Jul
26
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 26-07-2005

Hidungku bleeding

Aku ingat lagi, waktu tu aku berusia sekitar 5 tahun laa.Time baru nak lasak sikit.Aku ni kira agak kurang lasak walaupon teringin bebenor nak lasak macam orang lain.Makbapak aku selalu warn aku.Ntahlaa.Aku poon tak paham.Anak2 buah aku semua leh lasak semacam jer.Aku tak lehlaaa.Asal main bawah panas skeet.Tak sampai 1/2 jam mesti laa hidung aku bleeding.Tensen betoi.Tak leh aku nak enjoy main puas2.Pastu kena sumbat daun sirih dalam hidung nak bagi stop bleeding cepat2.Mula2 aku bleeding,nangis…..Aku ingat aku nak mati dah…Yalaa, dara banyak gila.Habis basah baju aku ngan darah.Melampau banyaknya. Pantang jer hidung aku terantuk kat apa2 poonlaa, meja ker, gerek kaaa, siku member ker or wuteverlaaa benda keras, mesti bleeding punyalaa…Pastu dah selalu sangat bleeding, aku dah jadi mangli dah.Dulu kalau bleeding jer,mesti aku tak main sepanjang hari.Tapi lepas tu,jangan haraplaa lekat rumah.Habisjaa stop bleeding…sambung baiklaa main…Mana leh biar orang jer main kan…Penyakit aku ni, aku alami sampailaa aku masuk sekolah rendah.Sampai darjah 2-3.

Kamus korang

gerek - basikal

mangli - lali

Jul
25
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 25-07-2005

Dengan sukacitanya kat sini aku nak umumkan (macam laa aku bapak dia) Majlis Walimatul Urus Sahabat kita Mohd Hafiz Bin Ahmad Tamizi @ Thamrong (sori Tham…kekadang aku sebut nama hang jer ada yang tak kenai… Thamrong plak lebih familiar di telinga diorang) akan berlangsung di Kulim pada 28 Ogos 2005…Jomlaa bebudak SERATAS batch 9600 serbu Kulim nooo…..

Jul
21
Filed Under (Anger Management) by zyehunt on 21-07-2005

Bengang gila aku bila dapat tau loan akan masuk lambat….Ceritanya, 21 Ogos baru masuk…Bapak aiiih!!!!! Lambat gila…sepanjang aku kat sinilaa, nilaaa cta paling sadis aku dengar (berlaku kat diri akulaaa)….. Mana aku ada duit nak survive…. Survivor dalam TV oklaaaa…. Tak larat leh ofer diri kluar…. Kita yang student niii??? Nak mampus ofer diri keluar… MAu tak mau, kena go onlaaa…. Parah…Parah….

Jul
17

Assalamualaikum teman-teman… Terima kasih laaa kepada yang sudi menjengok blog aku nii… Actually ni topik baru yang aku nak share ngan korang… So sesapa yang terasa tu, aku mintak maapler yer…… Sebenarnya topik ni just nak share ngan korang benda-benda yang membuatkan aku teringat ngan member-member aku, tak kiralaa kat mana korang ada sekarang niii….

Bila teringat kacamata bingkai hitam, aku teringat kat Mohd Saiful Dzulkefly Zan - -ada kesilapan ejaan tak???(aku memang tak leh  lari bila tengok spek bingkai hitam.mestilaaa aku kaitkan ngan si epoi niii..mana taknya, asal jer aku buat spek bingkai kaler hitam mesti ada member SERATAS kata "tiru epoi,ekkk??". heheheh… Aku poon asal tengok orang pakai bingkai spek kaler hitam, mesti ingat kat epoi)

Bila aku teringat Coklat Tango, aku teringat kat Muhamad Rahmad Yusoff (actually masa aku kat SERATAS, aku suka bebenor makan coklat Tango…Rahmad ni pengepau utama coklat Tango aku… heheheh… Tau jer bila aku ada stok Tango dalam loker…Tapi, sekarang ni aku jarang sangat beli coklat nii..Tapi kalau aku beli coklat ni kat Wellward, teringat aku kat Rahmad… Tak dak dah orang nak pau aku…)

