Ramai jugak ehh yang usha aku bulan lepas… Tapi post komen kat blog tak ramai ponn..Hmmm, stat utk blog tak leh nak buat laa plak… Stat blog bleh buat tapi kena bayar laa plak…

Takpalaa… Blog aku ni bukannya blog famous… Just blog syok sendiri…Hahahah… For all readers, enjoy yourself here… Yang tak reti bahasa Melayu rojak (semua loghat aku taram), I feel sorry for you…

Sep
28
Filed Under (Religion) by zyehunt on 28-09-2007

Lailatul-Qodar mempunyai beberapa alamat/tanda, baik secara langsung (yaitu pada malamnya) maupun setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya).

Adapun alamat secara langsung (yaitu pada malamnya) di antaranya:

Sinar cahaya sangat kuat pada malam Lailatul-Qodar dibandingkan dengan malam-malam yang lainnya. Tanda ini pada zaman sekarang hanya bisa dirasakan oleh mereka yang tinggal ditempat yang jauh dari sinar listrik atau sejenisnya.
Bertambah kuatnya cahaya pada malam itu.

Thuma’ninah. Yaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang yang lainnya.

Angin dalam keadaan tenang pada malam Lailatul-Qodar, tidak berhembus kencang (tidak ada badai) dan tidak ada guntur. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya): “Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Romadlon) yaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan dishohihkan oleh keduanya).

Kemudian hadits dari shohabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaithon keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

5. Terkadang Alloh memperlihatkan malam Lailatul-Qodar kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana hal ini terjadi pada diri para shahabat Rosululloh .
6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul-Qodar lebih tinggi dari malam-malam yang lainnya.

Adapun alamat setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya) di antaranya: Matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeda dengan hari-hari biasanya. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan: “Sesungguhnya Rosululloh mengkabarkan kepada kami: “Sesungguhnya Matahari terbit pada hari itu dalam keaadaan tidak tersebar sinarnya”. (HR. Muslim no.762, 2/828)

Adapun alamat yang menyebutkan bahwa tidak ada atau sedikit gonggongan anjing pada malam Lailatul-Qodar adalah tidak benar, karena terkadang dijumpai pada 10 malam terakhir di bulan Romadlon anjing dalam keadaan menyalak/menggonggong. (Syaikh Utsaimin)

Sep
25
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 25-09-2007

Bulan Ramadhan, orang selalu kata bulan berkat, bulan rahmat, bulan ibadah dan bulan rezeki. Macam-macam laa benda baik cerita pasal bulan yang satu ni. Spesial betoi.

Sepanjang aku kat SERATAS dan kat UTHM (KUiTTHO), bulan Ramadhan ni memang spesel for myself. Ntahla, semacam ja rasa sepanjang bulan ni. Tapi aku rasa tahun ni bertambah2 speselnya bila dat tau yang aku akan dapat 4 orang anak sedara baru… 4 tu bukan skeet ooo…..

1st, akak aku yang akan dapat anak keemapat dia insyaALLAH akhir Disember niii. Nama dah pon aku list kan. Baru tadi aku dapat nama baru. Aku kasik semua nama pompoan kat kak aku sebab aku harap dia dapat pompoan sebab (berapa banyak sebab daaa) dia dah ada 2 hero dan sorang heroin… Bagi 2 pasang comel sket..

2nd, Azlina Mokmin yang akan selamat melahir anak yang comel November ni. Tak sabar aku nak tengok baby pertama dia ngan Afifi (hubby Azlina). Mesti comel-comel macam depa jugak.

3rd, pasangan pertama SERATAS-SERATAS batch aku, Piye dan Siti Asmah. Dijangkakan Mac tahun depan. Memang aku tak sabar gila nak jengok Asmah kat sepital. Alang-alang aku tak dapat nak pi wedding depa dulu, nak jaa aku celebrate their 1st baby sama-sama. Bahagianya hampa 2 orang.

