Nov
30
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 30-11-2006

Nampaknya makin meriahlaa tanggal 16 Disember nii… Memula aku ingatkan cuma kenduri FAHMI ngan FARADILA jaa…Tapi buidak yang sorang lagi tu pon buat hari yang sama… Ni yang buat aku pening nii… Mana satu laa yang aku nak pergi dulu???

Buat masa ni, aku tak buat keputusan lagi…Memandangkan masih ada 2minggu lebih lagi sebelum tanggan 16hb tuu…Nak tunggu jugak respond dr Jan, Tobel or Pali…May be Bulat ataupun Rahmad dan SEH pon join kuut…Aku tunggu SMS dari korang…Biasanya satu jer kenduri…Tapi kali ni dah jadi 3…Rugi oo kalau tak turun!!!

Sebelum aku terlupa, individu ke 3 yang akan (aku rasa macam dah nikah jaa) zaman anak dara ialah NURAZLINA BT MOHD MOKMIN…Dia ni dari form 1 sampailaa form 3 sekelas ngan aku…PAs tu naik upper form dia ambik sc tulen…aku plak amik sc teknikal, so terpisah laa kami kat situ…Wedding yang aku kategoikan MESTI PERGi (lagipon tengah cuti niii!!!)… Aku pon tengah tunggu kad jemputan rasmi dari AZLINA…May be minggu depan sampai kut.. Fo those yang nak memeriahkan majlis hari tu or nak pos hadiah, ni alamatnya:

PONDOK HAJI DAHARI
KAMPUNG TOK KAW
08800 GUAR CEMPEDAK
KEDAH

Nov
27
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 27-11-2006

Dengan segala hormatnya, aku telah diwakilkan oleh FAHMI dan FARAHDILA untuk menjemput SEMUA SERATASIAN BATCH 9600 (SPM 2000) ke majlis perkahwinan mereka (DIORANG NI BUKAN PASANGAN PENGANTIN TAU!!!). FARAHDILA akan melangsungkan majlis persandingannya pada 16 DISEMBER 2006 di KG KEPALA BUKIT manakala FAHMI pulak akan melangsungkan persandingannya pada 24 DISEMBER di TAMAN SERI GOMBAK, Selangor. Semualaa dijemput hadir.

So, bagi memember yang berada di UTARA, mungkin menghadapi kesulitan nak pi SELANGOR tu…So memandangkan bakal isteri FAHMI kebetulan orang UTARA, maka anda (dan aku) dijemput untuk memeriahkan MAJLIS PENGANTIN PEREMPUAN yang akan diadakan pada 16 DISEMBER 2006, di CHUPING, PERLIS. Kebetulan plak hari yang sama ngan FARAHDILA. Blehlaa kita menHAVOCkan majlis kat kedua-dua rumah pengantin perempuan…Muahahahah…

Taklaa jauh sangat, Tualang ke Chuping tuu…Naik jer highway…Memula kita pi rumah FARA. Pastu kita pi Chuping ikut highway. Nak join???? Contact aku, OK??? Nak contact no??? mintaklaa kat sesapa yang tau…Heheheh…Payah sangat mesej aku kat Friendster niii…Aku jamin kita lalu jalan yang tak payah kena tol…Heheheh…

Jangan jeles orang-orang belah sana (area Selangor)…Kami leh makan double 16hb DISEMBER nii…Maaflaa tak dapat nak upload kad yang menarik nii…Aku tak bawak balik scannerlaa kat rumah…Jomlaa reramai turun Aloq Staq…Rugi oooo!!!!

Berikut aku sertakan alamat untuk ke rumah mempelai:-

FARAHDILA AHMAD TAJUDIN & MOKHTAR SAID

(16 DISEMBER 2006)

Kampung Kepala Bukit
Mukim Tualang
06400 Pokok Sena
Kedah

AHMAD FAHMI B ABDUL HALIM & SITI SAFIRAH BT RASHID

(24 DISEMBER 2006)
29 Jalan SG 6/2
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor

(16 DISEMBER 2006)
Peti Surat 1612
Jalan Ustaz Rashid
Kampung Batu Panggas
02400 Chuping
Perlis

P/S:- Aku ada bau lagi satu nasi minyak…InsyaALLAH, bulan Disember gak!!! ANAK SAPA laaa ttuu???

