Jul
29
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 29-07-2006

Dah seminggu lebih JPA masuk…sekejap ja aku dah belanja beberapa rat.. utk keperluan dan keiginan aku… (LAYAN JER CATATAN MENGARUT AKU NIII…)

Masuk jer duit Sabtu lepas, 1st thing aku buat, tukar lens utk kedua-dua spek aku (yang no. 4 ngan no. 6-nanti aku stori…heheheh)…tak mo beli spek baru…Bazir jer…spek tu pon elok lagi…anak timbalan dekan pon tukar spek 5 tahun sekali…aku plak dah 3spek dalam masa 5 thn 3bln nii…berapa banyak lens aku tukaq??? hmmm…tak ingatlaaa….

Pastu aku spend duit JPA tu untuk beli cooler laptop aku…Dah uzur dah laptop tu…pasang banyak2 sikit…Tetiba je dia shut down sendiri…Main tumblebug, leh tahan 15minit jaaa…Nasib tak collapse macam haritu…Bila pakai cooler ni leh laa aku main sampai sejam lebih sebelum penyakit lama kembali…

Hari aku mai BP ngan owen dan Niza…Mulanya nak makan pizza jaa…Tapi ntah macam mana bleh terspend beli slack, barang kecik ngan baju raya (ngehehehe)…habislaa wang aku…beli something utk bapak aku…utk besday dia nanti…hihi…takpalaa, ada jugak nampak pelaburan,kan???walaupon ada antaranya akan menkayakan Indah Water…Aku redha….

masa aku menaip blog ni…aku kat rumah owen…teman dia…Bapak dia ngan mak dia ngan adik dia pi melaka…Abang dia pi Muar…atas urusan masing-masing…Sekarang ni tgh layan zikr…owen tak log out…So aku layan jer…Tanay pasal konvo…Manalaa aku tau…Kalau aku tau nanti, aku inform kat korang di sini…InsyaALLAH…Oklaaa…Terima kasih kerana sudi baca catatan ntah apa-apa ni…Sekian laporan untuk harini…Terima kasih….

Jul
24
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 24-07-2006

Macam yang aku janjikan haritu, so inilah dia pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh member-memberku yang masih menganggur…Bukan budak KUiTTHO jer tau…Semua orang leh join…Hari Kerjaya KUiTTHO 2006 akan diadakan pada 29-30 Julai ini bertempat disekitar KUiTTHO…

Pameran -> di DTII bermula jam 8.30am - 6.00pm
Temuduga terbuka –> F2 bermula jam 8.00am - 5.00pm
Career Talk –> Di Dewan Kuliah - Dewan Kuliah sekitar KUiTTHO bermula jam 10.30 am - 4.30pm
Permainan –>Padang Kawad bermula jam 10.00am - 5.00pm

Career talk melibat beberapa workshop dan juga beberapa ceramah…Antaranya ialah:-

Forum ‘What’Employees’ Need from Graduate’ di DK2 pada 29 Julai jam 2.30pm-5.00pm
Corporate Image Showcase di DK2 30 Julai jam 9.00am - 11.00am
dan 4 Workshop yang diadakan pada jam 2.00pm - 6.00pm pada 30 Julai 2006 (tajuknya aku tak ingatlaa)…

Sehingga kini ada 30 buah syarikat yang telah pun mengesahkan penyertaan mereka di Hari Kerjaya kali ini. Antaranya ialah:-

KUiTTHO….
Jabatan Tenaga Kerja…
PUNB…
SPA…
NIOSH…
Pembangunan Sumber Manusia…
BP Plastik…
British American Tobacco…
Cosmo Restaurant (francais Burger King)…
Jobstreet…
Kolej Metro Prima…
Might Meteor Advance Manufacturing…
Pioneer…
Schlumberger…
Shimano…
Ins Enterprise…
Internexia…
Faratech…
Intel…
Ahmad Ismail Agency…
Genting Bio Oil…
Cosmopoint…
Yen Maseri Arielplex…
Panasonic…
Indah Water…
Coffee Classic…
Shell…
Guocera Tile…
Tidy Lock Fiffing…
Rolling International…

Uihh…aku dah lish semualaa syarikat yang ada…So, just grab your chances that day…Mana laa nak tau kut rezki korang Good Luck!!!!

