Sep
17
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 17-09-2006

Hmmm…meriah betoi aku rasa kenduri Puad…Geram aku tak dapat nak join sama walaupon hakikatnya aku laaa antara orang yang rumah mmg dekat ngan Puad…Tapi nak buat macamana, berbalik kpada Qada dan Qadar Allah…Aku redha jerlaaa…

Memang agak ramai…Katanya dalam 30 orang yang pi kenduri Puad…Hmmm, member yang memang dah lama aku tak jumpa macam Fara, Farzana, Leen, Ery, Pit Kadir pon pi…Hmm, mmg bukan rezki akulaa…Bila tahun laaa dapat jumpa lagi…Walhualam…May be kenduri Epoi ngan Izah kut..Oiit hampa berdua (epoi dan Izah) buatlaa time aku leh pi, kasihanilaa diriku ini…Ni yang buatkan aku tak mau stay kat Johor niii..Payah betoi kalau sekali-sekala member kawin…

Apapon TAHNIAH BUAT PUAD dan LAILI…Moga berbahagia hingga ke anak cucu…Buat member yang bawak bini tak sah ke kenduri Puad tu, bila nak KAHWIN!!!!

Sep
15

Semalam 15 September 2006 merupakan malam penutup bulan kemerdekaan desasiswa TSN…TSN tu tun Syed Nasirlaa…Berakhirlaa sudah program sebulan ni…Majlis sepatutnya bermula jam 8.30, tapi aku pkl 10.00 baru p…Ada kelas ganti, kelas OS…

Petang tu, aku sibuk siapkan dekorasi untuk motor aku…Nak masuk pertandingan moto berhias…Heheheh…Aku memang harap menang tempat utama..YIalah, helmet aku kena curi…Hadiah utama pun dapat helmet…Excited gila aku…Pergi parit Raja beli kertas warna, kaler ngan gam…Setelll…Kosnya cuma RM2.90 sahaja…Memula aku ingat nak beli bendera malaysia kat one-stop, tapi mcm tak da jaa…Tak palaa, pakai bendera besar yang ada kat hostel udahlaaa…

Balik bilik aku kalerkan bulan bintang bendera Malaysia yang dah aku print out ngan kaler kuning…Aku potong kertas warna merah dan biru…Owen dtg, aku minta tlg guntingkan bulan bintang tuu…Bila siap semua aku turunlaa bawah untuk dekorasi motor aku…Sampailaa pkl 8.10pm, sebelum tu sempat solat Maghrib…Lepas siap terus aku ke kelas…lewat laa skeet masuk kelas…

Dalam pkl 9.40 payid SMS aku…katanya orang dah nak mula kenderaan berhias…Aku keluar pergi ambik helmet di bilik (aku dah dikorasi helmet tu, letak bulan bintang…Hehehe)…Terus ku ke Padang kawat dengan keadaan motor yang tak sempurna (motor aku pancitlaa plak)…Aku mintak pok ya bawakan motor aku untuk acara peragaan motor…Sebab kelas OS aku tak abih lagi…Tapi yang bestnya, aku kompom akan menang…Cuma 2 motor jer yang masuk bertanding…Kompom menang laaa…Lepas tu aku terus ke kelas…

Abih jaa kelas…terus gegas ke asrama…Ambil kamera…Mana leh lepas peluang nak bergambar ngan motor aku tuu…Sampai jaa, aku terus cari nasi, nak makan…Lapar!!!Baru jer buka polisterene, nama aku di panggil untuk deklamasi sajak…Aku dapat no 4 untuk pertandingan tu…Dengan kalut, aku pergi ke pentas…siapkan diri…Nasib aku p ambik sajak kat bilik tadi…kalau tak memang haru!!!

