i, me, my, mine, myself
Assalamualaikum….
Mungkin ini posting aku yang terakhir sempena Ramadhan tahun nii…Esok aku nak balik kg dah…May be tak sempat lagi nak check email sebab aku tak topup lagi tmnet aku…Nak ke alor star pun rasanya maleh sebab orang surely ramai gila…balik ni may be aku sibuk ngan persiapan raya dan sebagainya…
Balik dari kampung nanti dah ada paper final nak kena mengadap…sampai sekarang, satu apa poon aku tak study lagi…konon2 balik kampung lambat leh laa study skeet…tapi hampeh…malasnya ALLAH shj yang Maha tau…Balik dari kg mayb aku takkan ke lab komp nak taip blog lagi…Final 3minggu+1minggu lagi mula final = 1bulan…May be satu bulan ni aku takkan posting apa2 lagi…Sampailaa paper last aku, Sc Bahan pada 22 Nov nanti selesai….
Bersempena bulan baik hari baik macam ni, aku nak wish selamat hari raya kat korang semua…Moga dengan barkah ramadhan, dan mulianya syawal mengeratkan lagi silaturahim antara kita…Moga persahabatan yang terjalin ini berkekalan hendaknya…hutang, kalo aku ada hutang tolonglaa bagitau…aku manusia, cepat lupa…bagii yang berhutang ngan aku…ada sen bayaq… kalao setakat sekupang dua…aku halalkan…moga hidup kita senantiasa diberkati…AMIN…buat kawan-kawan yang biasanya aku hantar kad raya, tahun no bajet… Ampun laaa…Buat yang dah selalu aku pi beraya…May be tahun ni aku tak dapat nak pergi…Cuti sekejap jer…Raya ke3 dah nak balik jhr…anyway have a nice syawal…buat yang di rantauan, bersabarlaaa… pengorbanan kalian ada habuannya…akhir kalam…sekali lagi …..
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN…
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, kita mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas limpah kurnia nikmat, rahmat dan berkat yang tidak ternilai banyaknya serta dikurniai taufik dan hidayah kepada kita sekelian dapat mematuhi segala suruhan dan menjauhi segala larangan.
Sesungguhnya di antara nikmat yang amat besar yang dikurniakan Allah kepada kita ialah nikmat malam Lailatul Qadar, setakat mana kebesaran dan mulia nikmat malam itu dijelaskan di dalam surah Al-Qadar bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah turunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar (malam kebesaran dan kemuliaan). Dan apa jalan engkau (Muhammad) dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih besar pahalanya daripada amal ibadah yang dikerjakan pada seribu bulan yang lain. Pada malam itu turun Malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. "
Muslimin yang dirahmati Allah,
Dari Surah tersebut dapat kita mengambil pelajaran untuk kita sematkan di dalam jiwa kita mengenal kebesaran dan kemuliaan Lailatul Qadar, semoga kita bertambah-tambah bersyukur di atas nikmat ini dan sekaligus kita mengerjakan ibadat serta beramal kebajikan sebanyak yang mungkin pada malam itu. Nabi besar Muhammad s.a.w telah menyentuh nikmat kedatangan malam Lailatul Qadar dengan penuh kesyukuran yang dilahirkan melalui tindakan seluruh anggota baginda yang diikuti sama oleh ahli keluarga baginda yang kemudiannya menjadi teladan bagi seluruh muslimin sekelian. Sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah r.a yang bermaksud:
" Adalah Nabi s.a.w apabila masuk sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan, bersungguh-sungguhlah baginda mengerjakan ibadat, baginda menghidupkan malamnya dan menggerakkan isteri-isterinya (supaya bangkit beribadat bersama). "
Sesungguhnya berbahagialah hamba-hamba Allah yang mendengar pengajaran Allah S.W.T dan teladan Rasulullah s.a.w diterima dan diamalkan sebaik yang mungkin, sebaliknya amat rugilah hamba-hamba Allah yang mendengar pengajaran dan teladan tetapi mereka tidak mengambil manfaat daripadanya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Suatu persoalan yang amat penting iaitu, mengapakah masih ramai di antara hamba-hamba Allah yang tidak memandang berat kepada nikmat malam Lailatul Qadar, malam itu berlalu begitu sahaja? tidak tergerak dihati untuk mengambil peluang bagi menaruh harapan mudah-mudahan amal ibadat kita berkebetulan berlaku pada malam Lailatul Qadar. Bagi menjawabnya adalah antara lain:
1. Mereka mengidap penyakit lemah iman, mereka kurang jelas tentang kebesaran dan kemuliaan serta ganjaran pahala pada malam Lailatul Qadar, sebaliknya mereka lebih nampak besar perkara-perkara yang dapat kesukaan segera di dunia ini.
