i, me, my, mine, myself
Naik jer atas permukaan bumi ALLAh nii, apa lagi….Time to snap-snaplaaa….Most of us melepas gian lepas tak dapat nak posing dlam bangunan….tapi agak malang…tetiba jaa rahmat ALLAH turun mencurah-curah….Semua orang terperangkap dalam bangunan SJSM….Yang mana ada kamera tu, tangkaplaa kat mana bleh posing, termasuklaaa aku….
Lebih setengah jam jugaklaa terperangkap kat situ…Bila hujan dah reda skeet…Aku ngan Amir mulalaa mencari tempat-tempat yang kami rasa best untuk dijadikan background gambaq kami….Landskap kat SJSM poon jadi apa….Abih kat landskap, kami pi kat tempat turbin putar (bahagian luar)…situ poon jadi!!!janji tempat tu pelik dan payah nak jumpa kat memana!!!
Lama jugaklaaa kami dok bergambar kat SJSM…Lepas tu atas permintaan ramai, kami nak naik tengok tasik Kenyir…On the way ke tasik, sempat lagi driver berhenti kat tgh jalan, nak ambik gambaq air limpah tasik…Biasalaa benda 10 tahun sekali nak jumpa…Macam tengok komet kat langit!!!!
Nak naik ke Kenyir ngan bas, memang menyeksakan bas KUiTTHO…SEMPUT bas!!!!Macam orang nazak sakit lelah kut!!!Pajero RTM ngan media lain yang buat liputan di situ semuanya selamber derk jer potong bas kami…Apapon selamat jugak kami sampai ke tasik…
SUBHANALLAH!!!!Bestnya tengok tasik Kenyir…Cantik!!!Ni laaa 1nd time after over than 10 years aku tak menikmati keindahan Kenyir…Tak banyak berubah…Bas tak berenti sebab masa kami sampai kat atas tu, hujan lebat…bila nak patah balik, tetiba hujan berenti….Baru jaa aku nak snap 1st pic, hujan turun balik…Elok aku duduk kat atas bas, hujan berenti lak….Bila aku jejak tanah, hujan rurun balik….Bila bas jalan sampai tengah tasik (tak sampai seminit), hujan berenti plak….Elok abih aku snap gambaq Amir berlatar belakangkan bukit-bukau (hujan turun balik)…WARRRGHHH…..hujan ni tak stabil betoi…tak larat aku nak selamatkan kamera aku….
Akhirnya hujan berhenti jugak…kali ni agak lama…hampir sejam..Lepak2 kat atas tuuu…basuh muka ngan air bukit…nak terkucil…semua ada…sempat jugaklaa aku sembang ngan pegawai yang sambut kami masa sampai tu…adalaa dalam 10minit borak ngan dia…sebelum hujan turun kembali dan kami berangkat ke Kuala Terengganu…BUBYE KENYIR…..jumpa lagi!!!!
Lepas taklimat ringkas tu, kami melawat kat tingkat -1 (bawah tanah) bahagian sistem kawalan… secara ringkaslaa aku stori kat korang…bahagian ni kira tempat kawalan bagi sistem janakuasa di kenyir laaa…masa kami sampai, paras air di empangan adalah 145.37m….had empangan cuma sampai 145.00m sahaja…kira 37cm laaa yang limpah tuuu….pastu kat sinilaaa diorang kontrol and agih saluran elektrik ke tempat-tempat yang di tetapkan…aku tak ingatlaaa…yang aku ingat cuma Tanah Merah di Kelantan untuk di salurkan ke Utara tanah air….
Best gak sembang ngan pak cik kat pusat kawalan ni…Diorang galakkan laa mintak kt TNB…Kerja senang tapi gaji tinggi…tak dak presure sangat…dengar macam best jaa bila bagitau kat kenyir ni gaji senang naik…huuhhuhu…bukalaaa cerita macam2 sampailaaa ke empangan bakun dan cerita hantu kat stesen tu….ngeri gak….
lama jugaklaa kat bawah tanah tu…adalaaa sejam lebih….kami tak dapat nak melawat tingkat seterusnya sebab keja-kerja penyelenggaraan sedang dilaksanakan masa tu…ar limpah punya hal…tapi ok haklaa….laporan taklaaa banyak sangat kan…heheheh…pastu kami kluar dan ada skeet jamuan ringan…minum air kotak jer…penghilang dahaga…
Satulagi peraturan yang diperingatkan kat sini,no posing-posing manja dalam bangunan SJSM. Alaaahh, nak tangkap gambaq niii..Nak jugak posing kat turbin.Tapi bleh dengan kebenaran pegawai bertugaslaa.Sebenaqnya nak masuk kawasan ni tak bleh bawak kamera.Pak Guard kat jaga tadi poon dah bagitau.
