Tanggal 02.02.07 ni maka bermulalah lembaran baru KUiTTHO sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)… Pemahsyuran nama baru ini akan dilakukan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia di DTII jam 8.30am (kalau ada perubahan, sila betulkan). Semua KU seluruh Malaysia akan dinaikkan taraf bermula 01.02.07 atau 02.02.07, bergantung kepada cuti umum negeri masing-masing. Kalau 1hb tu cuti umum - Thaipusam, maka penukaran nama berkuatkuasa pada 2hb, macam KUiTTHO…

KUTKM - UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
KUIM - USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)
KUSTEM - UMT (Universiti Malaysia Terengganu)
KUKTEM - UMP (Universiti Malaysia Pahang)
KUKUM - UNiMAP (Universiti Malaysia Perlis)

Jan
22
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 22-01-2007

Aku rasa ramai dah tahu, disebabkan gelombang ke 2 banjir di Johor, KUiTTHO ditutup lebih 10 hari…Aku tengah mendownload gambar yang dipos Owen ni sementara menaip cerita banjir di KUiTTHO…Kiranya sambungan haritulaa…..

Pada hari ke-3 air gelombang ke 2 ‘menyerang’ KUiTTHO iaitu hari Rabu, kami penghuni blok D masih berada di KUiTTHO…Ada yang dah angkat kaki bila dengan kununnya empangan dah pecah…Tapi sebenarnya bukan pecah pon…Tapi ‘mulut’ empangan makin dibuka pada hari Rabu tu…

Air dah pun memenuhi keseluruhan parking blok D…Dah pon melimpah memenuhi kawasan parking padang kawad…Masjid pun dah mula dinaiki air…Air pun dah dipotong selepas elektrik dipotong malam sebelumnya…Kiranya aku sempat ler posting perkembangan banjir pada hari tu (posting 16hb Jan)…Kafe pon dah bagitau, ‘no more makaanan sebab tak der air nak buat makan’. Air makin naik dan makin naik…

Petangnya aku melawat keadaan banjir di sekitar KUiTTHO…Secara keseluruhan, semua jalan dalam KUiTTHO dah naik air hari Rabu lepas…AKu plak sempat pi main kayak kat tasik KUiTTHO…Rektor pon join sama…Hahahah>>>macam pesta air plak kat KUiTTHO…Memula ingat nak pusing KUiTTHO tapi tak dapat plak sebab team kayak nak buat latihan…

Sebenarnya kami dah diarahkan untuk berpindah sebab air akan makin naik…Motor aku dah aku pindahkan sesiap kat bilik seminar…Kami siap2 dalam pkl 8 kami tunggu kenderaan berat untuk pindahkan kat kawasan tempat perkumpulan ‘mangsa banjir KUiTTHO’ kat kompleks FKEE…Dekat 2 jam jugaklaa menunggu barulaa dapat sampai kat kompleks…Nak redah air bah memalam payah gak…Katanya banyak makhluk yang tak ingin dijumpai berkeliaran kat KUiTTHO macam lipan dan ular…yang bestnya, ada budak yang jumpa ikan toman dalam KUiTTHO…Huahuahuah…

Masa on the way ke arked untuk tunggu lori ambik kami…air kat lorong berbumbung ke C15-C16 dah pun dipenuhi air…Jalan raya kat arked tu dah penuh paras lutut dah…Dalam pkl 10.00 kami merupakan orang yang terakhir pada malam tu dipindahkan…

KAt kompleks tunggu plak lori nak hantar kami ke melewar…Kami menumpang kat sana…Pkl 11 baru sampai melewar…Diberi rumah ngan junior…Balik juga aku akhirnya ke Melewar…On the way ke Melewar, kami redah bah lagi ngan lori…Kat padang ragbi tuu…Mak aiihhh…Ayaq dia busuk yaaa amaaaat….depa kata hitam plak tuu….memang busuklaaa….