2. Selalu mengikut hawa nafsu sampai mereka tidak sudi untuk melakukan ibadat pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan, kerana nafsu ingin berehat, mahu menonton TV, mahu berbual-bual kosong, mahu bersama-sama bantal tilam dan kain selimut.
3. Penyakit panjang angan-angan. Mereka berangan-angan akan hidup seratus tahun lagi yang menyebabkan mereka membiarkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat kepada Allah, kerana angan-angan bercadang akan melakukan ibadat sebanyak yang mungkin dimasa tua nanti.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita sekelian berharap bahawa kita tidak akan dihinggapi oleh penyakit-penyakit tadi, kita mesti berusaha sedaya upaya mengatasinya dengan melaksanakan perkara-perkara yang berikut:
1. Wajib kita menanam penuh keyakinan bahawa ganjaran pahala amal ibadat pada malam Lailatul Qadar memang amat besar yang mesti kita berlumba-lumba mendapatkannya.
2. Hendaklah kita menanam keazaman untuk jihad an-Nafsi, lawan kehendak nafsu yang melekakan supaya akal fikiran kita dapat berfungsi dengan baik sekaligus dapat tunduk dan patuh kepada panggilan seruan al-Quran, panggilan surah al-Qadar, serta kita dapat meneladani ibadat yang pernah dikerjakan oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.
3. Kita mesti buang penyakit panjang angan-angan, dengan kita sentiasa ingat bahawa kita mungkin akan berjumpa dengan Malaikat Malikil Mautpada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita amat perlu kepada persediaan amal ibadat sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi amal ibadat pada malam Lailatul Qadar untuk bekalan kita selepas mati.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama menerima bonus Allah S.W.T yang berupa nikmat malam Lailatul Qadar dengan penuh kesyukuran dan ikhlas hati, kita menyahut panggilan surah al-Qadar ini dengan azam untuk kita melaksanakan sebanyak-banyak ibadat pada sepuluh malam tersebut dengan kita melakukan sembahyang fardhu berjamaah, sembahyang sunat terawih dan witir, membanyakkan bacaan al-Quran, mengulangi membaca surah al-Ikhlas, berzikir dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh harapan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba Allah yang soleh, hamba yang bersyukur, sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah an-Naml ayat 40 bermaksud:
" Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya,, iapun berkata, "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia. "
dipetik dari –> Madzani Hompej
Nih aku forward dari buletin leen. aku dah edit…part yang aku rasa ramai dalam member list aku…kalau post semua, larat ke korang baca????
BUKA POSE UNTUK SERATAS…. Nie, arsyiq, Faizuber, Hana dll dan sms dan emel2 aku, so sila-sila… buatla macam umah sendiri… heh… Junior, senior, pakcik makcik Seratas dijemput join… jom,jom… Tarikh : 29 okt 2005 (Sabtu) Lokasi : Faizuber cadangkan MidValley… ok gak, leh aku shopping, xbeli pepe maupun baju kurung laie ni…. cadangan lain?adik-adik jom la join sekali ek… reramai…
dan yang pastinya aku tak dapat nak join…sesapa yang pi tu…sampaikan salam aku kat semua member kita…
Hmmm….seingat akulaaa…Tiap-tiap tahun aku tak pernah miss buat baju melayu…Waaa best betul bila pakai baju baru nii…Nilaaa senarai kaler baju melayu yang pernah aku buat (seingat aku)…
1989 - merah darah
1991 - biru gelap
1992 - coklat keemasan
1993 - kuning diraja (bangganya)
1994 - ungu gelap
1995 - merah darah dan pink
1996 - hijau pucuk pisang
1997 - peach
1998 - hijau susu
1999 - biru tua
jan 200 - merah hati
dec 2000 - hitam
2001 - ungu
2002 - biru muda dan coklat
2003 - ungu muda
2004 - biru tua
2005 - hitam
Aku dan rakan merupakan batch pertama mendiami Melewar. Masa bulan puasa, macam bisa jer. Cuma tak makan siang jer. Petang pergi bazaar kat P.Raja beli juadah berbuka. Bestnya kat Melewar ni, ramai meber berbuka kat rumah. Walaupun disediakan juadah berbuka kat surau Melewar tak da budak rumah aku yang pi. Sebabnya, ntahlaa… Aku sendiri masa tu lebih suka berbuka kat rumah. Lagi happening.