Nov
24
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 24-11-2006

Bermula esok, maka akan tamat laa zaman bujang member-member aku yang dikasihi…Tanggal 25 November, Fadhlina Mohd Zaki akan menamatkan zaman anak daranya dengan Azmir…Lepas tu diikuti dengan Faradila plak…Tak pasti berapa hb…Lepas tu plak, si Fahmi plak nak kawin…26hb Disember kenduri dia kat KL nuun…Ntahlaa…pergi ker idak yer??? Katanya rumah mertua dia kat Perlis…Pergi situ leh tak??? Heheheh…Kekeringan sumber modal nii…Apapon wishing U all the best…

Buat Izah dan Epoi yang dah selamat bertunang…Moga tabah menghadapi segala ujian masa bertunang…Orang kata, masa bertunang ni laa dugaan paling hebat…Buat Bulat dan Sya yang dikatakan akan melangsungkan ikatan pertunangan Disember ni…Selamat bertunang…Tak dilupakan juga AMirul yang dah pon bertunang awal bulan nii…Semoga berbahagialaa….Apapon selamat untuk semuanya…

Nov
12
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 12-11-2006

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu member bilik aku, Faiz Anwar Azmi yang telah kembali kerahmatullah Jumaat lalu… Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah

Nov
07
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 07-11-2006

Pada usia yang akan mencecah 24 tahun (ish…ish…ish…) mata-mata mula memandang. Anak sapa laa niii???? Elok buat menantu nii!! Adeh, janganlaa kena kat aku lagi. Tak ready oo nak buat anak orang bini oii…kalau ada yang snggup makan pasir berulamkan rumput dan berlaukkan tanah liat, esok bleh mai minang aku.Dalam usia yg bleh dikatakan molek benar nak mendirikan masjid ni, ku plak still macam budak2..Tak matang dari segenap aspek…Belajar pon tak abih lagi nih…Huhuhuhu…

Dalam usia yang menjeengah 24tahun Masehi (kalau ikut tahun Hijrah, aku dah pon berusia 24tahun 2bulan 7hari harini) member2 sebaya samada member SKAJ ataupun SERATAS mahupun KUiTTHO dah ramai yang selamat diijab kabulkan.Yang dah ada anak pon ada..Alaihai, aku anak sedara ramailaa…Anak sendiri, belum ada yang boleh melahirkan secara HALAL.Hahahaha..

2 minggu jer lagi, cuti dah nak mula. Buat masa ni, ada laa lebih dari sorang member aku yang nak kahwin…Yang nak tunang ponn ada…Hmmm..baru weekend lepas member lama aku (aku kenal dari umur aku 5tahun - 1989) dah bertunang. Oklaa dia dah kerja after tamat diploma dia di KYPM. Mmg baguihlaa member2 aku nii…Kahwin utk elak maksiat.

Kalau ikut kan member 6M SKAJ ramai gak yang dah kahwin - Pinah, Salinda, Kak Wani, Bashirah, Aishah, Yati, Fadilahwati dan wakil tunggal laki - Mat Nor dah poon kahwin. Aishah, Kak Wani dan Bashirah dah pon ada anak. Yati pula tunggu masa nak meletup. Raya haritu tak sempat nak jumpa dia. Dah balik rumah mentua. 25 November ni plak turn Fazlina, anak sedara Bashirah plak nak kahwin.

Member SERATAS yang aku pelik sikit. Biasanya dalam umur macam ni pompoan yang ramai kahwin. tapi budak2 SERATAS batch aku laki plak yang ramai kahwin berbanding ngan pompoan…Hmmm…bagus2 .Didahaului dengan Khousaini, Hafiz Tham, Piye, Mirwan, Puad dan akan masuk group bakal pecah teruna Fahmi Mat Blue. So jumlahnya 6 orang. Manakala budak pompoan plak dikepalai oleh Maswida, Masnita, Ct Amah (yang jadi isteri Piye), Aniqah dan akan diikuti oleh Faradila yang akan melangsungkan pernikahannya kalau tak salah aku 16 Disember nii. Baru 5 orang…Hahahaha…Sekarang kedudukannya 6-5. Dan Sani juga Mas, khabarnya dah pon timang baby diorang…ALHAMDULILLAH….Dan sorang lagi member pompoan kita yang aku dengar bakal menamatkan zaman anak daranya Disember ni jugak. Tapi aku tak pasti, betulkaaa tak..nnt aku tanya dia balik…

