Aug
31
Filed Under (Gossip) by zyehunt on 31-08-2006

Memang panas telinga aku bila dapat news niii…Kita (semua pelajar Kejuruteraan Elektrik Matrik ID AK01, AK02 dan AK03) tidak akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik serta Kepujian…Tak dapat kelulusan dari satu badan (aku tak ingat..Tak salah aku IEM ataupun Lembaga AKtreaditasi apa ntah…tapi bukan LAN)..Student yang diinterview kantaoi satu soalan kuasa…menyebabkan kita tak layak nak dapat title kEJURUTERAAN eLEKTRIK…

Terkejut tak??? Yaaa…aku poon…bukan memain niii…Kita akan dapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ELEKTRONIK serta Kepujian…Itulah perkhabaran yang aku dapat…So kepada rakan-rakan sekalian, harap bertenang…Aku pon tak pasti perkhabaran ni akan kesahihannya…Baru dgr dari mulut mereka-mereka yang aku rasa bleh dipercayai khabarnya…Tunggu sahajalah Konvo nanti…Semuanya akan pasti nanti…

P/S–>aku hangin gak sebab AK00 lepas…kalau budak AK01 (yang sepatutnya follow program tu) tak diserap, taklaa kelam-kabut macam nii…Tapi kalau tak serap, tak jumpa plak member2 kemasukan matrik…Ntahlaaa…Ada hikmah disebalik setiap kejadian…Yang penting program kita dah diluluskan oleh pihak Aktreaditasi tuu…ALHAMDULILLAH….So apa komen korang????

Aug
30
Filed Under (Gossip) by zyehunt on 30-08-2006

Lagi gosipp melanda di bumi KUiTTHO…KUiTTHO akan dinaiktaraf sebagai sebuah U bukan lagi rahsia…Tapi nama baru KUiTTHO yang aku rasa menjadi teka teki…Menurut sumber yang aku rasa bleh dipercayai…KUiTTHO akan menjadi UNIVERSITI MALAYSIA JOHOR…Hmmm…ntahlaa…AKu agak ralat dengan nama baru nii..Bagi aku biar kekalkan nama TUN HUSSEIN ONN…

Ada orang kata tak leh pakai nama orang untuk IPTA…aku totally tak setuju…Apasal UPSI bleh jaa…KUiTTHO pon dah 10 tahun pakai nama Tun Hussein…So tak dak hallah…May be pihak pengurusan nak hilangkan label ITTHO ialah pensyarah terhadap persepsi masyarakat…Ntahlaa…SO apapun kita tunggu jaaa nanti masa pemahsyuran masa konvo…Apa yang terjadi…REDHA jerlaaa….

p/s –> aku ada news yang laters jugak nak kongsi nantiii…expecially untuk member aku budak2 Elektrik…

Aug
22
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 22-08-2006

Last week aku ke Segama, hari Khamis tanggal 17 Ogos…dengan Owen…Terpaksa pi sebab dah lama janji ngan owen walaupun ada beberapa hal tak berapa nak setel lagi time tu…Aku bangun awal jugak pagi tuuu walaupun pada hakikatnya dah agak lewat untuk subuh (heheheh)…dah dekat nak terbit matahari dah….Terbangun pun sebab perut aku ni memulas…Sebab makan durian yang sepatutnya jadi santapan Ustazah Syakila…Tapi nak buat macamana…Bukan rezki ustazah kut, aku ketuk pintu rumah dia, tapi tak dak orang buka….Dah tidur kut, sebab masa tu dah pukul 10.45pm…Nak bagi kesokkan harinya, nanti msam plak buah tu…Sebab kami dah buka, masuk dalam tupperware dah…So nak elak pembaziran, aku ngan Baiya makan jerlaaa….Heheheh…Tapi memang perut aku memulas….Setengah jam jugak memerut dalam jamban tuu…Heheheh…