Aku ingat lagi, masa puasa di Melewar tu aku suruh member rumah aku yang balik ke KL pada minggu tersebut bawa sekali lagu raya. Excited gila aku masa tu. Malam pertama terawikh, aku pasang kuat-kuat lagu raya. Dahlaa semua lagu evergreen. Best giler rasa masa tu. Member rumah aku yang lain dah tak tau nak cakap apa. Sebab aku ni degil sangat, jadi diorang biarlkaa aku macam tu. Masa tu kad raya pon aku dah siap beli nak pos kat member aku. Seingat aku kad raya pertama tahun tu aku pos kat member aku yang belajar kat US, kat Vanderbilt. Heheheh… mmg aku excited gila nak raya lebih dari nak posa.
Masuk tengah Ramadhan, aku dah tak feel nak raya dah… Dengar lagu raya poon macam dengar lagu irama malaysia jer… Tak dak beza… Nak raya poon tak dak feeling dah… Sebab nak himpun semangat raya, aku stoplaa dengar lagu raya… Tapi masa tu laa radio mula putar main lagu raya… Alaahaii… serius!!! Tak rasa apa dah… Waaaa…rasa macam tak best jer raya!!!!!
1. belanja makin bertambah. berganda-ganda dari biasa sedangkan siang tak makan. itupun sahur jer.banyak mana sangat, kan??
2. Masuk ja Maghrib, ramainya manusia di Masjid. Tetambah kat masjid yang ada jamuan berbuka (contohnya Masjid Jamek KUiTTHO). Bila time terawikh jer, kuranglaa pulak jemaahnya. Yang makan time berbuka tu pergi mana yaa??? hmm, sakit perut kuut… Kat jamban agaknya…
3. Masa terawikh, orangnya 2 saf jer. Bila time moreh, mak aihhh. Macam satu kampung jer turun. tadi diorang ni solat kat saf mana??? Oh, safnya tepi tangga… Imamnya???
4. Tiap-tiap hari ada ‘pasar malam’. Tapi time bulan puasa tukar nama. Panggil Bazaar, ilmiah sket namanya. Ramai pulak orang tu. Tiap-tiap hari… tak pernah surut. Tapi kat masjid, taklaa seramai tu plak yang turun…
5. Mula jer puasa, nak lagu raya… Eh, ni nak rai Ramadhan ker nak raya jer lebih.. Oklaaa tu… lagipon raya korang may be dah dekat kut… Awal sehari dua dari Raya Aidil Fitri… Raya Aidil Fitri untuk orang rai Ramadahan… May be korang ni sesuai raya Deepavali kuut…
Sebenarnya tak banyak beza antara bulan puasa dan tak…Hampir sama ja setiap hari… Pengisian masa senggang macam tu jugak… Ada prep dan kelas… Sama ja… Cuma tak makan… perbezaan paling ketara padaa pengisian sebelah malam dan awal pagi jer berbeza skeet (kalau ada masa nanti aku share ngan korang)…
Kalau time prep… Mostly buat taik mata… Kalau masa lower form meneruskan aktiviti masa sekolah rendah… Main kepung gila…Masa upper form, baiklaa skeet… Lepak kat paper corner kat library… Ada kusyen, best betul kalo tidur…
Pengisian masa senggang di SERATAS yang paling ketara ialah time weekend… Masa nilaaa nampak betapa ramai budak SERATAS ni suka mengulor…Tetambah kalau petang Jumaat dan time tak outing…Mengulaq (tidor) jer kerjanya…
Kalau time outing… Bila balik ja, macam-macam juadah berbuka dibelinya… Paling favourite, Kue Tiew Dollylaa… takpun mini murtabak…Tapi at least mesti ada PRODUK bersahur… Budak pompoan aku tak pernah selidik… Tapi tak kira puasa ka tidak, diorang ni maintain jer gila shopping PRODUK….
