Jun
30
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 30-06-2007

Heehe…Ni mesti sebab banyak bulleti yang aku post…apapon thanks for your support…teruskan sokogan anda…

Semalam aku jumpa senior kita yang lebih dikenali ngan Mok Cik Alien masa zaman dulu2, Kak Linda namanya… Aku senior pompoan ni still maintain panggil akak-akak… Yang laki ni macam geli jaaa… Hahahah…

Rupanya dah ada anak dah akak kita niii…Comel anak dia… Lupa aku nak tanya nama apa… Budak laki, umur dalam 2-3 tahun dah… Dan sempatlaaa aku berborak ngan dia expecially pasal bab member kahwin nii…

Ramai gak yang tunggu nak melatops!!! Aku tak ingatlaa sapa dia, ikut senarai adala dalam 5-6 orang kut… Semua anak sulung… Bila aku bagitau yang batch aku dah ada yang beranak 2, dia pon terkejut…Hahahah… Nampaknya calon dari batch kita lagi maju dari diorang…hahahah..

Aku pon dapat tau dari Leen Phantera yang isteri SANI (Khosaini) dah pun melahirkan baby yang comel Mei lepas… Anak sulung Sani katanya pompoan… Angahnya tak pasti plak jantinanya… Macam laki katanya…

Tham pon tak lama lagi bakal bergelar seorang bapa… Macam dah tak lama dah… Selepas dua tahun rezki diorang dah sampai… Bila aku usha Friendster Tham baru-baru nii, rupa2nya adik dia Si Fadli tu pun dah kahwin…Tahniah Bro… Semoga berkekalan…Memang jodoh hampa 2 orang awal…

Azlina Mukmin yang kahwin Disember lepas pon kini tengah bawak baby… Alhamdulillah, cepat betul rezki diorang… OKlaaa, Azlina pon akan menamatkan Master Pendidikan Teknik Vo-k dia di UTHM… Tengah LM (Latihan Mengajar) sekarang ni, aku rasa dia LM kat PSP (Politeknik Seberang Perai.

For those yang dah beranak pinak, TAHNIAH dan GOOD LUCK for your new title… Yang tengah tunggu hari tu, moga selamat semuanya, IBU dan ANAK…

–> Aku ni bilala gamaknya nak tukar status….LAMBAT lagi nii…TAk dapat hidayah lagi…heheheh…

Jun
18
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 18-06-2007

Entahlaaa… Nak bangga kaa nak marah ngan staterment macam nii?? Aku pon tak pasti… Makin lama, makin ramai yang mengiakan statement macam tu… Umur 24 tahun, tapi muka macam budak baru abih SPM, adei!!! ‘Jambu’ sangat kaa muka aku???

Ada laa beberapa kisah yang aku nak kongsi ngan pembaca blog aku niii…Sebenarnya dah lama kes ni terjadi dan aku rasa sebahagiannya aku dah kongsi ngan korang kat sini melalui post2 aku yang lepas2… Aku nak cerita 2 cerita kat korang… Ada beberapa lagiii, tapi nantilaaa….Apapon enjoykanlah diri korang baca post ke 202 aku nii…

Kes 1: Tempat- Bus Stop Parit Raja, Tarikh:- Sekitar 2004
Aku nak ke BP… Nak beli tiket bas untuk balik kampung memandang study week dah bermula, dan cuti semseter akan bermula… Nak naik KC, hmmm… Dah lama tak lenjan p BP, tak berani aku… Nanti aku akan kenalkan korang ngan KC kesayangan aku…Hehehheh.. So aku tunggulah kat bus stop menghala ker BP yang ada kat Parit Raja…Dan semasa aku tunggu bas tu, adalaa sorang pakcik nii…Tunggu bas gak…Nak balik rumah katanya kat Parit Karjo…Dia ni tukang potong rumput…Baru jer selesaikan tugasnya kat Parit Raja… Dia mula-mula usha semacam jer…Tengok aku atas ke bawah…Soalan pertama yang dia tanya," Tak sekolah ker harini"…Maka ngan selamber jer aku jawab, "Tak, sekarang cuti seminggu..Minggu depan final"…Dia usha pelik lagi "Ni bukan sekolah tu kaaa??"…Sambil jari menuding ke arah SMK Sultan Ismail yang memang tak nampak pon dai Bus stop tu…Adalaa jaraknya 1km, dan arah yang ditunjuukkan tu memang ke sekolah tuuu…Argggghhhh, muka budak sekolah kaa aku??? Sadis betul!!!


Kes 2: Tempat: DTDI Tarikh: Jun 2007
Aku tengah dok surf internet… Masa tu member aku yang jugak melepak kat sini sems 3 di UTHM ada sama…Nama dia Muhsein… Aku tunjuklaa gambar-gambar wedding member SERATAS aku yang selamat melangsungkan perkahwinan 2 minggu lepas… Nama dia bulat ngan Sya… Sambil-sambil dok tengok tu, ntah macamana tak tau tetiba bleh keluar cerita muka kami macam manusia tak cukup umur sepatutnya…Dia ni pon kira muka awet muda walaupun beberapa hari lagi genap 23 umur dia… Dia bagitau aku, masa aku pergi tlg hantar motorsikal kepada bakal isteri dia (AMINN!!!), bakal isteri dia ada keluar statement ‘muka budak’…Argggghhh…. Muhsein pon kata, 1st time dia tengok aku, dia ingatkan aku gang ngan junior2 aku tuuu….Huhuuu…Bila dia tengok gambar member aku yang posing ramai-ramai semasa wedding SYALAT, dia kata sorang jer yang macam aku… Tu pun Izad Kecik…DIa tu memanglaa comel dari duluu…Yang lain katanya, tak macam member aku…Hampeh!!!!

