i, me, my, mine, myself
REKOD..tak pernah seramai ni view aku sebelum ni…Hahaha…Aku rasa sebab utama orang view aku:-
1. ada beberapa BULEIN yang aku post bulan ni.
2. sebab ada beberapa post Blog yang aku buat.
3. SEBAB UTAMA (aku rasa), aku ubah nama yang PELIK… Orang mesti ingat sapa laaa mamat niii….-Dzal-Alif-, memans laa korang tak kenal…Sesapa yang paham jawi, please spell like this -Dzal-Alif-Yaa-Haa-Nun-
Teruskan mengusha blog aku dan profile aku…
p/s –> selalulaa usha blog aku dan dengar playlist yang kaler HIJAU tuuu…
Aku jumpa gambar ni kat group Yahoo SERATAS-Alumni. Leen Phatera yang upload. Saja nak kongsi ngan korang dan kenang balik detik2 sebelum merampas penguasaan kejuaraan Dikir Barat dari SM Teknik.

Ni masa sebelum berangkat ke SMDB. Kat garaj bas. Bersama-sama ngan team nasyid yang dapat no 3 tahun 2000 (team nasyid yang pakai all white). Yang dressing selamber tu budak-budak DK.

Ni plak masa sampai SMDB. Kat bilik tukar pakaian. Sebelum persembahan, selepas dapat giliran persembahan, kalau tak salah aku.
Nampaknya seepas kemenangan kita tahun 2000 tu, SERATAS menguasai acara dikir barat peringkat LMS. Selepas 8 tahun (sampai tahun ni), kita menjuarainya untuk 7 tahun. Tewas sekali pada tahun 2005 dan merampas kembali pada tahun lalu, dan meneruskan kejuaraan tahun ni. 2001 kita dapat naib Juara Negeri. Tewas ngan sekolah mana ntah. 2003 sekali lagi team dikir SERATAS ke Kebangsaan. 2004 plak dapat no 3 negeri.Semalam diorang lawan peringkat negeri. Aku tengah tunggu result dari junior-junior.
Aku tak pasti samada rakan2 SERATAS batch aku perasan atau tak. Ketiga-tiga Mohd Yusri bin bapak lain-lain yang ada dalam batch kita semuanya ditempatkan di kamar A 1-2.Mungkin ada yang perasan, dan ada yang tak. Jom berkenalan ngan 3 manusia ni…
Mohd Yusri b Mat Din
Orang Grik. Pelajar 1 Utarid (aku bagitau kelas sebab ketiga2 Yusri ni tak sekelas masa form 1). Abang dia pon bersekolah kat SERATAS. Bilik abg dia ngadap bilik kami, kat blok sebelah. Tapi Yusri Mat Din, ataupun panggilan manjanya MAt Din (seingat aku, tak dak sorang pon antara kami yang dapat nickname Yus or Yusri) tak kekal sampai form 5 kat bilik A 1-2. Form 4 dia pindah ke C 1-4. Biasala, dia ni sportman. Kat bilik aku ni, tak ramai sangat kaki sukan. Lagipon member kamcheng dia, Jan ada kat sana.
Dia laa jugak yang akhirnya naik jadi Ketua Rumah RAJAWALI. Mana ada lagi orang yang layak, dia jer… Selepas menamatkan pengajian kat SERATAS, dia p matrik dan akhirnya masuk KUiTTHO ambik degree in Civil Engineering. Sekarang ni aku pon tak pasti dia buat apa. Sepatutnya dah posting dia niii… Bakal lecturer laa katakan…
Mohd Yusri b Yahya
Asal Kg Oran, Mata Ayer, Perlis. Kelas 1st semasa di SERATAS - 1 Zuhrah. Nama manja-manja Pak Ya. Tapi bila naik form 4\5 dapat gelaran Gent @ Sargent. Biasanya geng2 PKBM la yang panggil. Hahaha. AKu sampai sekarang maintain ngan ‘Pak Ya’.
Pak Ya ni pernah ber’jiran’ ngan aku masa form five. Memang jadi member boraklaa sebelum tidur. Ngutuk polan ngan polan. Cerita pasal si anu ngan anu. Hahahah. Ingat orang pompoan ja pandai bergosip?
Pak Ya ni perangai dia agak kontra ngan Piye walaupun senegeri (dalam dorm aku ada 2 orang ni ja orang Perlis - sebelum Masuki masuk A1-2 masa form 5). Orang dia cool ja. Tak banyak cakap. Rambut lurus. Gigi tak beratur macam gigi aku. Hahaha.