Jul
15
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 15-07-2005

sesapa yang dah tengok aku minggu pertama kuliah ni mesti terkejut ngan imej baru aku yang berambut agak panjang (cakap ngalahkan artis)… hehehe, sapa yang tak jumpa aku tak tau laaa rupa aku macamana eekk….ada yang kata aku lebih sesuai ngan rambut macam niii…yalaaa tuuuu…korang tak tau betapa bermasalahnya rambut aku niiii…so aku dah buat keputusan untuk menukar imej lagi…memang dah plan lama…tapi baru sekarang terlaksana….aku dah potong abih rambut yang aku simpan 4bulan tu…kedua terpanjang pernah aku simpan….yang paling panjang masa aku umor 6tahun…tu mmg dah macam pompoanlaaa…..kali ni aku potong rapat…tapak 2…pueh hati aku…macam hilang satu beban berlonggok atas kepala…bila aku tengok balik rambut aku tuuu…mak aiihhh…banyak gila…..maunya beberapa ratus gram….sebelum ramai orang mula tanya sebab aku potong rambut, biar aku bagitau kat sini sebab musabab pemotongan rambut aku kali ini yang aku kira antara terpendek yang pernah aku buat….

1. masalah keguguran dan rambut putus –> tetiap kali aku syampu rambut, maunya lebih dari 20urat rambut aku yang putus…bangun pagi tetiap hari maunya ada at least 4 urat rambut yang gugur…tetiap 2 hari sekali, mak aku bising sebab kena buang rambut aku yang tersangkut kat penapis sampah dalam bilik mandi tuuu…maunya botak aku lelama

2. masalah rambut gatal –> masalah yang aku paling tensen…asal rambut kering jer mulalaa kemunculan rambut kerinting yang berpuluh-puluh urat ni muncul…menyerabutkan kekemasan rambut aku…penspoiler utama.

3. kopiah aku dah tak muat –> asal solat jaaa…mesti nak jatuh kopiah raihan kaler hitam aku…the only kopiah yang aku ada kat sini…ialaa, rambut asyik nak mengerbang jaaa…mengalahkan bebudak solat jaa….

4. masalah kewangan –> tak larat aku nak spend money for shampoo, conditioner, and gel untuk rambut aku… 2 bulan sekali sure kena beli 1set shampoo & conditioner dan 2 botol gel rambut…mana larat…scholarship pun tak masuk lagi

5. buang masa –> sejak aku berambut agak panjang nii, aku spend purata setengah jam setiap kali aku masuk bathroom nak cuci rambut…mana nak syampu lagi…pastu nak conditioner lagi…nasiblaa tak dak pelembab…

6. rimas –> rimas berambut panjang…rambut pendek ni bebas skeeet…

Jul
13
Filed Under (Santai) by zyehunt on 13-07-2005

kata akar –> du (aku pon tak sure apa maksudnya. yang aku tau wujudnya insan yang digelar Che Du kat SERATAS dulu, jambu si PALI…heheheh)

imbuhan —> merdu (lunak, sedap didengar…Aku tak jamin suara jambu Che Du, si PALI tuu best gilerlaaa…Tapi aku berani jamin kalau masuk Malaysian Idol mesti Paul Moss said NO, Gee said NO, Roslan poon kata NO……Nyanyi dalam toilet leh laa PALI!!!)

kata akar –> cu (singkatan kepada ‘cucu’ iaitu anak kepada anak)

imbuhan –> mercu (tanda, simbol atau lambang kemegahan. Tapi tak semua cucu kat dalam dunia ni menjadi kebanggaan datuk dan nenek mereka.Kalau kaki penagih tu bukan jadi kebangaan dah, sesilap menjatuh maruan datuk dan nenek mereka sahaja….ish…ish…)

kata akar –> lap (suatu perbuatan untuk membersih atau menyuci sesuatu)

imbuhan –> merlap (singkatan kepada gemerlap yang bermaksudberkilat @ berkilau. Biasanya orang utara yang pakai.sangat bersangkut-paut ngan lap..Yalaaa, kalau korang lap benda yang lama, mesti nampak berkilau bercahaya, kan…kan…paham???)

