Oct
16
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 16-10-2006

Siri drama TV bulan puasa yang paling aku ingat - Rumah Kedai (dulu tiap2 kali posa mesti ada cerita niii…Foloower utama cerita ni jiran aku merangkap sepupu aku…Aku tumpang layan jer…)

1st time posa penuh 1 hari - Darjah 1 (bila ingat balik, Ya ALLAH…Seksanya…Asyik tengok jam jer…Tidor pon tak lena…Pastu marah-marah mak aku pasal suruh aku posa…Tu ler posa pertama dan terakhir aku tahun tuuu…Heheheh)

Aktiviti wajib bulan posa dolo-dolo - Ambik bubur lambuk kat masjid (bapak aku selalu paksa aku pi ambik bubur lambuk…Masa tu bapak aku sponser utama beras untuk masjid…So diofferla utk ambik bubur…Biasanya utk orang yang buk kat masjid jer…Jarang orang tapau)

Minuman feveret - Air cendol (memang paling aku suka.Kalau mak aku buat, lemaknya lebih sket)

Penyakit yang selalu aku kena time bulan posa- Sakit tekak (sampai ke tahun ni, aku kena sakit tekak…Tahun xtra lagi aku dapat…Siap demam ngan selsema lagi…Huhuhuhu)

Malam Ramadhan yang aku tak leh lupa - Malam terakhir aku bertarawikh bersama Arwah Abang aku. Ingat lagi time tu…Huhuhu

Lauk sahur feveret - Ikan pekasam ngan telur asin (Sampai sekarang aku gila ngan Ikan pekasam..Tapi aku dah naik muak ngan telur asin…Almost everyday aku ngadap menu tu kat SERATAS)

Lauk berbuka feveret aku - Ikan Terubuk bakar (nyam…nyam…nyam…)

Aktiviti utama ‘terawikh’ yang tak bleh dilupakan - main ABC, Aci ligan keliling masjid, buat bising time orang Terawikh, Melantak moreh ngalahkan orang yang bertarawikh, sembang-sembang, bergosip2…Heheheh…Memang best jadi kanak-kanak tak akil baligh.

Kuih moreh feveret aku - Agar-agar kaler merah.Kalau ada kaler pink lagi aku suka.

Minuman moreh feveret - Teh (Itu jer paling sedap…Pilihan lain Kopi O ngan Teh O…Pastikan Teh 555 yang dia pakai…Teh lain tak best)

Juadah bazaar utama - Murtabak (aku suka makan murtabak ngan bawang merah…Ngan kari tak best laa…Ingat lagi murtabak yang dijual dulu cuma RM1 jer.Tu pun aku dah rasa mahal)

Aktiviti waktu petang sebelum berbuka yang tak dapat dilipakan - jalan-jalan kat kebun Tembikai (kalau rezki baik, dapat tembikai free…Kebun sepupu aku yang punya)

Tragedi Ramadhan yang aku tak dapat lupakan - Kena bisul (sakit ooo)

Shopping raya yang palin diingati - Shopping raya terakhir ngan Arwah Abang - 1992 (aku ingat lagi…Selama ni aku tak pernah beli baju sedondon ngan abang…Tul lah kali pertama dan terakhir aku beli baju sepesen ngan dia cuma baju aku kaler oren, Abang kaler Hijau..Baju tu jugaklaa baju terakhir aku nampak Abang pakai sebelum akhir hayatnya… Arwah meninggal pada penghujung Syawal tahun tersebut disebabkan Leukimia .Alfatihah untuk arwah abang aku, Mohammad Zulfadli b Ismai[ 1981-1992]l

Kebanyakan benda yang aku senaraikan ni berlaku ketika aku di bangku sekolah rendah dulu…Cepatnya masa berlalu…Dah lebih 10tahun dah aku meninggalkan alam kanak-kanak…Aku rasa korang pon mesti ada something yang korang tak dapat lupakan berlaku sepanjang Ramadhan, kan….^_^

Oct
14
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 14-10-2006

Cepat betul aku rasa ramadhan kali ni…Sedar tak sedar, dah sampai ke kemuncak…Macam baru jer aku rasa mula Ramadhan…Masa…makin cepat betul berlalu…

Bulan posa ni pon kalau ni pon baru 3 kali aku ke Bazar Ramadhan Parit Raja…Tapi tak beli pon juadah brbuka…Sepanjang 21 hari yang lepas, baru sekali jer aku berbuka pakai sen sendiri..Tu pun kat KFC..Hari2 lain semua kat masjid….Kalau sems2 lepas, almost everyday kat Bazar tu…Last year pon every week mesti aku pi Bazar, berbuka ngan budak2 Pedoman, rumah sewa lama aku sebelum masuk hostel…Tapi tahun dah takdaa dah…Semua dah kerja…Tinggal aku jaa yang tak abih2 lagi degree niii…