Satu lagi aktiviti rasmi budak laki ni, baca majalah takpon komik… Masa tu komik Ujang mmg salah satu komik kegemaran akulaa kat SERATAS… Jarang sangat aku terlepas… Bumper raya hampir setiap tahun aku beli… Kalau komik time puasa laa banyak kali khatam… Masa tu komik Hong Kong mmg favourite… Dewata Raya, Juara Jalanan, Alam Perwira dan Pendekar Laut memang aku dok follow… Aku tak pernah beli poon… Tumpang orang punya jaa… Kalau kat dorm aku, Puad supplier Juara Jalanan… Dia ni poon selalu gak beli Mutiara Naga… Macam biasalaa, semua pakat dok ‘chop dulu (*buat budak SERATAS - tapi aku rasa macam ada istilah lain jaa… Lama tak pakai…tak ingat… Bukan selalu kita dk pakai SKANDAL ker)
Kalau dekat nak raya tu, mmg best gila… Selalu dengar RADIO SERATAS (wujud sampai aku lower form jaa, masa naik upper form puasa time cuti… takdaklaa Radio SERATAS)… Sambil dok lepak kat bilik layan lagu Raya… Mak aiih..Bestnya… Past tu kalau nak buat ucapan kena bayaq sekupang untuk satu ucapan… Pakatlaa berebut hantaq ucapan… Yang budak pompoan plak, pakatlaa terkedek-kedek datang blok laki… Nak hantar ucapan… Nama sapa yang sebut tu, bangga gilalaa… Pastu pakat2 balas ucapan… Kaya MPP ngan AJK Asrama… Temapt beroperasinya Radio SERATAS ni kat bilik operasi MPP kat blok A… Tempat bilik buat pengumuman tu… Sapa dok blok A dan B naik bingit telinga dengar lagu raya… Blok C & D asyik miscom jer… Speaker asyik rosak…
Rinduuuu zaman dulu-dulu……
Sepanjang hayat aku, aku dapati (rasanya semua orang sudah sedia maklum) peningkatan umur seseorang individu mencerminkan kematangan tindakannya. Begitulaa jugak bagaimana pengisiaan kita dalam bulan yang mulia ni. Kat sini aku nak sharelaa ngan korang apa yang biasa kita (tak semua tapi majoriti) kita buat time bulan puasa ni.
Masa di SKAJ
Masa kat sekolah rendah, banyak masa dihabiskan dekat tepi kolah ambik air sembahyang kat surau. Terutamanya yang belajar sesi petang. minit sekali mesti keluar kelas, pantang sangat cikgu tak masuk kelas, mesti pegi cuci muka dah berkumur. Sesetengah tu ada yang cuci tekak sekali, dia tak minum tapi melembabkan tekak yang kering.
Waktu rehat pulak, ramai gila berbaris dalam kumpulan sepanjang koridor sekolah. Yang perempuan main batu seremban, yang laki pulak main tutup tudung minuman. Bila umur dah meningkat sket, masa darjah 5 dan 6, kalau nak main benda tu poon dalam kelas. Tak main kat koridor dah. Takpon main ‘perang’ atas kertas (ala…main pakai pen tu… nak explain pun tak reti) takpun main ”tompok-tompok tahi unta’ (kat SERATAS panggil KEPUNG GILA - main atas kertas petak buku matematik, pastu buat titik kepung titik lawan…ada ingat??)
Aku borak ngan bapak budak ni jer… Dia sibuk kemas barang dalam loker… Sebelum tu kami bersalaman… Nama dia MYMY… Serius jer muka… Tak reti nak sedekah senyuman langsung… Macam sombong jer… Takpalaa… Maybe tak biasa kut…
KKZA macam tu jugak… Bapak MYMY tanya aku pasal KKZA… Aku pon tak tau nak cakap apa… MYMY usha dari jauh jaa… Tengah sibuk mengemas lagi… Loceng tamat Prep dah bunyi… Means tak lama lagi baliklaa angkatan penghuni bilik aku… Tapi sebelum tu kena pi jemaah Asar di surau…
Azan bergema dari surau… Tak jauh… Dalam 50m jer dari hostel aku… Nak tinggal KKZA, kesian plak… Kawan tengah tak sihat… Lagipon MYMY ada kat bilik ngan bapa dia… Takkan nak tinggal tetamu macam tu kut… Tetiba aku nampak kelibat abang Aspanizam (dia ni prefect aka sr aku - kami tinggal searas) menuju ke bilik dia, kat hujung blok kami… So aku minta izinla dari bapa MYMY nak jumpa abang Aspa … Nak bagitau keadaan KKZA… Bimbang gak aku…Kebetulan dia pon nak bereangkat pulang… Akui bersalaman ngan dia dan bergegas ke A1-4…
