i, me, my, mine, myself
Makin ramai member aku yang dah abih degree…Mostly dah abih dah…Tinggal yang tersangkut ngan yang sambung dari dip jer…Yang sambung Master pon dah ada…
Yang dah kerja nak kahwin jer diorang nii…Perkhabaran terbaru yang aku tau, sorang lagi member aku kat SERATAS dulu bakal menamatkan zaman bujangnya July nii…Sapa dia???Tunggu post aku yang seterusnya…Orangnya dah bagi line untuk aku hebahkan…Tapi nantilaa…Bila aku dah dapat invitation kad untuk korang, dah soheh ngan bukti bertulis…So aku buka cerita…
Oklaa…Klu sikit…Dia ni pompoan, budak bio kelas 5M…Prefect sekolah..Kiranya antara budak baik kat sekolahlaa…Dulu masa kat sekolah pernah heboh dia nak tunang lepas habis SPM…Tapi gossip jaa tuuu…Tapi dah kompom betoi…SO, kalau tau hantarlaa komen…Bagi semua orang tau!!!!Keputusa rasmi akan aku pos sikit masa lagi…
FOLLOW JENTUAI
Aku ni macam budak-budak kampung yang lain jugak masa usia dalam lingkungan 6 - 10 tahun…Aku suka sangan follow belakang jentuai aka mesin padi…Bila dah besaq panjang cenggini, aku poon tak tau apa ntah bestnya follow belakang jentuai ni…Ntahlaaa…Tapi memang jadi satu ‘ketagihan’ kat aku time tu…
Mula-mula, masa aku masih berbasikal roda 4, aku cuma usha jaa dari rumah…Tambahan pulak jentuai ni selalu diturunkan dari treler depan rumah aku…Memang pantang laa dengar bunyi enjin dia…time berbasikal roda 4 tu aku cuma kayuh kat dalam rumah jaaa…Paling jauh poon kat pagar depan halaman rumah aku…Bila dah cekap berbasikal tayar 2, bapak aku hantar aku pergi ngaji Quran…
Bila dah dapat line keluar ngan basikal ni, panjang laa sikit kaki aku ni…Hehehe…Pantang tau ada jentuai yang lalu area kampung aku…Sanggup aku follow jentuai tu sampai ke destinasi degan basikal mini aku tuu…Kekadang tu jauh jugaklaa…Dalam 2km jugak aku kayuh ngan basikal mini kaler merah tu…Penat ooo…Bukan ada gear poon walaupun jenama BMX…Biasalaa, basikal orang kampung….
Paling aku suka, jentuai kaler merah…Memang aku minat fila jentuai kaler nii…Jarang-jarang aku nampak jentuai kaler merah kat kampung aku…paling kerap kaler hijau muda…Dah naik nyampah aku tengok…Kalau kaler hijau nii, aku buat bodo jer…Kalau kaler merah, aku sanggup follow tak kiralaa sampai mana poon…Kalau penat poon aku gagahkan jugak….Kaler hijau tua ngan kuning poon aku minat giler…Tapi minat aku taklaa sefanatik kat kaler merah…Heheheh…
Klalau nampak jentuai kaler selain hijau muda kat mana-mana, memang aku usha rapatlaaa…macam usha awek yang cun giler…Selagi tak hilang dari pandangan, selagi tu aku usha…Aku poon pernah bercita-cita nak jadi pemandu jentuai ni dulu…Heheeh…Betapa fanatiknya aku kat jentuai nii…Tapi sampai sekarang aku tak berpeluang nak pandu poon…Nak join driver tuai padi poon tak dapat lagi…Yerlaaa,masa sekolah rendah, mmg bapak aku tak kasi…menengah kat asrama…bila ipt plak jauh kat selatan…lagipon minat aku dah tak macam dulu lagiii…Kalau ada peluang, nak jugak aku try…Heheheh…
Ada lagi sahabat-sahabat yang wish besday (tak abih-abih lagi…..) walaupun dah dekat sebulan aku ni berusia 23 tahun ikut tahun Masihi…Kalau iku Hijriah, tinggal beberapa jer hari lagi nak masuk 24 tahun…Aiyook, tua weiii…Sekarang dah tengah bulan Jamadil Akhir…Tak sampai 3bulan jer lagi nak sambut ulang tahun ke 24 Hijriah…Tua dah rupanya…….