Aku tak deklamasi seover hari bertanding…biasa jaa…Takut paras asid meningkat…Nanti jai gastrik macam hari tu…Habis jaaa bersajak, aku turun nak makan…Baru jaa makan 2-3 suap…Dorang panggil lagi, nak ambik hadiah bersajak plak dahhh…Aku mintak payid pi ambik…

Aku masih makan nasi ayam…Dah nak abih dah…Lagi sesuap jaaa…Ada pengumuman untuk pertandingan penuisan sajak…Aku rasa tak menang dah…Ramai yang masuk tuuu…Tetiba…Tempat ke tiga, Mohammad Nurzihan bin Ismail D224…Uiks aku tu walaupon nama dia sebut slap…kali ni kena pi ambik laaa…hadiah Utama tuuu..Aku terus capai selipar sapa ntah…Terus lari2 anak ke pili belakang pentas…Cuci tangan…Naik stage…Hahahah…Orang gelak kat aku…Depan Puan Roslinda sempat lagi aku lap tangan…Yalaa tangan basaah…Puan Roslinda siap perli aku lagi…Huhu…Dia suruh aku kunyah bagi habis dulu nasi dalam mulut…Huhuhu…Malu aku……

Lepas tu ada persembahan penyajak terbaik plak oleh Kak Yong…OOOO..macam ni rupanya gaya seorang penyajak terbaik…Juri nak yang jenis slumber, bukan yang over…Muahahahah….tapi Yeyeyeye…dapat gak aku hadiah tulis sajak…Ingat dah kalah dah…tempat 1st dapat kat Nizam…No 2 pompoan…Nanti aku upload sajak aku yang menang no 3 tu kt sini…Hadiah deklamasi ngan tulis sajak macam sama jer…apapun ALHAMDULILLAH…

Akhirnya masa yang ditunggu2 telah tiba…Pengumaman kenderaan berhias…Dimulai dengan kereta…No4 dapat kat Ustazah Syakila…No3 dapat kat pemilik Kereta Perdana…Tempat ke 2- Pok Ya…Ni yang aku kompius ni…Bila masa plak dia ada kereta nii???…Dan Johan bdk bilik aku-Payid…Motor plak…seperti yang dijangka…Aku dapat no 2…Tak logik aku kalahkan motor staf yang tak macam motor dah tuuu…Huhuhu…Oklaa kan, no 2…Heheheh…Basikal tu memang aku tak tau laa sapa menang…Anak2 ustazah jaa macam ada 4 beskal…Mana satu pon tak tau yang dapat johan…

Yeyeyeyeye…Aku dapat hadiah bagi hampir semua peyertaan yang aku masuk…Tulis jawi ja aku kalah…Logik aaar…Ikmal yang tulis lawa tu pon dapat ke-3 jer…Lepas habis majlis sesi gambar ngan motor aku…Memang bestlaa malam ni…Hadiah lumayan sangat…Puas ati aku dapat 2 batang pen yang cantik…Yang deklamasi tu katanya harga dia RM40 manakala yang tulis sajak tu harga dia RM50…Bagi hadiah motor berhias tu aku dah total up…Jumlahnya RM158.50 termasuk dengan hamper…Bestlaa aku kali nii…Bilik D224 ni memang bertuah sems ni…Ayik menang jer…Apapun semuanya atas kehendakNya…ALHAMDULILLAH…

Sep
13
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 13-09-2006

Pict0071 Borang kaji selidik dah ada kat tangan cikgu2 yang bakal membantu kami haritu. Cikgu Norizam ngan cikgu Linda ni Cikgu kaunseling kat sini. Cikgu Norizam dah 10tahun ngajar manakala Cikgu Linda yang lawa tu baru 4tahun menceburi profesion perguruan. Kami serah cara nak laksana kaji selidik tu kat mereka.Kami ikut jer apa yang baik. Memula kami ke Bilik Guru SMT. Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan amat baik. Walaupun ada guru yang macam main2 jer, tapi still membantu member aku yang nak buat reseach tuu…