So jadinya keluar jamban pon dah terbit mentari pagi….Siap utk solat subuh qada lillahi Taala…Elok abih solat, Owen sampai, siap neck tie siyut…Nasib aku dah iron baju aku awal2 lagi…So tak kaluit sangat…Pi mandi…Siap2…Dalam pkl 8.10am…Siap!!!!Lewat 10minit…Huhuhuh….api takpalaaa, janji siap berbaju kemeja, berseluar slack baru…Hehehhe…Tapi tak bestlaa, seluar aku tergantung2…Singkat sket…Silap ukur hari tu…nak pakai sandal kuliah aku macam pelik plak…So aku cilok laaa Kasut eki yang dia tinggal tu…Nasib kaki aku satu saiz ngan dia…Kalau tak haru gak…

Aug
21
Filed Under (Gossip) by zyehunt on 21-08-2006

sebenarnyagosip ni dah pon menjengah ke telinga aku hampir sebulan yang lalu.Kononnya, akan masyhurlah nama Universiti Teknologi Tun Hseein Onn (mungkin) pada majlis konvo ke 5 yang akan datang…
Semalam semasa aku bersama teman-teman menjamah rambutan di bilik Ramadhan, sekali lagi isu ini ditimbulkan. Kenyataan dari saudara Anuar mengukuhkan lagi hujah yang telah aku dengari sebelum ini. Menurut beliau (heheheh), tuan Rektor memintanya menghabiskan segera stok baju KUiTTHO yang dipasarkannya segera, kerana nama itu mungkin tidak lagi diguna pakai pada tempoh masa yang tidak diketahui. Menurut Hasnol Wafa pula, pensyarahnya meyatakan pihak pengurusan menghadapi masalah untuk memilih lagu baru KUiTTHO yang bersesuaian.
Nampaknya gosip mengatakan KUiTTHO akan dinaiktaraf menjadi Universiti makin nyata.Kita tunggu sahaja waktu dan kemuncaknya…..(Lama tak taip dalam ayat skema…Muahahah)

Aug
15
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 15-08-2006

Aku dapat tau dari OWEN….Sempena Pesta KONVO KUiTTHO ke 5 kali niii….MAWI WORLD akan mai sini…Bila dan masanya aku tak tau laa plak…Tunggu jaalaa aku post jadual penuh Pesta KONVO ke 5…

Aug
15
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 15-08-2006

Aku nak bagi tau kat koranng semua…Esok jam 8.00pm bertempat di STADIUM MINI KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN akan diadakan Solat Hajat Perdana….Semua muslimin muslimat dijemput hadir…Jangan lupa bawak sejadah sendiri…Tentatif program

Solat Isyak….
Solat Hajat…
Ceramah oleh SS Mufti Johor…
Ceramah oleh Pengerusi AMAN MALAYSIA, Mukhriz Tun Mahathir…

Aug
10
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 10-08-2006

Best jugak jadi pelajar terlebih sr niii…ntahlaa, aku rasa makin berat ati plak nak tinggalkan KUiTTHO…pasal apa ntah…pelik…Bestnya jadi pelajar terlebih sr ni bukan apa, byk kemudahan yang member2 aku tak dapat merasa leh gak aku rasa…dan yang paling best, mungkin aku akan graduate sebagai pelajar UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN….ngeheheh…Katanya ak dimahsyurkan KUiTTHO sebagai UNiTTHO semasa konvo ni…AMIN….

Harini aku pi buang masa ngan OWEN kat Kompleks DK…Aku rasa korang member2 aku yang telah pon habis ontime sure tak sempat merasa DK2 yang adakat situ..aku yang kat sini pon dapat guna BK E4 jer…Seminggu sekali…Kelas mikro p ngan cik siti zarina….