Rupanya ada lagi member yang masih ingat besday aku huhuhu…..Nadz wish last weekend via give5 kat hi-5…Syamil baru jaaa aku dapat testi dia kejap tadi…Aku ingat mamat tu dah pulih dari masalah rabun, rupanya nak posing depan kamera dia tak pakai spek…Tertipu aku…Hang sungguh bijak memperdaya aku, Syamil….Patut ada yang terkejut…Tergoda poon ada….Hang nampak lain dari 5tahun lepas….
Sebenar aku tengah bosan YAA AMAT…Apapon tak buat lagi untuk website gan kuiz Isnin niii…Check balik posting aku, rupanya cerita pasal spek aku tak abis lagi…Baru 1/2 jalan…Layan jer OK…Layan manusia yang tengah boring niii…
Aku ingat lagi, nilaaa 1st time aku buat spek di England Optical…Sebabnya tengah less 90% spek mata dia…Kebetulan plak masa tu spek aku baru jaa bingkainya patah…
Waktu tu sekitar bulan Mac-April 2001(aku tak surelaa…yang pasti lepas result SPM kluaq)…Sebab spek aku pon dah rosak dan tak boleh diselamatkan lagi, ajaklaaa bapak aku pi buat spek…Aku pon dapat tau yang ada sale kat England Optical…Bukan senang nak buat kat kedai cenggitu dgn harga yang mampu aku ‘kapak’ bapak aku…So bermulalaa aktiviti mencari bingkai baru untuk aku di England Optical Plaza Putra, Alor Star.
Aku jeling-jeling jer tengok spek yang kurang less nii…Aku tau, sure bapak aku xmoh…Lagipon aku dah set nak beli spek mahal…Pilih punya pilih, aku pilih spek New Century Club TITANIUM, kaler olive metalic…Bentuk bujur telur…Ala-ala macam bentuk mata belalang…Ada lagi satu ngan jenama yang sama gak, tapi dkalernya aku tak kenan, kaler silver…Bingkai yang sebelum ni poon kaler silver gak…Bingkai dia kecik sket dari yang nii…
Adik aku kata ok jaa…Mak aku kata ikutlaa…Aku poon decidelaa ngan pilihan nii…Sebabnya harga dia best!! RM490.00…Tak pornah aku beli bingkai mahal macamniii…After less 90%, best gila harga dia…Tapi ada syarat laa plak…kena beli ngan lens multicoated…Dah lama aku tak buat lens multicoated after spek 1st hilang…harga lens multicoated, sebelah jer dah RM70.00..So total up spek aku dekat RM200 jugak…RM189 –> spek paling mahal antara 4 spek yang pernah aku ada…
Bila balik rumah…Bila dah siap spek tu lepas 2-3hari…Aik, macam pelik plak..Huhuhu..Buruk macam mana ntah…Nampak pelik skeet…Tak kisahlaaa…Lepas setahun, tukarlaaa…Akhirnya, lepas 2 sems aku di U, aku pon tukarlaa spek aku…Sebabnya spek ni dah nampak buruk sangat…Kaler dia poon dah tanggal (sikit jer poon)…Sebab dah jumpa spek idamah…Terus aku samba…S
Aku buat bodoh jer ngan spek ni for 3years…Aku letak kat satu sudut almari ka ruang tengah rumah aku selama 3 tahun…Usha gitu-gitu jaaa…Dah tebal habuk menempek kat spek niii…Last-last bila spek no 5 aku dah terabut skrunya…Aku nampak spek paling lasak penah aku ada nii…Aku tukar lens…Dan akhirnya Jun 2005, aku pakai balik spek niii…Masa mula-mula pakai balik spek nii balik, kerani tempat aku LI gelakkan aku…katanya macam orang tua…Huhuhu..Takpalaa janji aku bleh nampak sebb masa tu spek no 6 aku mengalami kecederaan yang serius….Sampailaa sekarang, lens yang sama gak ngan tahun lepas…Dah kureng dah…tapi pakai jugak…engah menaip nii pon, aku tengah pakai spek niilaaa…Heheheh…