Tapi yang aku peliknya, kat SMT ramai cikgu pompoan dari cikgu laki???Haiii, musykil betul aku..Cause here most of the subject is in technical and hands on skill..Walaupun ada subjek lain, tapi rasanya banyak matapelajaran vokasional kat sini..Dunia dah akhir zaman..Pict0072…Isu ni jadi debat pulak aku ngan kak Mar.Kak Mar kata lebih kurang macam ni laa ala-ala macam orang nak berpidato “Ini menunjukkan perempuan sekarang bagus dari laki’.Aku tak nak laa deny yang sememangnya jumlah LAKI yang berkualiti semakin kurang. Walaupun jumlah laki kat Malaysia ni masih ramai sikit dari pompoan, tapi ramai yang ke penjara dan pusat pemulihan. Bila ditolak dengan golongan ni, maka aku ras bilangan lelki yang berkualiti ni dah maikn kurang jika nak dibandingkan dengan jumlah pompoan.. Dengan selambanya aku membidas “Tu la pasal ramai pompoan sekarang tak dak laki,” Pict0073 kebetulan pulak terkena tempias kat Kak Mar. Hangin dia..Dia kata aku nak kena kan dia…Eh, mana ada…Betullaa apa yang aku, cakap..Tu tak termasuk yang punya konflik identiti…Tapi Kak Mar secara tak sengaja dah terkena….Muahahaha…

Bleh kata hampir semua ceruk cikgu yang ada kat situ kami mohon bantuan isi borang soal-selidik tu..Yang byk songeh tu ada..Inilah manusia itu Pict0103. Tapi dia tolong jugak isi borang tu waaupun banyak songehnya..Ada yang tak nak isi sebab nak rush ke kelas…Habis passing borang kat guru2, kami menuju ke kelas..Borang tu kami kutip kemudian lepas pusing-pusing di kelas…

Sep
12
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 12-09-2006

Semua bdk KUiTTHO tahu…Semalam buat julung-julung kalinya Mawi buat konsertnya kat Parit Raja…Aku pergilaa jugak ke konsert tu semata-mata nak tengok keadaan tapak pesta jer…Maik aiiih, tak pernah convair seramai ni jumlah manusia…Banyak giler aahhh…Kawasan yang ditakungi air serta ada 2-3 ketul tahi kuda kering yang terapung2 tu pon diredahnya manusia…Bleh tahan jugak aura Mawi ni…

Petang tu aku sempat berjalan ke parking kereta kat E10, jumpa parent Eki…Nampaklaa di hadapan pentas tu tempat untuk konsert dah di bahagikan kepada 3 iaitu keuarga, lelaki dan perempuan…OKlaaa, ada usaha untuk elak maksiat…

Aku tak ke tapak convair terus…Pi makan kat kedai warung man dulu…Eki belanja…Heheheh…Nak lintas jalan dalan KUiTTHO pon payah gak…Punyalaa banyak kenderaan lalu-lintas…Kat jalan besar, jam kedua-dua arah…Tak taulaa panjang mana…Kereta dah ada yang parking kat tepi-tepi jalan depan KUiTTHO…Rumah yang ada laman luas pon jadi tempat park…

Lepas makan, kami pi laa usha apa yang patut…Aku ngan Adam jaa..Eki balik, ngantuk katanya…MAsa tu dah ada pengunjung yang angkat kaki, sebab terlalu sesak…Ada anak2 yang merengek sebab tak dapat tengok Mawi…Memang logik poon…Ramai orang…Pentas rendah…Skrin tayangan ada satu jer…Kalau ada live kat tv sekitar KUiTTHO macam konvo,ok gak…

Memang sesak sangat…Aku yang cuma p jalan2 pon sesak jugak dibuatnya…Maunya tak, katanya ada dari Singapura yang turun…satu bas katanya…Mawi terus nyanyi…Aku plak terus jalan ke belakang…Biasa jaa performance dia yang aku degar (tak dapat tengok sebab aku berjalan membelakangi pentas, kalau berhadapan pon tak nampak jugak)…yang aku ingat antara lagu yang dia bawa Intifada, Lagu Jiwa Lagu Jiwa ker nama nya (duet ngan staf KUiTTHO, orang katalaa, aku dok sibuk pilih housing masa tuuu), Kian ngan lagu album berzanji…