Ada 7 DK kat kompleks DK…2 daripadanya iaitu DK B dan DK G telah dipecahkan kepada beberAPA kelas (Bilik Kuliah - BK)…So ada 5 DK baru iaitu DK A, DK C, DK D, DK E, DK F. DK A yang paling besar, dapat support 500 orang satu masa…Pentas dia poon besar…Aku rasa kalau nak buat pertandingan koir ker, nasyid ker bleh jer kat sini…DK C ngan DK F plak lebih besar sket dari DK 2…DK C dan DK F ni aku agak2 dalam 300 orang lebih bleh sumbat…DK D dan DK E plak besar sket dari DK 1 dan DK 3 tapi kecik dari DK 2…may be antara 150-200 orang leh masuk sini….

Aku jalan ngan Owen, kami masuk toilet, surau.Oklaaa…Kemudahan memuaskan…Memang Line clear siyut…CCTV pon macam tak dak lagi…Jumpa ngan makhluk asal kebun kelapa sawit tuu, MAAF yer…Kiranya oklaa kalau seharian korang kelas kat kompleks DK…Ada kemudahan yang kiranya hampir sempurna…Surau poon siapkarpet empuk lagi gebu…Tdoq poon sodap….Cuma tempat makan tak buka lagi…Tak taulaa bila nak buka…katanyaa bulan 8, tapi tak buka pon lagi….

—> LAYAN jer…Boring niii!!!!

Aug
09
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 09-08-2006

Hmmm…hati aku sudah tenang…Muahahaha…macam putus CINTA…Memang hampeh..Aku just keciwa tak dapat nak hadir majlis perkahwinan member…Member sebilik+sekelas plak tuu…Huhuhuh..Takpaallaa, asalkan hang (PUAD) ngan bini (LAILI) berbahagialaa hendaknya…Kawin laa cepat2…Taklaaa jadi maksiat…

Terkejut aku bila dapat testi dia…Suruh jadi penghebah majlis dia…HAMPEH…Nak kawin cari aku…Time dok kapel tak mau ajak aku join sekali….Hehehe…Apapun member punya pasal, ku teruskan jua (Baik kan aku, rugi ooo sapa tak buat aku jadi LAKI suri rumah tangga –> PROMOTE DIRI!!!!)….

Ygsebelahkiritupuadygsebelahkanantulaili

Aku pon tak tau kisah cinta PUAD HAMPEH…so tanyalaa dia or LAILI…Apa yang aku dengar sebelum ke Jepun pernahlaa dia ni berkawan ngan sapa ntah…Tapi taktaulaa macamana…Katanya tak jadi…Tapi Puad ni memang spesis pemalu ngan POMPOAN (hipokrit nii)…Apapun semoga yang bakal jadi bini hang ni, akan berkekalan selamanya….AMIN….

OKLAAA….Dengan ini segala hormatnya, aku menjemput semua guru-guru dan sahabat-sahabat SEKOLAH MENENGAH SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH (SERATAS) terutama sekali bagi BATCH 9600 (SPM 2000) ke Majlis Persandingan PUAD ZAKARIA dan pasangannya NORLAILI BT ISMAIL pada 16 SEPTEMBER 2006 di Lana Bulu, Kerpan, KEDAH…

Aku rasa rugi korang tak pi sebab bukan sahaja bleh pergi ke majlis Puad, tapi bleh ke rumah member lain yang aku rasa lebih dari 10 orang kat area tu sahaja…..Antaranya…..
1.JAN (Shahrul Faizal Azizan)
2.OWN
3.HASMAH (Norhasmah Abdullah)
4.SYARINA
5.SYUBLI
6.CHON (Faisol)
7.PALI (Nor Fadzly)
8.CHE YAM (Siti Mariam)
9.SITI ROHIDA
10.HASMUNIR
11.IZAZ EFFENDY (budak lama - keluar masa form 3)
12. Tapi sebelum sampai rumah depa ni…Korang terpaksala lalu depan rumah AKU…ngeheheheh kecuali korang lalu ikut jalan ke Jitra….Kalau ikut jalan tu, korang akan lalu area rumah HAZIM….