Keesokkan harinya aku pi melawat KUiTTHO ngan Owen…Air mula melimpahi jalan dari tasik ke kompleks…Air makin naik lagi…Kat melewar pon airdeparit depan tu dah mula cecah jalan raya…Air kat parit depan tu plak mencurah2 masuk kat parit depan Melewar…Aku plak berbelah bahagi, nak balik kaa tak… Dah akhirnya petang tu sebelum asar aku dapat makluman yang KUiTTHO ditutup sampai 28hb…Tu pon katanya tengok keadaan yang akan datang…Aku pon apa lagi, BALIKLAA…telefon bas, book tiket…Haritu jugak aku balik…

On the way ke bas stop ngan Baiya, jumpa plak Pok Denga ngan Joe..Dia tumpang kami ke BP…Apa yang aku bleh kata, sepanjang perjalanan ke BP, ada beberapa tempat dah mula dilimpahi air ke atas jalan Raya..Yang paling teruk kat Parit Karjo ngan Seri Gading…

Dan akhirnya sampailaa aku kat BP ngan selamatnya…TQ Pok DEng ngan Joe…Dan sekarang aku kat CC kat a.sTAQ…Kredit tmnet aku dah abihlaa…hahhah…tu pasal lambat buat catatan kat cni…OK…aku nak upload gambaq plak…Chow…

Jan
16
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 16-01-2007

Apa yang aku bleh kata kat sini, memang diluar jangkaan… memula aku ingatkan banjir kali ni takkan menyamai banjir yang dialami hujung disember lepas.nampaknya jangkaan aku melesetlaa..

Banjir mula melimpahi jalan utama KUiTTHO sejak semalam. Tak da pon hujan dalam 2hari nii…Cuma hujan yang tak berhenti2 pada hari Khamis - Sabtu yang lepas. Semalam dah terik, aku ingatkan dah bebaslaa P.Raja dari banjir…Tapi taklaa plak… Air di Empangan Sembrong dan Empangan Bekok terpaksa dilepaskan memandangkan dah lebih limitnya.

8am: air yang semalam baru jer naik sket jer (memenuhi longkang dan jalan di persimpangan hadapan blok D DTSN - bawah dari buku lali) dan pon mula memasuki kawasan parkir blok D dan Masjid KUiTTHO.

11am: Motor kesayangan aku terpaksa diubah ke blok DPP lama. Air sudah memenuhi court tenis. Jalan Masuk dan Keluar Utama sudah dipenuhi air paras betis.

3pm: Gelanggang tenis sudah dipenuhi air sepenuhnya. Devider jalan Utama sudah tenggelam sepenuhnya. Laluan ke parkir bas KUiTTHO sudah ditenggelami air.

5pm: Hujan…..Ada kereta dah mula kena tarik ngan lori pick-up. Mana leh lepas..Air dah paras lutut.

7pm: Hujan lagi. Lebat gak. Tapi sekejap.

8pm: Motor aku diubah ke parkir bilik seminar. Air dah memenuhi keseluruhan parkir blok D dan ruang legar B5 (DPP lama). Longkang dalam masjid pon dah melimpah.

Hingga kini air masih naik…Ntahlaa…Sesilap esok air dah masuk blok D. KUiTTHO ditutup selama 2 hari. Selepas tu tengoklaa macamana. May be cuti lagi, bergantung kepada keputusan Rektor dan banjir 2nd wave ni….

Jan
05
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 05-01-2007

Sedar tak sedar, tahun baru Masehi dah pon hampir seminggu berlalu…Maknanya tahun ni kita bakal menginjak ke satu fasa baru dalam hidup…Kalau seminng yang lepas, usia aku 23tahun so tahun ni aku akan megalami proses penuaan selama setahun (walaupon sepanjang sebulan cuti sems ni, orang yang tak dikenali asyik kata aku budaak tunggu SPM)… Dan dalam masa 2 minggu lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan thn baru Hijrah plak…Kalau ikut kalender Hijrah, lagilaa aku tua…Huhuhu…Tahun Hijrah bakal menyaksikan aku akan mencapai usia 25 tahun…Uiks, tua tuuu…Kecualilaaa mereka-mereka yang lahir pertengahan bulan Oktober 1983, depa ni semua lahir 1404H so tahun baru H yang akan datang ni, depa akan sambut besday ke 24 Hijrah depalaa…Aku plak makin tua walaupon diriku ini awet muda…hihihi