Masa nak tukar lens, akak kedai tu tanya aku…ia memang tak jamin kalau spek ni patah…Sebab Titanium ni keras, payah nak lentur…Tapi alhamdulillah selama aku pakai sampai hari niii…Memang tahanlaa spek ni…Patutlaa orang tua-tua kata, ALah membeli , Menang memakai…Sampai bila aku akan pakai spek nii???taktau laaa…Selagi tak patah..Selagi boleh pakai…Aku pakai…
–> macam pernah aku story jaaa…tak kisahlaaa…Dah habih menaip poon…Layan jerrr…
Masa kat SERATAS dulu, batch aku (seingat2 akulaaa)satu-satunya batch form five yang keluar dari SERATAS macam kena halau jer…Kesian betulla kat aku ngan member2 aku…Tak dak langsung majlis khas untuk kami poon walaupun dibuat kat sekolah…Batch Seri Kelana siap buat kat hotel lagi…Dengar cerita disponser 100% oleh sekolah…Batch aku macam dianak tirikan…Kesian betul kat batch aku…huhuhuhu…Bukan jahat sangat poon kami nii…Kesian katkami yang punyalaa pulun nak naik nama sekolah ngan hoki dan dikir barat (2 benda ni yang paling menyerlah tahun 2000)…PKBM poon kami wakil Perak ke kebangsaan (1999)…Last-last macam kena halau jer…Iyerlaaa, harini habis paper SPM, petang tu dah kena clear asrama…Tak sempat nak buat salam perpisahan…Benda yang paling aku terkilan sepanjang aku kat SERATAS sampai harinii….Huhuhuhu
Last semester di KUiTTHO…xda majlis perpisahan jugak…Adeeehhh…Ni, ntahlaaa…Kat mana silap ntah…Klas aku jer takdak (rasanyalaa)…Aku ingatkan ada yang organize untuk satu batch…Tunggu punya tunggu, sampai harini apapon takdak…May be ikatan ke’ngam’an semua budak elektrik kemasukan SPM ngan matriks still kureng…yang aku tau matriks mmg ada buat majlis diorang…TAHNIAHlaa…tapi yang masuk SPM ni…Yang aku tau buat antara pengkhususan jer…Member2 chinese yang aku dengar ada prom night diorang…Congratulations!!!…Balik-balik, kelas aku jugak yang takdak…Takpaalaaa…May be tak dak rezki…Takla keciwa sangat macam kat sekolah dulu…Heheheh…OK…Dah abih melalut…Adios!!!!
Dah lama jugak aku tak mengarut kat blog ni…Tak da idea dan malas…HUHUHU…Penyakit yang mmg takda ubat…kalau sesapa ada jumpa, tlg belikan aku 1/2 dozen…
Direct to the point…wanna wish my friends MOHD NOR B LONG NIK (ex SKAJian) and MIRWAN ASHRAN (ex SERATASian)…both of them dah nikah hujung bulan lepas…MOHD NOR dah pon selamat diijab kabulkan 27hb yang lepas manakala MIRWAN plak 21hb…Majlis persandingan MOHD NOOR esok (SABTU, 3 JUN) MIRWAN plak 24 JUN, kalau tak salah akulaaa…
Wishing both of you, SELAMAT PENGANTIN BARU…MOGA KEKAL KE ANAK CUCU…AMIN…Sorilaaa tak dapat nak hadir majlis hampa…Bajet tengah kering sangat…Kenalaaa berjimat…hUHUHuhu…Biasalaaa student….
–>P/s:- member ramai dah kawin…korang yang dok couple lelama ni tunggu apa lagi???Tak reti-reti nak buat cepat-cepat…Heheheh…Lainlaa aku…