4th, the laters news yang aku dapat hari ni, satu lagi pasangan SERATAS-SERATAS batch aku, Bulat ngan Sya yang baru ja walimatul urus Jun lepas. Dah lekat. Suka nya aku bila Bulat sendiri bagitau. Weh bulat, aku kata dah yang aku memang excited nak share ngan member berita macam ni. Agak-agaklaa, ikut muka sapalaa noo. Ikut perkiraan aku, April depan insyaALLAH bertambahlaa lagi anak-anak sedara aku dan member SERATAS yang lain. Bertambah meriahlaa gath kita yang akan datang.

Buat Kak aku, Sya-Lat, Piye-Asmah dan Azlina-Afifi, moga selamat semuanya. Aku doakan yang terbaik buat korang dan baby korang. Semoga baby sihat, selamat dan sempurna serta dibekalkan dengan semangat juang, akal dan iman yang tinggi untuk menghadari hidup yang makin mencabar nii… AMIN…

Sep
21
Filed Under (In Memory) by zyehunt on 21-09-2007

Seingat akula, ada 3orang sahabat sedorm ngan aku yang berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negara. Puad, Hazim dan Yusri Come. Yusri
Come dah pun aku ceritakan pada Part 2 sebelum ni. So aku teruskan ngan
sahabat yang ke 5 dan ke enam yang pernah menghuni sedorm ngan aku
semasa di SERATAS.

5. Puad b Zakaria (seteru Utama merangkap supplier komik Juara Jalanan)

AKu pada minggu orientasi di SERATAS sekitar
Disember 1995, langsung tak menyedari kewujudan Puad ni. Macamana laa
nak sedar, semedang jaa dok bertenggek kat dorm depan B 1 - 2,
kebetulan ada beberapa orang member dia yang sama sekolah ngan dia ada
kat bilik tu. pernah satu ketika, ada orang cari dia, dengan senang
hati aku kata "tak dak orang tu kat bilik nii!!". Punyalaa aku tak
kenal mamat sorang nii.

Dan akhirnya dia menjadi ’seteru’ utama aku.
Ntahla pasal apa aku pun tak ingat. Ada-ada ja kes yang aku nak cari
pasal ngan dia tak pun dia akan cari pasal ngan aku. Pernah satu ketika
aku tipu dia yang duit dia berapa ratus ntah yang dia amanahkan kat aku
untuk withdraw dari ATM BSN, telah tercicir. Mau gelabah dia. Hahah…
Seronoknya aku… Aku buat macam tu bukan pasal apa, revenge utk suatu
benda yang dia dah buat masa form 2, tapi aku rasa cukup
malu…Huhuhuhu (tak mo kongsi kat sini…Sekali pk macam apa ntah).

5tahun ngan Puad di A1-2, of course bila
dikenangkan suatu kenangan yang cukup indah. 3tahun plak kami di kelas
lower form yang sama. Puad maintain jer kat kelas K untuk 5 tahun
bersama-sama Zulhaidi dan Syarina (kalau ada yang lain pun, aku tak
pastilaa). Sekarang puad ada kat Jepun, tak salah aku kat Toyama.
Bersama isterinya yang baru dia kawin… Semata-mata untuk dijadikan
pemanas badan untuk musim sejuk - kata Puad. Dan last sekali aku jumpa
dia, last year sebelum Majlis Perkahwinan Puad. Agak kecewa sebab tak
dapat nak memeriahkan Majlis Puad, nak buat macamanakan. Tak dak rejeki.

3855809449410l_1

 

 

 

 

 

 

Puad dan isteri ngan ‘bini’ baru… (Link friendster Puad:- http://profiles.friendster.com/353897)

 

6. Mohd Hazim b Abdul Hamid (Doktor yang Gila-gila)

Antara orang pertama yang aku kenal kat
SERATAS. Kami sering berdua sepanjang minggu orientasi. Dah dia yang
mula2 aku kenal, ntah macamanapun aku tak ingat.