__>__> Muhsein kata muka aku macam Mahatma Gandhi kalau aku potong rambut aku tapak 1….MAHATMA GANDHI!!!! Kata muka budak…Tu muka orang tua!!!!

Thanks to Jack aka Kril…Aku ambik gambar ni dari dia…Aku pon ada gak simpanan gambar kemenangan SERATAS pertama kali menjadi johan pertandingan dikir barat bagi LMS…Sebelum tu kita asyik kalah ngan team dikir dari SMT Taiping jer…4 tahun kita dapat no 2 dan akhirnya berjaya mewakili LMS pada tahun 2000 seterusnya mewakili Perak pada tahun yang sama…

Kat sini meh aku perkenalkan barisan ahli pasukan yang dikenali Dikir Larut (nama yang spontan diambik masa wakil Perak kat peringkat Kebangsaan kat Terengganu - tak salah aku, Sudin yang suggest nama niii)

409298510l

Duduk dari kiri: Yusri Yusuf (Gendang Anak - German), Arif (MMU), Maui (UMP), Amzani (Marakas - UK), Fahmi Skin (UPSI), Faizal Yeop (Aku tak surelaa, UiTM kut)…

Berdiri dari kiri: Zulhaidi (Tukang Karut - Cleveland Uni, Ohio), Reza (Gong - UTP), Faiz Sempoi (UM), Fahmi Blue (UTM), Zu (Tak saah aku - UiTM), Maarif (UTHM), Kril Jack (Rusia), Al-Amin (Gendamg Ibu - UIA), Kamil (UTM), Chef (tak salah aku - UiTM), Zaihan (UTHM), Afiq (UNITEN), Shamsudin (Tok Juara - Vanderbilt Uni, USA)

Isk…banyak gak yang aku tak update pasal team dikir 2000 ni, tapi alhamdulillah kan…Semua berjaya ke U…most of us dah abih dah…Kursus korang aku tak pasti, so aku tak letakkan…Dan aku pon nak habis tak lama gi…Tensen aku lama2 kat sini…Harap dapat bagi inspirasi to adik2 yang akan berentap di peringkat LMS, katanya tak lama lagi…Good Luck!!!

Jun
13
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 13-06-2007

Thans to Sya…Tak sempat lagi nak cilok dari member lain… Tataplaa puas2 nooo… Ok… Tak leh celoteh banyak…Time’s up…

Jun
07
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 07-06-2007

Aku dah upload beberapa gambar Majlis Perkahwinan En Khalid dan penolong ketua Kelas aku masa form 5 dulu, Azmira… korang bleh tatap di photo album aku… Aku nak ucapkan Terima Kasih buat En Khalid yang sudi jemput aku dan rakan-rakan ke Majlis dia… Dia jemput semua,OK…Aku dah load jemputan dia kat sini… Dah buat buletin pon… So tak leh marah…Heheheh…

Buat Azmira, aku dah ‘cilok’ beberapa gambar pertunangan hang untuk tatapan kawan2 kita kat sini… Terima kasih untuk gambar tuu… Jangan lupa kat kami…Jemputan untuk kenduri jangan lupa…Hahahah…

Jun
05
Filed Under (Akulaaa) by zyehunt on 05-06-2007

Lets continue sambungan cerita yang dah lama aku hentikan. Memandangkan macam kurang jer ’saham’ blog ni, jadi blehlaa aku mengarut balik…Hehehehe…

Spek ke 5 aku, aku beli di Fokus Point Summit Batu Pahat. Harganya RM200. Aku beli lepas duit 1st biasiswa JPA aku masuk.Masa tu aku dalam semester ke2 dalam tahun pertama pengajian aku kat KUiTTHO, dalam tahun 2002…Aku pi beli ngan AL-Hafiz yang baru jer dapat kancil dari parent dia…

Pertama kali aku beli spek yang berbingkai empat segi…Bingkai kaler hitam…Masa tu aku pon tak tau kenapa ramai sangat orang minat bingkai kaler hitam, termasuklaa aku…Spek yang dibekalkan ngan klip on…Ada 2 klip on yang diberi - 1. lens hitam - anti UV apa ntah, 2. anti radiasi komputer… Set tu diberikan sekali bersama multi-coated lens untuk spek aku…

Lama jugak aku pakai spek ni…Sampailaa skru dia tercabut dan tak boleh dipulihkan semula…Lens anti radiasi komp dah lama hilang…Lens hitam masih ada, cuma magnet klip on tu dah kurang power dah…Selalu tertanggal kalau aku tak lekatkan ngan betul…

Tak salah aku sampai semester 2, ketika tahun 3 aku kat KUiTTHO iaitu pada tahun 2005 merupakan saat2 terakhir perkhidmatan spek nii…Masa tu, dah banyak kali dah aku gantikan lens spek, sebab power aku pon dah makin up…Aku pon tak ingat berapa kali aku gantikan lens spek niii…Tpi hampir setiap kali, aku tukarkan ngan uvcoated lens jer…Last sekali aku pakai spek ni masa aku pi Jumaat ngan T.O…Spek aku yang memang selalu buat problem…Selalu jer skru tercabut…Tapi haritu, bila skru ni tercabut, sekali ngan lens yang hilang dalam kereta iswara TO…Memandangkan dah uzur sangat, maka aku putuskan, masuk ‘muzium’ ler spek ni…

Jun
01
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 01-06-2007

Banyak gak yang view aku bulan lalu…Trimas… Lawatlaa lagii yek… Blog plak aku tak pasti… Nak kira viewer, kena uppgrade plak… Bila kena upgrade, dia charge senlaa plak… Apapun teruskan sokongan anda… Hehheheh