Aku pon pergilaa ke bilik A 1-4… Report pasal KKZA… Seingat aku ada 2 orang dalam bilik waktu tu… Tak ingat sapa lagi sorang… Kalau tak salah abg Nazri KP… Diorang pi laa jenguk KKZA… Masa tu jugak budak dorm aku balik… Apalagi, riuh gila… Abg Aspa suruh budak-budak ni ambik air kat KKZA… Eh, nak buka puasa ka??? Alahai sayangnya… Lagi 2jam lagi… Balik-balik aku yang kena sound… "Takkan nak tunggu keras baru nak bagi minum", kata abg Aspa…
Budak-budak ni semua pakat tolak…Malas nak turun ambik air masak kat water cooler… Last-last MMA ambik bekas suruh MYMY pi ambik air untuk KKZA… Katanya asyik kami jer yang kena, bagilaa budak jr baru yang rasa plak… Alahai, kesian betoi aku tengok MYMY… Manalaa dia tau water cooler tu apa… Aku baru masuk dulu poon perak yaa amat… Tanpa membantah MYMY poon ikut jerlaaa…
Lepas dah ambik air… KKZA poon minum… Mak aiii, lahap giler… Tersedak kang, baru tau… Kami poon pakat-pakat bawa keluar produk yang ada… Habis KKZA sental (alaa, tinggal beberapa keping jer biskut kering yang ada)… Lepas tu Abg Aspa pergi panggil warden, hantar KKZA ke hospital… Masa turun ke bawah, nak hantar KKZA ke hospital… Kena pimpin jugak mamat niii… Lemah lagi… Katanya tak larat nak jalan…Dekat waktu berbuka baru balik… Masa tu dah nampak segar sikit… Dah leh jalan sendiri… MYMY, biasalaa budak baru… Tak biasa lagi ngan SERATAS… Sebab aku orang pertama kat situ yang dia kenal, budak-budak bilik aku serah dia kat aku… Kononnya mini orientasilaa… Buat sikit majlis Taarof ngan budak-budak bilik… Pastu cerita pasal SERATAS… Apa yang aku tau sket-sket… Malam tu masa prep, dia join kelas aku sebelum diwujudkan lagi satu kelas baru… Untuk 2nd intake punya student…Tapi yang tak bestnya masuk MYMY, dah ada 3 orang namanya sama kat dorm aku - memang kompiuslaaa… Tapi kami ada panggilan sendiri untuk tetiap orang nii… Seingat aku, xda sorang pon dipanggil nama panggilan asal… Semua nama baru… Nama apa??? Kalau aku bagitau tak jadi rahsia laa nama watak-watak dalam cerita ni…heheheh…Anyway..Best of luck to all of U…MYMY,KKZA,PZ,MMA —> MNA aku tak dengar cerita kat mana sekrang… Semoga dia berbahagia sekarang….
TAMAT
1 Ramadhan 1416H (kalau tak salah aku)… 1 Ramadhan yang aku takkan lupa dalam diari hidup aku… Aku rasa, mungkin catatan ni akan menyinggung perasaan sesetengah pihak jadi aku decide pakai pangkal huruf jer individu tu… Kalau korang tau…taulaaa…. kalau tak tau, pakai agak-agak jer laaa… Heheheh…
Aku tak ingat haritu hari apa… Tapi surely hari tu adalah hari persekolahan… Perak tak cuti 1 Ramadhan… So kenalaa pi kelas hari tu… Semua berjalan lancar seperti biasa waktu pagi… Balik dari sekolah aku dapat tau ada budak 2nd intake 1st yang akan masuk ke dorm aku… Dorm A 1-2… Hmmm, sepatutnya dah masuk dah… tapi tak sampai lagi… Kami pun mulalaa buat spekulasi… Otai gila mamat ni… Kata masuk hari ni, batang hidung pon tak nampak lagi… Mesti gangster nii… Iyalaa, kalau skema mesti datang awaikan… Siapkan diri… tetambah bulan puasa macam nii… Petang-petang dah letih… Macamana nak kemas barang… MMA dah mula pasang niat nak buli budak baru nii… Katanya, kami dah sr (alaa…baru sebulan lebih masuk awal dari budak nii)… So nilaaa peluang nak kenakan balik…
Pkl 3 macam biasa… Kami pilaa kelas prep… Dlm pkl 3.30, ketua kelas aku merangkap dormate aku, KKZA jadi semacam jer… Something wrong jer… Memandangkan aku agak rapat ngan dia berbanding PZ, MNA (kami ni sekelas dan sedorm)… So dia ajak aku palik… Yang kesiannya sampai kena pimpin… Macam agak kritikalla mamat sorang ni…
Balik bilik, aku suruh KKZA restlaa… Tinggal 4jam jaa lagi nak buka… Tapi mamat ni macam tak larat sangat… macam dah abih tenaga… Tetiba " Assalamualaikum", ada orang bagi salam… aku poon jawablaaa "Waalaikumsalam"… Adala sorang pak cik ngan mamat sorang nii… Hmm, kecik molek jer badan dia.. Aku senyum… Tapi haram buat don’k know jer… Takpalaa… Dia tak nampak kut… Aku maafkan…
bersambung….