Lawatan kami di SJSM dimulakan dengan sedikit taklimat daripada pegawai bertugas.Beliau menceritakan secara ringkas sejarah SJSM, aku pon tak ingat apa ntah. Nak kena buat report nii. Beliau amat mengalu2kan kedatangan kami kat situ (mmgla, semua orang alu2, DALAM HATI SAPA TAU….–>tak baik tau buruk sangka kat orang).Yang bangganya, kami menjadi pelawat yang aat bertuah sebab dapat menyaksikan ngan mata sendiri kejadian air limpah yang last sekali berlaku pada thn 1996. tapi ada satu lagi pegawai kata, 20tahun.Tapi aku lebih prefere 10tahun sebab sorang tu jer kata 20tahun.Yang lain semua kata 10tahun.Dia hilang ingatan kut tahun 1996 tu (tak baik tau kutuk2 belakang).
Seterusnya sebab taknak buang masa, adalaa sedikit tayangan slide selama hampir 20minit.Info yang tak pernah aku tau dapatlaa sikit2 dari tayangan slide ni.Lepastu sesi soaljawab.Bebudak semua diam jer.Yang banyak dok tanya En Azwan ngan Mr Kok je.Yang lain setuju jer.
Sampai Kenyir lewat 10minit dari yang sepatutnya. Sebelum masuk, jaga Kenyir (kelihatan seperti PDRM seragamnya) buatlaa sikit taklimat ringkas.Katanya kena pakai kasut tutup (kasut aku tutup kat depan jer). Aku buat don’t know jer. Nasiblaa, dah sampai. Lagipon aku buat-buat lupa nak bawak (kasut sport hitam aku - aku pon tak sure samada aku buat2 lupa ker memang aku terupa….). Lecehlaa nak bawa banyak2 kasut.Heheheh..
Sebelum sampai kat pondok jaga tu, kami nampak satu pemandangan yang macam best jer.Air limpah kat dari Tasik Kenyir. Macam sliding kat Sunway jer. Korang bleh tengok kat aku punya photo Album.
Sampai jer kat Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM), kami disambut oleh sapa ntah. Dia sekali lagi terang lebih kurang pasal SJSM, lagi-lagi pasal kasut…Macam tau2 jer aku pakai kasut tak berapa sempurna..
Aku bangun tidor jam 6.15am.Tdo2 ayam jer.Sejuknya Tuhan saja tahu.Loh, Faiz ngan Rafiq tak bangun lagi.Aku urus diri lepas tu nak solat.ALAMAK, sejadah plak xda (semalam aku solat Jamak Qasar pakai selimut kat bilik Amir jer).Aku pi bilik Amir, ketuk 2-3 kali….diam jer..Tak bangun kut.Aku turun balik.Kejutkan Faiz dan yang lain so blehla aku solat.
7.50am aku turun ngan member bilik aku pergi sarapan kat Jalan Nesan 4. Pekena nasi goreng….Oklaaa RM1 jer nagan air teh O, RM0.50. Pastu dekat2 pkl 9.00, kami poon berangkat pergi ke Kenyir.On the way, aku tidoq lagi….(bersambung –> DI KENYIR)
Kami melalui Gambang dan Kuatan sebelum sampai ke pitt stop seterusnya di Kemaman.Macam biasalaa, bila jalan siang nii, banyak stok perlu dibuang. Kami berhenti di Stesen Minyak Shell, Kemaman.Aku pon turun sekali, beli chikedis @ jajan kat situ. Lama jugak berehenti, pak cik driver pon sempat minum kopi lagi.
Melalui kawasan janakuasa gas (aku tak sure sama ada logi penapisan ada sekali or tak kat area yang aku lalu tuu) di Kerteh dan Paka memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Macam rusa masuk kampung sebab memang aku tak perah lalu kat kawasan yang cenggini. Tengok ‘pebaziran’ gas berlebihan yang dibakar diudara melalui cerobong yang tinggi (kalo ada digital kamera leh aku tunjuk kat korang). Satu pemandangan yang aku tak pernah alami sebelum ni.