Berbeza plak ngan member2 KUiTTHO yang aku kenai…Setau aku baru Syikin jaaa yang kahwin… Dahpoon deliver baby dia sebelum konvo…Yang lain, masih menyepi…Bilalaa agaknya eekk???may be bdk2 KUiTTHO ni jenis kahwin lambat kuut???HEHEHEHEH…Kita tunggu jerlaaa…

Dah alang-alang aku buakak stori pasal kahwinn nii…Aku cuma nak highlighkan beberapa member yang aku rasa TAK SABAQ2 nak pi kenduri korang!!!!!!

Nasir Hanafiah ngan awek nurse dia - member SKAJ aku nii. Ntahlaa bila laa boya ni nak kahwin..Heheheh. Kahwin oooi jangan tak kahwin…

Bulat ngan Sya - dua-dua budak SERATAS. Kapel dari kat SERATAS bawak ke UTM. Pastu dua-dua kerja penang. Tak jadi jugak, isk…isk…isk…Tak tau nak habaqlaa aku… kena mandi bunga 7 laut dari 7 benua nii (satu lagi benua pepandai hampalaa nak cari kat mana)…Air telaga tak jadi!!!! Tak mustajab…

Epoi ngan Izah - Dua-dua orang member SERATAS gak. Ni lagilaa..Dari dok main-main mata masa form 1 sampai berkapel masa form 4.Siap main tolak2 lagi.Sat orang nun, sat orang ni. Gosip jer depa 2 orang nii. Dari SERATAS sampai ke Jepun last-last dok menempek kat Shah Alam. Kalau tak jadi, isk…isk..isk…Ni bukan setakat mandi bunga jer.Kena mandi minyak atar import khas dari Mekah.

Owen dan Niza - Dua-dua member aku di KUiTTHO. Bila laa gaaknya hampa nak kahwin eek??Entahlaa…Nak tunggu owen abih master lagi, pastu posting…Pastu nak kumpul duit…2 tahun OK tak??? heheheh… Sabar ler Niza ooii…

Haidir dan Nida - Kedua-duanya member aku kat KUiTTHO. Bila kapel pon aku tak perasan. Tau-tau kapel dah. Ni macam jadi nii!!Aku aminkan jer buat korang..Kalau tak jadi, ikutlah petua2 di atas…Moga berkekalan hingga akhirnya

Zaki dan Aini -Member aku kat KUiTTHO jugak…Huaaaggghhhh…Aku dah ngantuklaaa…Apapon wish of the best to both of U..

Khai dan Che Zaliati - Member aku di KUiTTHO jugak . Samalaa buat korang. Kepala aku dah kering idea dah nak mengutuk orang nii…Ngantuk…

Apapon, aku wishkan buat semua sahabat yang sedang hangat dilamun asmara dan merancang untuk mendirikan mahligaikaa, masjidkaa apapon moga berbahagialaa hendaknyaaa….AMINN

Nov
03
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 03-11-2006

Dipendekkan stori, abih ja soal selidik di kelas kami terus pergi bilik guru…Kumpul soal selidik yang dah diedar sebelum tuu dan kami edarkan lagi beberapa cikgu yang tak isi lagi form tuu…

dah setel semua benda kat bilik guru…kami pi interview kat bilik PK HEM…Malas aku nak stori apa yang dibincangkan…Banyak nak kena cerita…Nanti tak cukup plak satu episod…Interview di di lakukan oleh kak ti ngan kak mar…Nanti kalau aku rajin aku letak video interview tu kat aku punya profile…

Abih 1st round iterview…Cikgu PK HEM mintak kami keluar sat…Ada hal disiplin nak disettle kan…Ada bapak student yang kantoi jual rokok datang nak defend anak dia…Kami tunggu kat luar dan ditakdirkan beremu dengan sorang lagi pelajar bermasalah…Cerita selanjutnya tengoklaa video yang aku akan download nanti kat profile aku…

Dan kami masuk semula ke dalam bilik PK HEM…Ada lagi benda yang nak dikongsi oleh PK HEM dengan kami…Benda apa yang nak dikongsi???hahahah…Pen marke dan liquid paper yang di rampas dari student…Nantilaaa…Tengok cerita dia dalam movie yang aku akan download….

