i, me, my, mine, myself
Soalan: Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum tersebut, jadi macam mana caranya untuk bertaubat kepada Allah? Hamba Allah…
Jawapan: Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-hukum Islam, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan pemimpin tidak dapat menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-moga kita dimaafkan Allah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa (zina) maka segeralah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenarnya. Dalam Islam juga dianjurkan untuk merahsiakan dosa yang telah kita kerjakan dan jangan segera mengumumkan apa yang telah dilakukannya. Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang diambilnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai manusia telah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah". Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah segala yang diperintahkan oleh Islam dan tinggalkan segala larangan. Kemudian bersegeralah bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya: 1. Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. 2. Taubat itu harus memenuhi syarat meninggalkan seluruh kemaksiatan dan benar-benar tidak akan mengulanginya lagi. 3. Bertaubat itu juga harus disertai penyesalan, ertinya menyesali atas semua kejahatan yang pernah lakukan dan berusaha untuk meninggalkannya. 4. Tidak mahu mengulanginya lagi kejahatan masa lalu.
Spek mata ku yang ke 2 aku beli masa cuti pertengahan penggal ke 2 masa form 3…masa tu dekat-dekat ngan sukom 98…spek paling murah pernah aku ada…cuma RM10 sahaja…sebabnya bapak aku bengang gila aku hilangkan spek 1st aku tuu… dia mmg tak mo beli dah… Aku poon tak bagitau sampailaa aku balik bercuti… Nasib kat kelas aku duduk barisan paling hadapan sekali…Kalau tak, susah aku…Spek ni aku beli kat kaki lima jer(dekat ngan KFC depan UNiTAR Alor Star skrang)…betuk ovul, bingkai kaler gold…bingkai dia agak besaq…bila aku pakai nampak beberapa thn lebih tua dari usia sebenar…Masa tu ramai gila yang kata spek aku tak elok macam yang 1st…bila aku kata harga rm10…takdak sapa yang percaya… power spek tak laa betoi2 sama macam kat kedai…spek ni cuma untuk rabun jauh shj…rabun silau xda…dah laa tu power aku masa tu berlainan antara kiri dan kanan…tapi power spek ni plak sama er…aku ingat lagi aku pakai power rabun jauh 100…sedangkan power sebenr aku 125 kiri dan 75 kanan (tak termasuk silau)….tapi lama kelamaan oklaaa….Lama jugak aku pakai spek ni… tak salah aku setahun lebi….sampailaaa spek ni patah…sekitar september-oktober 1999 ..Masa tu barulaa aku tahu betapa kotornya spek aku, lens dia dah berlumut hijau daahh….
Aku akan posting gambar kahwin tham kat sini nanti…Coming soon…aku kena bagi kodak aku abih dulu kkk…Waitlaaa noo…
Semenjak aku pakai spek mata dari Mac-April 1998, dah 6 pasang spek yang dah aku pakai…Kesemuanya ada nostalgia yang tak dapat nak aku lupakan….
Spek Pertama… Spek ni aku beli kat Optometris Hayati (kalau tak salah) di Bangunan Peruda, Alor Star. Masih wujud sampai harini…Aku pi check kat hospital nak check masalah mata aku…Doktor tu yang rekemen kat situ…Aku bukan reti pasal spek lagi… Spek kaler dark-light metallic brown, bentuk ovul…Harganya Rm150 (mahal gila aku rasa waktu tu)…Aku waktu tu mmg minat gila ngan bentuk ala-ala bujur telur niii…Aku buat spek ni sebab mata aku dah tak nampak sangat…Masa aku balik SERATAS semua orang kata spek aku lawa…Ngan kaler bingkai yang menarik…Memang sesuailaa ngan aku…Tapi ketua kelas aku plak kata tak uptodate…Katanya orang tak pakai dah spek macam tu…Bingkai tu, OKlaa katanya…tapi slek kat pelapik telinga…Pelapik telinga spek aku ni corak tompok harimau bintang…Yang dia plain kaler…Dia kata sekarang (1998) orang pakai macam dia punya…huh, yang aku heran, tak dak pulak yang dok komen lebih2 pasal spek aku…Kecuali dia…Siap ada yang berkenan sampai pinjam spek aku untuk pakai time fotografi sekolah…Time tu lehlaa pakai…power still sikit…Spek dia tak daklaa plak yang pinjam…tu yang aku heran…Spek sapa yang tak elok ni??? Tapi masa tu aku tak permenantlaa pakai spek, cuma waktu kelas jaa…Spek ni Akhirnya hilang, yang aku ingat HARI JUMAAT…Cuma 6 bulan jaa aku dapat pakai spek nii…Sampai harini aku tak pasti samada spek aku di curi (sebab aku selalu tinggal dalam kelas) atau tercicir masa on the way balik dari masjid telekom…Kebetulan masa spek aku hilang, aku jalan kaki balik seratas…..Alaaahaaiii…
sambung….
Ada sapa dah tengok KLM1 - KL Menjerit 1???? Aku dah tengok dengan member aku kat KUiTTHO ni - Alhafiz dan Eki tayangan larut malam jumaat lepas…Pada aku laa, KLM1 ni better than KLM… Aku dah dapat rasa bagaimana sambungan untuk KLM3…Mesti akan berlaku konflik antara watak Nisda ngan Erra…Muahahahahha…Sapa yang kena???
MEI
-kekerasan hati & degil
-kuat semangat & bermotivasi tinggi
-pemikiran yg tajam
-mudah marah apabila tidak dikawal
-pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
-perasaan yg amat mendalam
-cantik dr segi mental & fizikal
-tidak perlu dimotivasikan
-tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
-mudah dipujuk
-bersikap sistematik (otak kiri)
-suka berangan
-kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu
-bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
-daya khayalan yg tinggi
-permikiran yg tajam
-pandai berdebat
-fizikal yg baik
-kelemahan sistem pernafasan
-suka sastera, seni & muzik serta melancong
-tidak berapa suka duduk dirumah
-tidak boleh duduk diam
-tidak punya ramai anak