Elok2 aku habis bayar duit utk 2 housing dlm pkl 10.40pm…Konsert abih…Aik, sekejap jer…Heheheh…Aku dah tau, katanya KUiTTHO bayar untuk 4buah lagu…macam dia nyanyi 6buah lagu, so bonuslaa lagi 2 tuu…Nak balik pon susah…Memang jam jugak walaupun berjalan kaki…Huhuhuhu…

Apa yang aku nampaklaa…walaupon ada usaha utk elak maksiat…tapi payahlaaa…Dalam keadaan manusia yang sebegitu ramai, tak bleh nak elak…Selamber badak jer depa pegang2 tangan kat tapak convair tuu…Ntah bdk mana aku tak tau…Mungkin orang luar tapi tak mustahil bdk KUiTTHO…Wallahualam…

Dari pemerhatian akulaa…Kalau nak pi konsert Mawi lain kali, ada beberapa tips yang aku nak share ngan korang….

1. Pastikan anda berketinggian melebihi 5kaki 6inci…Kalau tak bersiap sedialah untuk cium ketiak masam pengunjung di situ…

2.Kalau setakat nak pi tengok mawi tu, tunggu ajerlaa kat TV…Tak penat badan…

3. Kalau konsert Mawi tu kononya bermula jam 8.00, bersiap sedialaa untuk terima kelewatannya…Ialaa, jalan jam gilaaa…Macamanalaa mamat tu nak masuk…

4. Kalau nak pastikan anda dapat menatap wajah mawi dari dekat mungkin anda terpaksa mengorbankansolat maghrib anda…Huhuhu…

Sep
11
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 11-09-2006

Dengan segala hormatnya, aku mewakili Puad yang semeangnya suruh aku menjemput korang semua ke majlis dia hujung minggu ni…kat sini aku ada attach wedding kat dia untuk korang…Heheheh…Puad_laili_cover_1

So korang pergilaaa beramai-ramai ekk…aku tukang jemput jer…tak pi poon…aku dah balik BP…balik kedah last week…Dah jumpa dia dah…Puad_laili_dalam_1

Kat sini pon aku dah upload pelan ke rumah dia…So enjoy your weekend there…Sampaikan salam aku kat puad dan isteri…Sayonara…Pelan_ke_rumah_puad_1

Sep
11
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 11-09-2006

Tak dr pon TMJ datang ke konser Mawi tuu…Tak der pon pengumuman nama baru KUiTTHo…Semuanya hanya GOSIP semata-mata…

Huhuhu…Petang tadi aku pi DTII untuk rai Eki, member aku yang graduate dip…Masa dok cari port nak tangkap gambar tu, kami sempat bergambar ngan Rektor…Sem[at Adam bertanya pasal penaikan taraf KUiTTHO sebagai U penuh…Katanya, tunggu pengumuman dari menteri…So kali ni aku dengar dari mulut Rektor sendiri…So tunggu jerllaaa…Tapi Mat Zul (mantan YDP MPP) kata hjg tahun ni sambil buat lawak apa ntah…Tak paham…:P…Apapon tunggu jerlaa OK…

Buat sahabat yang dah selamat berkonvokesyen TAHNIAH!!!!Semoga tabah melalui cabaran yang seterusnya…

Sep
10

Kalau korang follow posting blog aku dalam ruangan Gosip, korang sure ingat aku ada post pasal pemahsyuran KUiTTHO sebagai sebuah U manakala Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik akan ditukar Kepada Elektronik…

So sepanjang sesi pertama (seperti yang diwar2kan akan adanya pemahsyuran nama baru KUiTTHO), aku pon tunggulaa…Tapi sampai kesudah, tak da poon majlis atau pengumuman tentang benda tuuu…Pelik aku…Sia2 jaa aku tunggu…Huhuhu…

Selain tu jugak, aku tuggu samada Ijazah Sarjana Mudca Elektrik akan jadi Elektronik…Alhamdulillah, takpooon…May be AEC dah luluskan…Jangan Konvo ke 6 nanti lain sudahlaa……Amin

Gosip lagi nii!!!!! heheheh…Katanya Masa konsert Mawi nanti akan TMJ akan datang bukan sahaja untuk memeriahkan Konsert Mawi semata2…Katanya KUiTTHO sebagai sebuah U akan dimahsyurkan malam niii…Heheheh.So tunggu jaa laaa…Aku pun dengar dari mulut orang…Dah agak heboh niii….Tunggulaaa eekk..