Abih sesi tu…Owen menyampaikan cenderamata kpd PK HEM…Lepas tu kami berjumpa dengan cikgu Linda ucapkan terima kasih kepada dia sebab banyak bantukami dalam melaksanakan tugasanbudak2 master niii….Abih jaaa…Kami poon posing2, tangkap2 gambar…pastu menuju ke kedai Niza….NyamNyamNyam…

Nov
01

Tak lama lagi bermulalah cuti semester yang kebetulan bermula hampir hampir serentak dengan cuti sekolah…Inilah masa yang paling sesuai nak tamatkan ZAMAN BUJANG….

itu sebenarnya point aku…Bukan nak cerita pasal cuti sangat poon…Buat masa ni dah 3 orang sahabat aku yang DAH KOMPOM akan menamatkan zaman bujangnya pada cuti ni (cuti sekolah akan bermula pada 18hb Nov)…Lagi sorang tu ntahlaa, kalau tak cuti ni, may be Chinese New Year tahun depan kut…Selain daripada tu jugak, mak menakan dan 3 orang anak-anak sedara aku pon akan menamatkan zaman bujang mereka…2 daripadanya dah pon akad nikah…Yang sorang lagi tu macam belum….

Bermula 19.11.2006, Mak Su aku akan melangsungkan Majlis Persandingannya di Kuala Sungai, Alor Star Kedah…Pasangannya orang Taman Uda, Alor Star…Mak Su aku dah pon diakad nikahkan pada 2 Syawal yang lepas…Tu pasal aku tak dapat nak pi rumahterbuka hang, Hasmah…Aku bertindak sbg kameraman haritu…Heheheh…

25.11.2006 pulak, majlis perkahwinan member TABIKA- Sek Keb Alor Janggus aku, Fadzlina Mohd Zuki…Kebetulan plak clash ngan kenduri anak menakan sepupu aku, Kak Chaq –> anak sulung Kak Chik Rohani –> anak ke-2 Mak Njang Ajar aku…Ni yang buat aku kompius mana satu yang aku nak pi nii????Fazlina rasanya akan melangsungkan kenduri kahwin dia kat Taman Sayang, Alor Star…Kenduri Kak Chaq pulak kat Kangkung, Alor Star….Kalau ikut ati, kedua2 kenduri nak pi niih!!!!Kalau terpaksa buat pilihan antara 2, macam pi kenduri Fadzlina jer…Heheheh…Ntahlaaa….

Sebelum tu, pada 23.11.2006, kenduri kak Jamaliah iaitu Jamilah, senior aku kat SKAJ…Aku pon tak pasti nak pi ker tak…Kalau ada kawan pergi niih…Kalau tak dak geng yang aku segan nii….

Lepas tu plak tanggal 9.12.2006, kenduri anak sedara sepupu aku, Pudin –> anak sulung Bang Cik Mat Kamarudin –> anak sulung Mak Njang Ajar aku akan dilangsungkan di Kuah, Langkawi..Mak aku kata nak pi…Tapi bapak aku plak katanya tak tau lagiii…Hmmm..Kalau pi best gak…Lama dah aku tak jejak kaki ke Langkawi…Dah 12 Tahunn…huhuhu…Nak pii oooiii!!!!

Ada lagi 3 kenduri yang aku tak umukan lagi, kesemuanya dijangkakan bulan 12…Biarlah rahsia dulu siapakah gerangannya…Yang Pasti kesemuanya member SERATAS…Salah sorang daripadanya dah minta alamat aku untuk pos kad…Yang lagi 2 tu tak tau macamana lagi…TUNGGU!!!!!