Dipendekkan story, sampailaaa kami kat K.Terengganu sekitar jam 8.30pm. Kami berhenti di pantai Batu Buruk, makan malam. Aku makan Nasi Goreng Seafood ngan Root ber float. Kena charge RM6.50. Ntahlaa, nak katamahal ponntak jugak. Murah poon tak jugak!!Blehlaa…as expected price!!
Dalam pukul 9.30pm kami poon gerak ker tempat penginapan di Hotel Seri Indah di Jalan Sultan Zainal Abidin. Aku tidor sebilik ngan Loh, Faiz ngan Rafiq. Sepatutmya bilik ru 3orang jer tapi sebab ada penambahan pelajar MrKok dari kelas yang satu lagi, jadi ada lebihlaa 2 orang. Hmmm, redha jerlaa…Lagipoon semalam jer kat sini so no hal lah!!
Kami urus diri, solat dan berehat lepas penat. Sekitar jam 12.30am, si Azlan Muharam ajak kluar makan. Apa lagi, aku yang mmg dok tunggu orang ajak kluaq mmg tak sabaq nak merasa nasi dagang Terengganu nii. Tapi macam mahalla…Nasi sikit jer tapi charge sampai RM2.00.tapi mmg sedaplaa..
Lepas makan, kami yang kira-kira 15org ni kluaq jalan kat tepi laut. Nothing special. Cuma adalaa beberapa snap gambaq dari kamera si Amir. pukul 2 lebih baru kami balik hotel. tapi berkunclaa plak dari dalam..asiblaa uncle yang jadi receptionist tu tidor kat sofa dpan kaunter.kalau tak jenuh juigak kami.
Time to sleep….tapi yang tak sedapnya, sejuk btulllll!!! berapa kali aku terjaga sebab sejuk punya pasal.Disebabkan bilik aku ni ada 4orang, selimut yang disediakan Faiz buat bantal. Kami yang ada bantal nii, kena laa korban jugak…Huhuhuhu..
Actually pi Ganu ni sebenaqnya lawatan Subjek Mesin dan Kuasa aku.Member aku yang ambik subjek ni sesi yang lepas tak pi poon.May be kapasiti studnt yang ambik terlalu ramai.Ni poon sebab aku join ngan jr….
Bertolak dari KUTTHO dalam pkl 9.00am. Sepatutnya jam 8.30 dah berangkat ntahlaaa apa probnya.Ramai jugaklaa yang pergi, dlm 38 orang termasuk kesan Elektrik Kuasa bebudak Tekno Elektrik.Aku duduk ngan si Amir, ‘jiran’ aku kat hostel.Baru 15minit jalan dah berenti kat pitt stop 1st di jentayu, MENYOROK (sarapan) dulu.
Pastu berenti lagi, bas nak isi minyak kat Petronas Air Itam.Sempatlaa aku pergi beli paper ngan sabun.Seterusnya bas meneruskan perjalanan ke Ganu melalui Yong Peng - Segamat.Sepanjang perjalanan, mostly tidoq!!!Bleh kata hampir semua orang dalam bastu tidoq…Aku layan paper jer. Dah abih baca paper aku poon join laa diorang sekali…Mengantuk SIYUT…
Kira-kira jam 1.30pm, kami sampai di Muadzam Shah. Berenti kat Petronas Muadzam Shah. Target utama….TOILET…May be sebab asyik dok isi jer masa dalam bas, so sampai sesak toilet kat situ…Mmg tak der chancelaa orang lain nak masuk..Budak KUiTTHO jer yang conquere.
Memula nak lunch kat Gambang. Tapi disebabkan ada yang dah lapaq, so makan kat Muadzam jerler.Aku dah tau, makan kat sini agak mahal expecially lauk ikan.Eki selalu gak kata yang kos sara perut kat sini bleh tahan gak mahalnyer.Aku makan nasi+ayam goreng+ulam skeet…dah RM3.50.Memang mahalla!!!Compare ngan parit Raja, baru dalam RM2.00-2.50.Solat jamak takdim semua dilaksanakan kat sini..
Perjalanan diteruskan………….(bersambung)
Mmg aku tak pueh ati kena saman hari nii…
Kesalahan lalu lintas….