Sep
08
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 08-09-2006

Tak sangka plak malam ni bleh masuk friendster…Seharian tak buka, semalam dah try tapi tak dapat nak buka…So aku teruskan dengan episod yang seterusnya…

Pict0068
Tak aku sangka plak, pengetua dia sempoi…Dia minta maaf sebab lewat…Tu plak, tak dapat nak layan kami…Dengan segera dia tarik cikgu kaunseling yang bernama Cikgu Norizam, kalau tak salah aku untuk bantu dia uruskan kedtgan kami..>Dia terpaksa keluar disebabkan ada hal diluar…Bila ditanya borang kaji selidik yang dah dihantar…Dia pon blur jer…Cepat2 dia kerah tenaga Cikgu Norizam tu carikan borang tu..

Sepeninggalan cikgu kaunseling tu, sempatlaa Kak Mar ngan Kak Ti menemuramah dia…Yang lawaknya, dia sempat tanya "Nak tangkap gambar saya ker??" Bila kami kata, YA…Dia minta kami sabar dan dia sempat lagi kemaskan meja dan pasang lampu kuning..Hahahah…Memang gila glamour betul pengetua nii…Sporting abis…Memang cantiklaa lighting bilik tuuu…Owen set up kamera dia aku plak snaplaa beberapa gambar sambil Kak Mar ngan Kak Ti menemubual pengetua…Antara soalan yang aku tak leh lupa ialah "Adakah guru menyumbangkan permasalahan disiplin pelajar??" Selamber jer dia jawab "Kalau cikgu poon hisap rokok kat sekolah, budak lebih laaaa"…macam tulaa…Aku ingatkan dia nak cover cikgu…Tapi tak poon..Hehehe

Tapi kami tak dapat lama bersama pengetua…Sekejap jaa…Kami diserahkan kepada 2 orang guru kaunseling…Seorang laki-En Norizam dan perempuan…Aku tak ingatlaa nama apaa cikgu yang membahasakan diri dia akak tuuu…Cantik orangnya…Kalau berpeluang, episod ke 7 aku akan post sekali ngan gambarnyaa..Oklaaa nak rehat lepaskan penat bermarhaban…Heheheh

Sep
06
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 06-09-2006

Buat sesapa yang boring ngan posting ni…Sorilaaa…Memenuhi hajat member2….

Owen park kat parkir kereta berhadapan pejabat SMT…Turun dari kereta sempat lagi owen tegur 2 aweks SMT…”Rehat yer dik,”kata Owen.Aku pun apa lagi nyampuklaaa…Bukan senang ooo nak nyampuk cakap orang,”Rehat sampai pkl beraper??”Pukul 10.40AM’”kata adik yang manis tu…Kalau korang aajak aku pi tunjuk masa satu awek tu sekarang kat SMT tu, surely aku tak ingat…Maklumlaa..Tak jatuh cinta pandang pertama…Huhuhu…Budak lagi…Tak larat aku nak bela…

Masuk pejabat, kami berurusan kat kaunter…Agak dingin sambutannya…Aku dah rasa macam tak best jaa foloow depa…Ada sorang ni akhirnya layan kami…Owen pon bagitaulaa nak pengetua…Katanya pengetua ada acara di dewan…Kami dah maklum hal tu sebab dah kontek pengetua sebelum ke SMT…Takpalaa…Kami tunggu…