Bazar raya pon aku tak sampai lagi..Ntah apa laa perbezaannya tahun niii…Nak beli ker tak something kat situ???May be tak kut…Sen pon dah makin kering…Cukup untuk beli kerepek untuk mak aku serba sekilo ngan sahur jer…May be esok lusa lehlaa pi window shopping….Kalau tahun2 lepas leh ajak Nizam, Hazli, Bai, Alhafiz or member kat Melewar (masa 1st year)…Tahun ni memasing sibuk ngan test 2 dan sebagainya…

Yaaa…dah lebih 5 tahun aku kat parit raja…Satu jangkamasa yang agak lama…Tapi masih lagi aku terngat suasana Ramadhan 5 tahun yang lalu di Melewar…Terawikh pertama di Melewar dimana ada studet KUiTTHO meninggal eksiden di Seri Gading dan Alhafiz ngan Adam ke Melaka hantar member Adam yang ada emergency kes…Melepas depa terawikh malam tuu…Banyak betuk kenangan Ramadhan aku di sini ngan member-member…Akan aku ridui semuanya nanti…

Oct
07
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 07-10-2006

Huhuhu…Ingat2 akulaa, nilaa kali pertama cahaya bulan gagal menerangi malam Ramadhan aku…Sedihnya, dulu time nilaa paling syahdu sekali…Aku ingat lagi masa sekolah rendah, balik jalan kaki dari Masjid bersuluhkan cahaya bulan…Masa kat SERATAS plak, cross turf hoki balik ke Hostel usha keheningan malam cerah bulan Ramadhan ngan Mat Nan…

tahun ni, Tanggal 14 Ramadahan (malam 15 Ramadhan)…Bulan terang…Sepatutnyalaa…Yang aku nampak cuma bayang bulan jer…Bulan pon nampak merah jer…Tak dak cahaya menerangi bumi…Ohhh JERUBU….Awatlaa time mcm ni plak terjadinya kebakaran hutan kat Indon tuu???Huhuhu…Qada’ dan Qadar Allah…Redha jer….

Hari ni makin teruk jerubu…Aku ingatkan dah nak abis dah bila smalam dah makin kurang…Nampaknya kuasa Allah lagi berkuasa…Apa yang aku harapkan ianya bukanlah petanda bahawa umat Islam di Malaysia ni makin hanyut…ALLAHUAKBAR…Moga ALLAH selamatkanlah kita dari segala bencana…

Oct
04
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 04-10-2006

Tadi aku p kelas Jurutera Masyarakat…Kelas ngan dekan FKEE…Punyalaa lambat Prof masuk…Tak salah aku dekat 3.30 baru nampaklaa dia…Kelas mula pkl jam3…Biasalaa…Dekan, sibuk jer memanjang..tapi aku rasa sems ni dia tak sibuk sangat macam last sems…

Masuk kelas dia pon bagitau…Dia menghadiri mesyuarat…Tak pasti ngan sapa..Tapi yang pastinya, nama baru KUiTTHO telah diputuskan iaitu UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA…macam MUKTAMAD jer nama tuu…buat sementara waktu, short form dia UTHM…Dekan kata nak tunggu cadangan MPP, kut ada idea lebih baikk…UTHM, hmmm??? APa kkorang rasa????

Oct
03
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 03-10-2006

buat follower bog aku…(macam pemes sangat laa blog nii), sorilaa lama tak update…ada prob sket…server diorg cabut utk e-vote mpp KUiTTHO…untuk pengetahuan, MPP kali ni 100% dipegang oleh orang MELAYU…hmmm, NO KOMEN!!!!

Lepas passing borang2 kat cikgu2, kami menuju ke kelas…Bebudak ni pantang nampak video cam yang owen bawak…posing sakan…sejak dari naik tangga ke bilik guru lagi, posing sakan bebudak ni…Hahahah…Pict0075

Kami ke kelas pertama yang sudi nak bagi kerjasama…Kebetulan cikgu tak ada…Depa plak tengah buat prepaation untuk hiasan untuk pertandingan kelas berhias sempena merdeka…ingat aku masa kat SERATAS dulu…memang sampai sini, teringat aku kat cikgu-cikgu kat sekolah nun…rindu yang amat sangat…huhuhu…Teringat bagun bagi salam kat cikgu dengan satu tone yang tak leh aku lupa sampai bila-bila…huhuhuhu…rinduuuu…

Pict0088
kami bajet 2 kelas…dan kami dapat 2 kelas…elektrik ngan meki…sambil-sambil tu sempat jugak tarik cikgu utk is baki borang yang tak da orang nak isi…sambil tu jugak ada cikgu yang tiba untuk hakimi kelas yang dah siap berhias tu…ada satu kelas ni mmg menariklaa hiasan yang depa buat..kalau aku, aku kasi kelas ni jer yang menang…tapi tak taulaa kalau ada kelas yang lagi best…Pict0095

Lepas semua cikgu yang dok lepak kat koridor tu siap isi…Semua student dah submit borang kaji selidik tu…Kami gerak semula ke bilik guru nak kutip borang yang kami tinggalkan untuk diisi… Pict0081