Jul
23

da ker tanya aku, betul ker jadual konvo yang aku kasi…Huhuhuhu…Nah…Aku kasi yang dikeluarkan PPA….Heheheh…Harap terjawablaa segalanya….

Jadual_konvo

Jul
20
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 20-07-2006

Sesi 1 9 Sept 2006 (Pagi) - PHD, Master Kejuruteraan Awam, Master Kejuruteraan Elektrik, Master Mekanikal, Master PTV, Anugerah-anugerah Khas

Sesi 2 10 Sept 2006 (pagi) - Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Elektrik

Sesi 3 10 Sept 2006 (petang) - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi

Sesi 4 11 Sept 2006 (pagi) - Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Tool & Die), Ijazah Sarjana Muda Teknologi (Mekatronik)

Sesi 5 11 Sept 2006 (petang) - Ijazah Sarjana Muda PTV, Ijazah Sarjana Muda IT, dan semua diploma….

Jul
18
Filed Under (Gossip) by zyehunt on 18-07-2006

Ntahlaa….Mungkin YA dan mungkin TIDAK…Buat masa ni aku tak dengarlaa lagi ada seorang KJ yang semuda 27TAHUN…Kalau aku silap, tolong betulkan…

Aku pon baru tahu Isyak tadi… Ntah macamana bleh terbuka cerita pasal KJ…En. Danial telah ditukarkan ke jabatan FKEE yang baru…Aku sendiri tak pasti jabatan apa…Dengarnya satu jabatan yang lebih menumpukan kepada hands on…Manakala tempat beliau kini katanya digantikan oleh seseorang yang amat famous kat FKEE…

Aku pon agak pelik, jumaat lepas aku ke pejabat dia…minta cop sticker pelajar…Tapi kat cop tu still dia KJ Kejuruteraan Komputer…Hmmm…ntahlaaa….Tapi katanya orang yang menggantikan beliau di JEC ni sangat berkaliber…Memang seorang yang amat disayangi oleh orang-orang lama di FKEE…

Aku masukkan topik ni kat gosip, bukan pasal apa…Aku sendiri tak pasti akan kesohehannya…Tapi yang bagitau aku ni pon, bukan calang-calang orang…Orang penting dalam KKE jugak…Tak boleh nak aku katakan tidak…Dia ni pon kiranya agak rapatlaa jugak ngan KJ muda yang masih lagi mmuda ini…Bukan sahaja muda, malah masih lagi bujang trang tang-tang…

Sebut ja nama KJ baru yang muda ni…Budak elektrik pastinya amat kenal..Sebelum jadi tenaga pengajar, beliau amat terkenal dengan persatuannya yang amat aktif…Budak batch aku kmasukan SPM, bleh kata semua kenal dia time dia student lagi……Masa jadi lecturer, hampir 80-90% daripada kami pernah jadi anak muridnya lepas selepas hampir 75% pelajar yang telah gagal satu subjek ni mengambil subjek itu ngan beliau…kalau campur yang drop rasanya dah 85%…Tu tak kira lagi yang ambik gan dia dalam satu subjek pengkhususan tahun akhir…Dimana pengkhususan ni merupakan pengkhususan yang ke 2 teramai dalam batch aku….

Uihh…banyak klu aku bagi niih….heheh…So semua dah tau kan sapa KJ baru tuu…..Pepandai koranglaaa teka…..Nama pon gosip kan…So nama tu biarlah rahsia ……

Jul
17
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 17-07-2006

Rasa masih ramai yang tak tau, asrama dalam KUiTTHO dah ada nama…Sebab dah buka lagi satu desasiswa yang nun di hujung KUiTTHO kini…Betul2 mengadap pengeluar ‘bau kek’ utama kat KUiTTHO niii…

Desasiswa baru dinamakan Desasiswa Tun Dr Ismail (TDI) manakala yang lama ni Desasiwa Tun Syed Nasir (TSN)…Sapa ntahlaa Tun Syed Nasir nii….Aku pon tak tau…Kalau ada orang mintak aku letak nama, nak jer aku letak Desasiswa Tun Ghaffar Baba…Hehehe…Famous skeet…Pastu shorform dia macam best jer, TGB (lebih kurang ngan TGV…Muahahahah)….