Sebab tumpangkan orang…..tapi orang tu tak pakai helmet…..
AAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH……….
tension siyuut…
Ceritanya macam niii….
Harini aku dah terlambat ke kelas….
Aku gerak dari hostel 8.05am…
On the way ke klas…aku terserempak ngan classmate aku merangkap jiran aku kat hostel nii…
dia berjalan lenggang kangkung ke kelas…
aku poon apa lagi…dah alang2 nak ke destinasi yang sama….aku poon tumpangkan jerlaaa dia….
Masa tu dia kat makmal elektronik perubatan…kelas aku plak kat E15 (bebudak KUiTTHO tau laaa)….punyalaa dekat!!!!
Nak jadi cerita…baru 20-30m gerak menuju ke parking….
PIN>>>>PIN>>>>….(bunyi hon motor pak guard)….
dipendekkan cerita…Aku kena saman!!!!
Dia kata sepatutnya saman RM50.00 (bengong betoii!!!!)…Aku parking salah kat Alor Star poon kena saman RM10 jaaa (tu BANDARAYA, ini KUiTTHO jer)
Aku buat bodoo jer….
Malas nak balas…hangin tak ingat niii…ARGGGHH!!!!
tp nasiblaa saman skeet jer…
tapi malas laa aku nak bayaq!!!!
nanti2laaaa….TENSION TAK HABIH LAGIII!!!!
Aku still pakai spek ni sampai sekarang…
Biasanya aku pakai masa kat dalam bilik or buat kerja-kerja yang lasak…
Bentuk bujur telur…kaler olive metalic…
beli kat England Optical Plaza Putra (Sekarang Sentosa) Alor Star…
Masa dok tunggu result SPM lepas spek no3 aku patah…
Jenama Titanium….dan memang buat dari tiatanium poon…
Kalo ikut harga asal sebelm less…bingkai Titanium ni mmg mahal gila laaa…
RM490.00 without lens…tapi bila dah less 90%…mampulaa aku beli…
Memula aku pakai setahun jer…pastu aku tukar….
Sebabnya kaler dah luntur…
Tapi aku pakai balik sebab spek no 5 aku dah tak leh pakai no 6 pulak tengah problem (sekarang aku mesti ada 2 spek dalam satu masa…untuk Kuliah ngan lepak)…
Masa aku jumpa spek ni…memang dah agak uzur jugaklaa keadaannya…
Habuk tebal tak ingat…Maklumlaaa…3 tahun aku buat bodoh jer ngan spek ni….
Kiranya baru jer aku guna spek ni balik…tak sampai setahun lagi poon…
baru 9 bulan….tapi memang puas atilaaa….
Gasak macamana poon maintain jer….Memang berbaloilaa ngan harga dia yang cecah 1/2 ribu tuuu…
Masa aku mula pakai balik spek nii, masa tu aku praktikal di PANAMA….
Kerani kata aku nampak tua beberapa thn pakai spek ni….
Compare nga spek no 6 aku… Huhuhuh…
Aku tengok movie Siam ni di Megapavillion JB…
Masa pi teman Nizam beli filter untuk PSM dia kat JB…
Kisahnya pasal ilmu hitam Siam…
Lebih kepada balas dendam laaa…
So bagi aku cerita ni taklaa berapa seram sangat…
Tapi amat ngeri dan menjijikkan…
Aku rasa dalam banyak-banyak kaedah sihir yang ngeri tuuu…
yang mula-mula sekali ilmu hitam yang dikenakan kepada seorang bekas guru yang paling ngerilaaa bagi aku….
bila dia kena ilmu hitam Kemboja….
Badan dia luka-luka….
dah dari luka-luka tu keluar mata kail bila dibacakan satu serapah niii….
yang lain tu ngeri gak…tapi tak ditunjuk secara detail ngat….
antara ilmu hitam dan penyeksaan lain yang ada dalam Long Kong…..
- disalainya badan manusia hidup-hidup…pastu dia basuh orang tu ngan air sejuk….
- cabut kuku kaki…
- cabut gigi….
- gerudi kepala….
-kena sihir dimana keluar cicak dari badan mangsa…
- nampak hantu jer memanjang….
movie ni bagi aku tak rugilaaa kalau nak tengok…
puas atilaa walaupon tiketnya RM10 (kat BP RM5 jer)…
kualiti sound kat Mega Pavillion JB mmg best….