So jom pi KEDAH!!!!!!Jumpa member…Manalaa nak tau kut leh jadi gathering kecik kat sini…(Kalau ramai yang pi…Aku lagilaa KUCIWA…HUHUHU…)

P/S —> kad jemputan kahwin sebelah pihak pompoan korang leh usha kat Photo album aku kat folder Kad Kenduri Kawan2…

Aug
08
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 08-08-2006

Rasanya pada sesapa yang mengikuti posting blog aku kat sini…Masih ingat ngan posting aku pasal KJ termuda di Malaysia dalam ruangan Gossip tempoh hari… Kat sini aKUcuma nak bagitau, apa yang tercata kat dalam posting itu adalah BENAR belaka…

En Afandi b Ahmad dengan rasminya telah menjadi KJ Jabatan Kejuteraan Komputer yang baru menggantikan En Danial yang telah berpindah ke Jabatan Teknologi Elektrrik (bukan Jabatan baru, ni jabatan lama yang telah diwujudkan semula)…Kalau korang rasa ada KJ yang lagi muda dari En Afandi, so bagitau ler yer…Heheheh….

Aug
07
Filed Under (Anger Management) by zyehunt on 07-08-2006

Aku sendiri tak pasti…Kat mana perlu aku letak kategori posting aku kali niii..Sebenarnya agak terkejut jugak dapat khabar dari ‘MUSUH KETAT’ aku yang sorang niii…Bertambah kecewa sebab tarikh persandingan belah pihak MUSUH aku ni plak, aku tak dapat hadir sebab baru jaaa lepas cuti mid term break…Buat sekian kalinya aku tak dapat nak pii…Bengang gilaaa….Memang tak dak rezki aku…Nak ambik berkat poon payah….

Siapa dia yang aku maksudkan…BIARLAH RAHSIA…Aku bengang nii….Tak dapat nak pi wedding dia(16 September)…Masa wedding bini dia plak (9hb Sept), konvo kat KUiTTHO…Surely aku nak jumpa member2 KUiTTHO yang akan berkonvokesyen bermula 9-11 September…Mamat sekoq ni bukan saja sebilik ngan aku selama 5tahun…Sekelas plak ngan aku masa lower form….Kalau aku KKKUU, dia ni plak direct KKKKK….Memang hampeh hang…

Bengang aku…Sebab tak dapat nak pi majlis hang (Aku dah kata kat hang, kalau hang tak jemput poon aku mesti pi)…Tapi bila hang dah jemput plak, aku tak leh nak pi…Huhuhu…Cuti aku mula 31 Ogos sampai 10 September…Kalau aku balik kg poon…sebelum 8hb September aku akan balik ker KUiTTHO…PSM aku poon masih di awang2an…Ntahlaaa….Tak sedap hati betoi aku kalau tak dapat nak join kenduri mamat niii…Dahlaa Wedding Piye ngan Asmah tak dapat aku nak pi…Kenduri Iqahplak aku ada hal i sini….Kenduri mamat ni plak…Isk..isk…macam tak dapat pui jugaklaaa….

Tapi apaon…Aku dengan segala hormatnya mewakili sahabat kita niii…Nama dia nantilaa aku bagitau…GERAM AKU!!!!Ok..ok…Dengan segala hormatnya aku menjemput semua sahabat-sahabat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) ke Majlis Persandinga MUSUH KETAT aku kat SERATAS pada Hari SABTU 16 September 2006 bersamaan 23 Syaaban 1427H bertembat di Rumah dia kat area2 Utara…Muahahaha…Nak tau sapa MUSUH AKU niii…Tunggulaa posting aku seterusnya…Bila hati aku dah tenang…ARGGGGGHHHH!!! (macamlaa dia kawin ngan awek aku…nak tensen2 apa hal…Huhuhu)…