He is a nice friend. Masih berhubung ngan aku walaupun kami dah lain IPT. Dia lepas habis ngaji di SERATAS ke KMPP sebelum ambik Meki Engineering kat USM. Dan sekarang menjawat jawatan Jurutera di salah satu kilang simen kat Perlis.
Mohd Yusri b Yusuf

Asal Lenggong Perak. Masuk kejap kelas aku (1 Kejora) sebelum berpindah ke kelas 1 Suria. Come nama panggilan manjanya kat SERATAS (nama yang dikasi oleh Abang Irwan). Dia ni 2nd intake masuk SERATAS, 1 Ramadhan 1417H. Hari 1st dia masuk SERATAS, aku ingat sebab ada peristiwa yang berlaku masa tu dan dah aku ceritakan kat blog ni dulu.
Yusri ni bijak orang dia. Lepas dapat tempat yang baik dalam peperiksaan akhir tahun form 1, dia masuk kelas 2K - 5K, maintain kat kelas tu. Tapi dia kat A1-2 sampai form 4 ja sebelum berpindah ke A1-4 (kamar pengawas) masa form 5. Orang dah naik pangkat maaa..hehehe.
Join Dk barat ngan aku dan rakan2 yang lain. Rasanya budak bilik aku, kami 2 orang ja. Sampailaa ke peringkat Kebangsaan. Kami 2 orang jugak jadi pembantu pendeklamasi untuk Puisi Sains sampai ke Negeri, tempat ke-2. Aku ingat lagi masa mintak tandatangan Cikgu Noraini untuk sijil ko-ko. Dia kasi kami penglibatan ke peringkat kebangsaan.Kata cikgu, kami dah menang peringkat negeri tu (kalah 1 mata dengan unexpected winner) pada mata dia… terharu betulll….
Come ni dah lama sangat aku tak jumpa. Aku pon tak ingat samada aku ada jumpa dia masa kami pi ambik result tahun 2001. kiranya hampir 8 tahun aku tak jumpa dia, berbanding Yusri yang lain. Tambahan sekarang dia kat Jerman. Melanjutkan pelajaran kat sana.
Dan sekarang dia ni aktif gila ngan fotografi. Siap ambik job untuk wedding ceremony Mat Salleh kat sana. Nak usha hasil kreatif dia leh laa layari website ni –> www.yusriyusoff.com.
Ni merupakan spek terakhir (buat masa ni) yang aku ada…Baru jer menamatkan ‘perkhidmatan’ Jun lepas…Lens dia patah lepas aku bangun dari tidur…Dah banyak kali aku tukar lens, ntahlaa tak terkira banyaknya…
Spek ni aku mula pakai semasa tahun ke-3 aku kat Parit Raja sekitar 2003… Nilah spek frameless pertama aku…Harganya sekitar RM200, aku buat multicoat lens + brown in colour… Selepas tu btk kali aku tukar lensnya…Kaler lens pon tukar dari brown - blue - black - grey dan putih… Dan kebanyakkannya uncoat lens jer…
Memandangkan spek ni dah rosak, sekarang berbaliklaa aku kepada spek aku yang ke 4… Yang aku kutuk tak ingat tuu… Memang spek ke 4 ni paling berjasa kat aku…Hahahah… Spek ke-7, coming soon… Dah ada cuma kena tukar lens jer… Mungkin bila aku balik Kedah, insyaALLAH Ogos nantiii….
Hmmm… most of my friends said that ‘Hang nampak sombong…Tak senyum langsung…Tak tegur orang…blablabla…’SETUJU sangat…Actually aku ni tak pandai nak berkawan, tulaa salah satu kelemahan yang aku tak reti nak aku selesaikan selain dari penyakit MIM - LAM - SIN aku…Hahahah…
Aku bukan sombong, tapi tak reti nak memulakan mukadimah berbicara… Kalau kat Friendster ni plak, aku mmg akan delete member yang bukan termasuk dalam list member aku… Means member list tu mereka2 yang pernah bersekolah ngan aku - SKAJ, SERATAS atauu KUiTTHO@UTHM… As long as korang masuk list ni, walaupon korang tak pernah knal aku, dengan senang hati aku akan approve…
Kalau yang lain tu, memang aku akan kata TIDAK!!! Aku minta maaflaa… Kurang selesalaa nak approve orang yang bukan dari senarai di atas… Ntah pasal apa…AKu ada feeling macam nii… Kalau betu2 nak add aku, mulakan laa dengan send mesej… InsyaALLAH, aku akan approve permohonan korang jadi kawan aku…
Skema dan poyonya… Tapi nak buat macamana kan…Untuk keselesaan aku… Dan sekali lagi minta maafaa yer, sahabat2 yang anggap aku ni sombong (Ramai oo kata macam tuuu!!!)… KELIHATAN SOMBONG tak semestinya DIA MANUSIA YANG SOMBONG….
