA di Malaysia samada individu,Majlis Agama,pertubuhan mahupun parti-parti politik. Mengapa ini boleh terjadi ? Menurut media, setakat ini hanya DUA (2) pertubuhan yang MENYOKONG SEPENUHNYA fatwa haram rokok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 1) Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan 2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Sebagai negara Islam apakah pendirian Malaysia terhadap rokok (harus,makruh atau haram) jika fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri tidak diikuti ? Terima kasih. Wassallam..

Jawapan : Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berkenaan merokok tersebut dan ia wajib diikuti oleh setiap muslim. Penguatkuasaan Undang-undang adalah tanggungjawab pentadbiran Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri-negeri . Oleh itu ia bergantung kepada Jabatan berkenaan untuk melaksanakannya di negeri-negeri. Walau pun begitu, penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak dapat menjamin perlaksanaan fatwa tersebut. Program-program ke arah menyedarkan masyarakat untuk meninggalkannya juga harus diperbanyakkan di semua peringkat.. .

NAK LAGII???? —> http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

May
17
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 17-05-2005

Mungkin dah terlambat sehari untuk aku ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk 1. Cikgu TABIKA KEMAS ALOR JANGGUS 1989 2. Cikgu Sekolah Kebangsaan Alor Janggus (SKAJ) 4. Guru-guru Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Taiping 5. Tenaga pengajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, (KUiTTHO) Batu Pahat Semoga cikgu beroleh kebahagian yang diidsamkan di dunia wal akhirah

May
15
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 15-05-2005

Sambung stori aku haritu…memang dari aku kecik lagilaa,aku memang gerun habih kat kampung (belukar mini yang ada kat rumah aku tuu, orang sini tempat macam tu kami panggil kampung)..aku poon tak tau sebab apa yang aku gerun sangat kat kampung tuu..dari kecik, seingat aku,aku tak pernah suka kampung tu expecially waktu malam..kalo bleh nak elak terusha kampung tuu…seram weeiiii…bayangkanlaa dengan keadaan belukar penuh, lalang setinggi dada aku time umoq 6 tahun (heheheh)…ada semAK samun…sarang biawak…tak termasuk ulaq lagi…mak aiaiiii…takut aku…aku selalu imagine hantu bungkuih keluar dari situ…langsiaq (langsuir aka langsuyor) bertenggek kat atas pokok kelima (pukul lima)…hihihihi…tapi yang bestnya tempat tuu redup sangat…best kalo berkelah….banya siput paip feveret aku (siput sedut versi bendang-bentuknya agak bulat,tak macam yang selalu ada kat bandar sebab kampung aku ni terletak di tepi sungai…kekadang aku ngan anak buah aku yang sebaya ngan aku tuuu lepak kat situ…kekadang main aci sembunyi (nyorok-nyorok) sampai maghrib….tak pun kutip asam…perdil burung (lastik)…kutip buah mertajam…kekadang tracking kat situ…hehehe…memang best arrr….tapi sekarang semua tinggal kenangan…

May
12
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 12-05-2005

Aku jumpa ni atas meja adik aku…..

senja maafkan aku

segala salahku dam (???)

bila kau tetap bisu

oh kebal salah atauku

dan aku sifatku

dan aku gilaku

dan aku  cintaku

dan aku rinduku

tak paham aku….