Jul
13
Filed Under (Santai) by zyehunt on 13-07-2005

yazid abdul malik - khalid jamlus (hmmm…kalau yazid ni kurus skeet….surelaa korang ingat dia ni khalid jamlus….Aku sebenarnya bengkek giler ngan mamat khalid jamlus niii…sebab dialaaa bocor rekod tanpa kalah kedah tahun nii…waaaaaaa)

mohd hafiz halil - salman khan (aku rasa kalau dia ni berbadan sasa…slim skeet lagii…idung mancung…waaa…mesti jadi salman khan malaysia laaa….walaupon tak reti cakap hindi…katanya dia tak da darah india…darah jawa banyaklaaa)

mohd nazrin (senior kat KUiTTHO-dah grad dah) - arjun rampal (taktau ler ada orang perasan kaa idak…aku panggil dia pak njang…sebab mak ngah aku yang suruh panggil macam tuu…pak njang aku ni kalau laa tinggi skeeet…badan sasa…pipi tak cengkung sangat….hmmm, ada gaya nak jadi hero hindustan)

Jul
07
Filed Under (Anger Management) by zyehunt on 07-07-2005

Mangkuk hayun punya penyamun….Habis rumah sewa aku diselongkarnya…Meja aku habis jahanam….Mangkuk hayun….Kunci motor KC aku dicurinya….Nasib kunci jaaaa…..Kalo motor diangkatnya…Naya aku….Mangkuk hayun……

Jul
04
Filed Under (Santai) by zyehunt on 04-07-2005

1. kata akar –> cik - panggilan untuk wanita bujang. Tak kira usia. selagi tak kahwin selagi tuulaaa gelaran cik ni as her title.

imbuhan –> mercik - aku tak sure kalau loghat or bahasa baku pakai istilah ni atau tidak. Mercik ni kalau dikaitkan dengan hujan maksunya terkena tempiasan hujan. Kalau yang lain tu macam minyak atau air, terkena air atau minyak tersebut. Tak kiralaa dalam kuantiti macamana poon. Mercik tidak mengenal jantina, laki kaa pompoan.

2. kata akar –> gong - Sebuah alat muzik kebesaran di Raja. kebiasaan digunakan untuk istiadat rasmi di Raja. Kalau yang tak rasmi ni, biasanya digunakan dalam dikir barat. Batch aku dulu Mat Gong dikir SERATAS nii ialah Shareza  …Muahhahaha

imbuhan –> Mergong - nama tempat kat Alor Star. Di sinilaa terletaknya Shahab Perdana, Stesen Bas Alor Star. Tiada tempat pengeluaran gong kat sini. May be kat SMK Mergong ada koot 1biji untuk depa punya team dikir….

3. kata akar –> sing - bahasa Inggeris yang bermaksud nyanyi

imbuhan –> mersing - Nama tempat kat Johor. Sememangnya sing ngan Mersing ni berkait rapat laaa… Ialaaa kan ada Lagu ‘SERI MERSING’, ada lagu mesti nyanyi…nyanyi tu kan sing…errrkkk…paham tak????

Jul
04
Filed Under (Santai) by zyehunt on 04-07-2005

1. kata akar —> tua - apabila umur kita sudah lanjut, kita dipanggil orang tua… sesuatu barang yang sudah lama tempoh hayatnya juga poon dipanggil tua seperti kereta tua…

imbuhan —> mertua - tak semestinya mertua itu orang yang dah tua…contohnya kalau seseorang itu kahwin umur 16thn…16 tahun kemudian anak dia plak ikut jejak langkah dia…so ketika umur dia 32tahun dia sudah menjadi mertua seseorang…32 tahun tu dah tua kaaa?????

2. kata akar —> tun - pangkat untuk orang yang besar-besar darjatnya kat mALAYSIA NII…Biasanya sultan yang kasi…Ada jugak nama orang nama dia tun…Biasanya nama samaran atau panggilan.Contohnya: Zaitun.

imbuhan —> mertun - mertun ni merupakan panggilan penukul (hammer) dalam loghat Utara..Tak perlusebarang perlantikan atau watikah untuk mendapatkannya….

3. kata akar —> cun - cantik, lawa, come-lote dll

imbuhan —> mercun - bahan letupan bebudak terutamanya time raya…Best ooo amin mercun…Jom try test tengok…Kalau meletup kat muka, insyaALLAH, muka yang comel-lote tu mesti buruk yaa AMAT…