Sepanjang hujung minggu lepas ada aktiviti mesra sedesa TSN…Aku malas nak story pasal perjalanan aktiviti…Bila pk pon dah rasa letih dahh…Hehehe (aku bukan buat apa sangat poon….Letih tengok budak JDS yqng dok sibuk…Kesian betoi…)

Tapi aku nak story gaklaaa skeet…Sat gi pendek plak posting aku…Aktiviti sepatutnya mula hari Sabtu (gotong-royong) tapi kami penghuni blok D dimintak membantu buat taman mini pada hari Jumaat lagi…Angkut tanah..Aku sempat ngelat, pi minta signature KJ untuk sticker…Heheheh…:epas Asar baru aku turun….

Tak dak apa sangat yang aku bantu…Angkat khemah…Basuh kuali….Sodok tanah…Angkat itu skt…Ini sket…Tak da apalaa sangat…Tapi budak lain memang giat buat kerja…Nak harap budak pompoan…Huh, hampeh!!!!

Hari Sabtu, bilik aku buat Taman mini…Aku sAJA turun lewat…Pelajar kanan katakan (terlebih kanan daaa…) Sempatlaa aku bantu cangkul tanah untuk buat batas…Abih jaa tanah yang ada (walaupon ada satu lagi lori tanah yang o nthe way –> 2jam lepas tu baru sampai) aku terus ke tapak memasak belakang blok C…apa lagi, melantaklaaa….Aku banyak dok usha dari tolong…Tak dak apa sangatlaaa….Pompoan…Huh, Time makan jaa aku nampak berdondon datang…Tukang masak–>LAKI…Ada laa jugak yang buat kerja….Pastu lesap…Tinggal JDS pompoan jaaa…Aktiviti malam aku monteng…Muahahaha…Pi tengok Pirare of Carribean 2…Jumpa Owen ngan Niza yang terseksa tonton cerita tu…Heheheh…

Ahad…Aku cuma tolong kat bakar ayam jaa…Sekejap jaaa aku tolong…Sebelum Asar sampailaa pkl 6…Malamnya…makan2…Bestnya bilik aku naik no bertuah…Alhamdulillah….Ada tayangan slaid…Muka aku ada 1 jer…Tak der sapa perasan heheheh….Muka paling banyk naik…Muka prof (aku pon tak tau apa nama betoi dia…)

Balik program, aku angkut 3 biji nyiur muda…Potong pakai parang shark (kalau tak salah aku)…Oklaaa…Aku dapat nyiur yang best…Nyiur apa ntah, kaler kuning…Malam, dok borak sampai ke pkl 3 ngan Payid…Sembang apapon aku tak tau…Aku ni kalau bab menyem,bang, memang tak ingat dunia….Nak buat macamana…Dah jadi habit…Huhuhuhu…

Jul
16
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 16-07-2006

D 224, Desasiswa Tun Syed Nasir,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat Johor

Jul
14
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 14-07-2006

Tahniah buat ‘awek’ lama aku, Aniqah yang akan selamat diijab kabulkan tak lama jaa lagi…Ikut Iqah lepas Zohor nanti (sekarang dah jam 12.37pm)…Hehehe…

Sempat jugak aku call iqah masa tengah rewang Desasiswa Tun Syed Nasir…Aku call dalam pkl 9.00am…cakap pon dalam 15sec jer…Iqah tengah sibuk make up dan prepare for majlis harini…aku cuma nak wish Tahniah dan say sorry sebab tak dapat hadir ke majlis tu…

Buat sahabat-sahabat yang sempat menjenguk ke blog aku ni sebelum ke Keramat…Samapaikan salam aku kat member kita yang lain di majlis tu nanti…Bestlaa korang dapat jumpa member ngan makan free…Heheheh…

Sekali lagi TAHNIAH Iqah…SELAMAT PENGANTIN BARU….Moga sentiasa berbahagia…Amin…

Jul
11
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 11-07-2006

Berbelah bahagi aku…Nak ker tak nak pi ni??? Dah ramai sangat member aku yang dah selamat nikah…Baru 2 orang jer aku berjaya pi…1st masa akad nikah Shazwani masa Raya ke-2, last year…Tu pun tak dapat nak jumpa dia…2nd masa wedding Tham kat Kulim…Yang lain…sedih aku….