Ramai antara rakan-rakan yang mengetahui yang aku ni memang dari usia 13 tahun dah jauh dari famili… Kiranya dok kat hostella… Dan kalau pembaaca blog aku ni bukan terdiri dari rakan-rakan aku, so dia tak taulaaaa aku sekolah mana, ya tak? Tak payahla aku mention kat sini… Riaklaa plak…
Tanggal 4 Disember 1995, aku mula memasuki alam sekolah menengah… Aku ditempatkan di kamar A1-2 sampailaa aku menghabiskan pengajian aku kat SERATAS… Memang aku bangga sangat jadi warga SERATAS…Ada pernah sekali tu, aku call mak aku, tak nak sekolah kat situ dah… Hahahah… Tak perlula aku cerita sebabnya, sebab aku pon tak berapa ingat… DAn yang paling terharu, dari form 1 sampaila aku habis kat SERATAS tu, katil, tilam dan bantal yang sama aku guna… Kalau hilang bantal or tilam aku, siaplaaa aku cari sampai dapat… Katil, jangan harap ada orang dapat rampas dari aku ngan PIYE… Heheheh… 5 tahun kami mempertahankan katil tu… Kemana saja kedudukan berubah, katil tu mesti kami usung bersama-sama… Ya tak PIYE???
PIYE, macam aku kata…Kami setia bersama sekatil selama 5 tahun… Dia kat atas, aku kat bawah… Aku pon tak pasti ada tak senior-senior or junior yang setia bersama selama 5 tahun kat katil yang sama di dorm yang sama selama 5 tahun?? Memang rekodlaa…KAlau ada pon mesti cuma dapat menyamai…Heheheh… Dia ni orang Perlis, tinggal kat ARau di Kampung Guar Raja… First time aku kenali dia, masa dia nak chup katil atas akulaa… Mak dia pon dah kenai aku sebab selalu sangat aku call cari dia… Masa kat sekolah, macam2 nama gelaran yang lekat kat dia… Dari Piye ke Wak… Bewak pon lekat, tapi aku tak panggilla… Cuma usik2 sket tu adalaa… <_>… PIYE dah pon kahwin hampir 2 tahun yang lalu… Ngan classmate aku form 2& form 3 plak tu, merangkap classmate dia sendiri masa form 1…Namanya SITI ASMAH…Dan paling mengecewakan, aku tak dapat nak pi ke Majlis Persandingan dia… Majlis akad nikah dia pon, aku tak dapat nak pi… Aku dah siap pakai baju nak ke Majlis Akad nikah, balik jer bapak aku dari Langgar, dia bagitau jalan dah mula dilimpahi air (Masa tu Banjir Besar kat Utara)… Kecewa betul aku!!!
PIYE ni masa sekolah orang dia kalut2 sket… PAgi-pagi, rambut sikat rapi… Tapi tak leh lawan sorang lagi dormate aku… Nantilaa aku cerita… Banyak betoi nak cta pasal PIYE niii… Jadilaa sket…PART 2 nanti aku stori pasal member lain plak…Chow!!!
Member2 Dorm mate A 1-2 (Pernah dikenali Ibnu Khaldun 1-2)
1. Piye
2. Islak
3. Azli Mat Chap
4. Mat Nor Fendi
5. Ja-are
6. Puad
7. Yusri Pak Ya
8. Mat Diah
9. Yusri Yusuf
10. Sham Sobar
11. Hazim
12. Yusri Mat Din
13. Khatab
14. Munir Ahmad
15. Masuki
16. Lah Peng
17. Mat Anu
18. Eben
19. Romeo
20. Junaidi
21. Pali
22. Wadi Asofi
Malas aku nak umumkan lagi…Heheheheheheheheheh….TUNGGU!!!!!