Lama gak tunggu..Time ni laa aku sempat berkenalan dengan lebih lanjut berkenaan gadis2 tadi…Kak Ti lulusan IT di UUM manakala Kak Mar UiTM…tak tau plak kursus apa…Kak Ti orang Ganu dan Kak Mar orang Klang…Itu jaaa…Yang lain aku pon dah lupa…Tunggu punya tunggu punya tunggu…Pengetua tak dtg2 lagi…Naik fed up aku…Keluar masul jer orang ke pejabat..Kami siap main teka-teka lagi sapa pengetuanya…Disebabkan terlalu lama, Kak Ti pon pi laa kaunter tanya sapa yang kami leh jumpa untuk interview ni selain Pengetua…Tak lama lepas tu pengetua ponn sampailaa…KAmi dijemput masuk ke bilik dia yang terletak dalam opis tuu…

Apa yang aku leh kata, ofis dia besaq…Best jaa aku tengok…Bilik pengetua poon best gak…Tapi nantilaa aku cerita…Nak mandi, nak balik BP Malam niii…Aku harap KUiTTHO tak block laa friendster untuk aku cerita tajuk seterusnya…KAlau tak, sambungan ni akan keudara pada penghujung Ramadhan nantii….Jumpa lagiiii….

Sep
05
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 05-09-2006

Kabus jer pagi tu…Walaupun dah pukul 10pagi…KAbus masih lagi tebal…Kak Mar @ Kak Ani excited gila…Suka bebenor dia…Macam kanak2 Ribena…Aku tiap2 hari dah alami benda camni expecially time kat SERATAS dulu…Tapi haritu memang spesel skeet…Kabus memang tebal…Kekadang rasa macam kat Cameroon (iyerker???Aku pon tak pernah sampai lagi…)Tapi mmg sejuk mata tgk pemandangan macam tuuu…Kak Mar tak abih2 ngan plan nak ngajar kat Sarawak utk LM dia nanti bila tengok kabus yang tebal ttuuu..Ni pon satu angau ngan owen…Heheheh

Aku beberapa kali gak ambik gambar pemandangan spanjang perjalanan ke Segamat tu…Antaranya satu kawasan penanaman semula kelapa sawit yang dipenuhi kabus…Memang lawa…Tenang jer rasa jiwa dan raga…Lagilaaa bertambah excited Kak Mar nak pi ngajar kat Sarawak…

Akhirnya sampai jugak di Segamat (Baru sampai…Huhuhu…Berapa episod laa nak abih niii)…Owen terus drive ke Kedai niza, dekat ja kedai tu dari Rumah dia…taklaa jauh sangat…Perut aku dah kenyang ngan potato bun tadi…Aku order neslo ais…Tapi yang sampai Nes O Ais…Oklaaa tu…Tak berpantang poon aku ngn Nes O…No hal laa…Owen order air jugak tak makan…Kenyang ngan breakfast lagi katanya…Kak Mar ngan Kak Ti plak melantak nasi lemak…Kata depa, nak ambik hati tuan kedai…Iyolaa tuu..

Macam yang aku dah agak…Niza mesti tak mo punya $ kami yang makan kat kedai dia…Dah tau sangat si Niza nii..Kak Mar ngan Kak Ti beria2 nak bayaq…Aku plak buat bodo ja…Niza ni kalau kata tak moh, tak mohlaaa…Lepas tu kami poon bersiap sedialaa kami menuju ke SMT Segamat…

Kami membontoti kereta Kancil Niza yang rimnya telah di cat kan ngan kaler apa ntah…Kaler yang katanya mak dia tak berkenan…Takpalaa niza,OK gak aku tengok lama2…Akhirnya sampai kami kat SMT…Owen p jumpa pak-mak guard…Tak banyak songeh…So kami masuk ngan aman tanpa bayak kerenah…

SMT Segamat membuat kan aku agak terpukau…bukan aku jaa Kak Mar ngan Kak Ti jugak Owen poon sama…Lawa juga lanskap dia…Teringat aku kat SERATAS…Rinduuuunya aku kat sekolah…Keadaan yang agak berbukit…Padang sekolah kat bawah dan ada bangunan di atas bukit…Lawalaaa….Owen terus pandu menuju ke pejabat sekolah…