Kenduri wedding dan akad nikah this Saturday…Rasa macam nak pi…tapi tak taulaaa…Ada plak aktiviti asrama…Nak ponteng…Boleh jer…Tapi prob plak, sapa nak pick aku kat Pudu nanti…Mana laa aku nak tau pi Keramat macam mana…Huhuhu…Pastu JPA dah masuk ker lom…Huhuhuhu

Kalau aku tak dapat pi…Sesapa yang baca blog aku niii sampai-sampaikan laa salam aku kat member2 semua…sedih betoii…Huhuhuh….

Jul
10
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 10-07-2006

Berbalik kepada ops memagar…Aku ni 1st time buat benda ni…Sebab tak mau jadi apa2 yang tak diingini…aku baca agak kuatlaa…Kiranya blehlaa didengar orang…Bilik yang terkunci dari dalam, aku bacakan kat luar jaaa…Ada jugak kekadang tu tergendala gak aku punya ayat Kursi sebab tengok jadual akademik sems depan (Weh, konvo time cutilaaaa!!!!Cuti midsems dilambatkan seminggu) tak pon trerpandang gambar balak budak2 junior (huh, ada hati nak kapel…mentang2 kawasan tu line clear!!!)…Huhuhu…tak khusyuk betoi aku…

Dekat 2 jam jugak memagar…Habis jaa ops, kami berkumpul kat bilik aktiviti…Tunggu semua berkumpul, ops diakhiri dengan 3 Qul…Habis sakit lengan aku…Dekat seminggu jugaklaaa baru nak ilang…Yalaa…Bukannya menabur…WAJIB kena tuju atau baling…Punyalaa pulun aku baling…Ada yang sampai kejang tangan tuu…Huhuhu…

Habis ops, kami dijamu ngan air dan nasi…Sapa punya ntah…Aku dah laa tak dinner lagi…Rembat jer…Dah orang lain semua makan…Aku pon makan jerlaaa….Disebabkan ops memagar nii, 2 orang junior kantaoi memonteng…Budak mana, kursus apa aku tak tau…Tapi dari Kolej matrikulasi yang sama…

Aku yang datang ngan ustaz kamal, balik ngan cik din @ suami ustazah shakila (ada yang panggil ustaz…entahlaaa…dua2 dia nyahut jer)…On the way nak balik asrama, terbongkarlaa cerita…Rupanya kat kompleks dwn kuliah yang baru tu poon dah ada orang kena kacau…

Pada suatu malam, sekitar jam 2 pagi…Ada sorang pak guard ni ronda2 kat situ…Dia duduklaa rehat kat kerusi yang mmg dah ada kat situ…Bila nak bangun jaa…dia rasa berat jer….Apa lagi…Dia pon menjerit….CABUUUTTTT!!!!!!

sebenarnya antara kawasan yang paling ‘keras’ kat KUiTTHO menurut cik din ialah di PPH yang lama…selalu orang kena histeria kat situ…Antara yang pernah ditegur ialah ustazah sendiri…Satu hari ni ustazah pergi PPH, atas urusan yang tidak dinyatakan…Tetiba jaa ada budak (student) yang tegur ustazah “APA KAU BUAT KAT SINI SYAKILA…BERAMBUS!!!”…Heheheh….

Sebab jarak desasiswa Tun Dr Ismail tu dekat jaa…So tak banyak stori yang bleh diceritakan…Tangan aku plak dah menggeletar semacam…Cik Din kata, ada benda tumpang laa tuu…Heheheh…Nak makan nasi tadi pon, semacam jer aku rasa…Sengal abih lengan nii….Apapon alhamdulillah segalanya selama…After seminggu, ntahlaa…Aku kat rumah lagi lepas abih paper hari tu…Perkembangan terkini…Ntahlaa…..

‘Pagar’ Desasiswa Tun Dr Ismail —–> TAMAT