Aug
31
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 31-08-2007

Thanks 4 those yang view aku sepanjang bulan ni…

Ramai laa jugak yeer…

Maybe ramai orang yang nak link ke blog aku niii…

nak usha gambar Jubli Perak….

Apapun SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG ke 50…

SAMBUTAN JUBLI EMAS KEMERDEKAAN MALAYSIA!!!!

Aug
06
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 06-08-2007

Pagi-pagi aku tatap wajah aku di cermin tandas Blok C Kolej Kediaman yang sudah aku ‘ceroboh’ sejak sebulan yang lalu. Tiba-tiba, macam ada sesuatu kejanggalan pada dagu aku yang tak berlekuk macam Dato’ Siti. Walaupun ‘bulu roma’ sekitar dagu aku macam ‘hidup segan, mati tak mahu’, nak jugak aku tatap. Emak sudah banyak kali beritahu, "Potong jer, buruk nampak". Tapi aku ini agak degil orangnya, lagi disuruh semakin menjadi-jadi perangaiku.

Selepas ditatap, didongak ke kiri dan ke kanan, memang sahih! Pelik benar ‘bulu roma’ daguku hari ini. Selalunya warna hitam, tetiba macam ada warna lain muncul secara tiba-tiba di wajahku ini. Ditoleh ke kanan, macam hitam. Ditoleh ke kiri, seperti perang. Kelihatan kecoklatan warnanya pun ada. Pusing-pusing kepalaku, memang wujud kwganjilan pada ‘bulu roma’ yang satu ini.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk mencabut sahaja ‘bulu roma’ itu.

Aku bernasib baik kerana kukuku belum kupotong. Agak kuat untuk mencengkam ‘bulu roma’ itu. Puasku menahan perit dan seksa mencabutnya. Memang keras macam dawai. Tak selembut rambutku selepas dicuci syampu ‘Head & Shoulders’ pagi ini. Beberapa kali kucuba, namun gagal. Kadar geseran ‘bulu roma’ itu agak rendah. Namun berkat kesungguhan dan ketabahan hati ini, aku berjaya juga akhirnya. Sememangnya ‘bulu roma’ dawai pada dagu itu berwarna PERANG KECOKLATAN.

Pulang sahaja ke bilik sahabatku, aku bercadang untuk ‘menebang bulu-bulu roma’ku pada dagu ini. Kucapai gunting pada gerobok tumpanganku, lalu kutatap wajahku sekali lagi. Aku mengadap cermin muka, memang masih pendek ‘bulu-bulu roma’ itu. Tapi disebabkan tumbuhnya ‘bulu roma’ itu secara tidak sekata, aku putuskan ia perlu dikerjakan segera.

Aku dongak kepalaku. Memang jelas, mereka perlu dipotong. Tiba-tiba, mataku diganggu oleh sesuatu yang begitu tidak menyenangkan mata ini memandang. Mengapa tiba-tiba ada ‘rambut’ putih di salah satu cerobong pernafasanku? Oh, tidak!! Adakah aku sudah terlalu lama menghuni di bumi bertuah ini? Ataupun itu tanda peringatan-Nya di atas kelekaanku selama ini? Aku perlu melakukan sesuatu sebelum ada manusia-manusia sengal yang memainkan perasaan ini.

Kuketepikan dahulu keserabutan daguku. Cerobong pernafasanku perlu dibersihkan dari ‘rambut’ itu. Aku dongak kepala ini. Sungguh jelas rambut itu bermaharaja lela di ‘cerobong’ kananku. Lebih panjang dari ‘bulu roma’ perang kecoklatan pada daguku sebelum ini. Aku perlu uruskan ‘rambut’ ini dahulu. Hatiku sungguh tidak tenteram.

Puasku cuba.Aduh, begitu memedihkan. Sengal seluruh sistem pernafasanku. Apa aku perlu kulakukan. Aku tidak boleh memasukkan jari-jemari ini lebih dalam. Maka terbatallah amalanku hari ini. Tidak sanggupku korbankannya. Namun ku gagahkan juga.

Aku berjaya mencapai pangkal ‘rambut’ itu. Kutarik sesungguh hati. Ya Allah, perit sungguh rasanya.

Tuppp!!! Berjaya juga akhirnya!! ‘Rambut’ putih itu akhirnya berada dihujung jari telunjukku. Memang sah, warna seperti rambut bapaku yang pernah kucabut  suatu ketika dahulu. Bapaku pernah memusuhi rambut putih ini, namun kini diredha dengan ketentuan Illahi. Adakah aku juga perlu meredhai kehadirannya dalam usia ini? Mungkin belum tiba masanya lagi…

Aug
04

TARIKH: 8/8/2007
MASA:8 Malam
TEMPAT: Dewan Kuliah A - G3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Ahli Panel:

1.Tuan Haji Ayub Abd Rahman

Bekas Paderi Besar agama Kristian Katholik yang pernah mencapai status International Giver of Sins. Pernah belajar di Jerman, Switzerland dan England. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak. Pernah menyertai program perbandingan agama intensif di Mumbai, India bersama Abdul Karim Zakir Naik.

2. Muhammad Firi Abdullah

Seorang bekas Mubaligh Hindu yang pernah melaksanakan strategi menarik orang Islam kepada agama Hindu. Memeluk Islam ditangan Yang Berbahagia Prof Dato Harun Din Alhafiz. Seorang pendakwah sepenuh masa dengan PERKIM, ABIM Outreach dan Al-Hidayah. Berkelulusan Diploma in Islamic Studies dari UIA dan Sarjana Muda EKonomi dari Universiti Malaya.


3. Ann Wan Seng Abdullah

Seorang bekas penganut agama Buddha. Memeluk Islam setelah mengkaji Islam dan menyiapkan Tesis Sarjananya mengenai Gerakan Islam di Malaysia. Bekas Pensyarah UM dan kini seorang penulis dan pendakwah bebas.

Aug
03
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 03-08-2007

Tarikh: 18.8.07
Tempat: Dewan Besar Seratas, Taiping
Pakaian: Batik

Aturcara:
9.30 : Ketibaan dif-dif jemputan
9.50 : Ketibaan YAB menteri besar
perak dan isteri
10.00 : Keberangkatan DYMM Sultan Perak
: Nyayian lagu kebesaran negeri perak
: persembahan koir lagu seratas
: persembahan wind orkestra
: persembahan puisi dan lagu
: ucapan aluan pengetua seratas
: ucapan setiausaha kementerian
pelajaran malaysia
; titah perasmian DYMM sultan perak
: persembahan montaj
: bacaan doa
: penyampaian anugerah tokoh bekas
pelajar
: penyampaian anugerah pelajar
cemerlang SPM
2006
11.15: keberangkatan keluar dewan DYMM
sultan perak ke pentas di raja
: persembahan kawat senjata
; keberangkatan DYMM sultan perak ke
Geleri Pameran
: sessi fotografi di raja

12.00: keberangkatan DYMM sultan perak
ke Dewan Santapan Diraja
; keberangkatan pulang DYMM sultan
perak
: YAB menteri besar meninggalkan majlis

1.00 :bersurai

TQ