4tahun ngan Hazim di A1-2 sebelum dia pindah
ke bilik Pengawas masa form 5. Sepanjang 4 tahun ni, macam2 benda pelik
yang dia buat. Dan yang aku tak tahannya, dijadikan badan sendiri
sebagai eksperimen. Adehhlaaaa…. Adakaa patut dicampurnya klorok +
minyak rambut Code 10 + Syampuu untuk dijadikan ubat penghilang
jerawat… Memang hilang!!! Tapi muka dia macam melecur plak lepas
tuu.. Memang capai tahap penyelidik tak bertauliah betul!!!

Aku pon tak tau apa yang dippikirkan oleh
Hazim sorang ni, tapi masa form 2 aku rasa dia ada sikit tekanan
perasaan kut. Kununnya tengah ‘mabuk’ sepanjang tahun tuu… Tapi
akhirnya Hazim Bangkin masa form 3 dan menjadi pelajar antara pelajar
paling cemerlang batch aku.

Aku rasa titik mula perubahan Hazim ialah
selepas dia selalu berhubung ngan abang dia yang belajar kat oversea.
Aku selalu teman dia pi beli apantah kat pejabat pos.. Dan start pada
tu Hazim dah kurang dah kadar ‘mabuk’ dia…Dan sekarang dia kat
Penang, tengah buat praktikal untuk Ijazah Sarjana Muda Kedoktorannya.
Akhirnya hang jadi jugak Doktor yang bertauliah, HAZIM!!!

 

30552475063989l_1

 

 

 

 

 

 

 

Hazim, 2 dari kiri bersama ngan kawan2 kuliah dia kut. (link friendster Hazim:- http://profiles.friendster.com/3573134)

Sep
18
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 18-09-2007

Sedar tak sedar dah seminggu kita menjalani ibadah posa di bulan Ramadhan…Alhamdulillah, aku tak miss lagi!!! Walaupun bukan satu rekod baru, tapi ALHAMDULiLLAH…

Sepanjang seminggu ni, aku nak kongsi ngan korang semua ativiti terawikh aku kat sini… Saja jer nak buat comparison…Yaa laa, sepanjang seminggu aku bertearawikh kat sini, dah 4 tempat yang aku pi.

  1. Masjid Parit Jelutong (1st Night)
  2. Surau Taman Seri Mersing (4th Night)
  3. Surau Parit Haji Rais (5th Night)
  4. Masjid Jamek UTHM (Malam yang lainnya)

Masjid Parit Jelutong, pukul 8.55pm dah abih dah dia punya 8 rakaat…Perghh, laju betul… Aku solat 8 jaa, ntah kenapa iman aku tak cukup kuat nak buat 20… Dia punya selawat gap antara solat tu kejap giler… Standard Johor punya selawat… Untuk rakan2 lain yang tak pernah solat di Johor, selawat kat Johor ni memang lain dari selawat standard yang digunakan diseluruh Malaysia… Tapi dalam cepat2 pun, aku rasa lambatlaa plak masa berjalan… Tak tau pasal apa…

2nd time aku sampai Mersing sepanjang aku kat Johor ni. Pi rumah mak angkat member aku… 8 rakaat terawikhnya kira-kira pada jam 9.05malam…Aku rasa oklaa solat kat sini walaupun agak laju jugak… Memang ramai muslimin dan muslimat kat surau nii (tapi aku rasa macam masjid)…Penuh sampai keluar…Bila abis jer 8 tarawikh, tinggal ler 3-4 saf…Termasuk laaa aku yang turut serta meramaikan jemaah yang solat 8 rakaat… Tapi tak lama lepas tu kira2 jam 9.30malam, settle tarawikh dan witir 23 rakaat… Sangat ekspress…

Surau Parit Haji Rais pun sama… Standard Johor… Agak laju…9.00malam dah abis rakaat ke 8…Bilangan jemaah memang mengejutkan… Kalau 10 orang lagi datang, dah tak dak ruang untuk bersolat kat dalam dan koridor surau…Bila abih jaa 8 rakaat, tinggal 2-3 saf ja yang jemaahnya kurang 20orang… Seperti biasa, aku turut mengikut jejak langkah jemaah yang lain…

Masjid Jamek UTHM… Paling aku suka solat sebab teringat kat kampung halaman… Selawat antara terawikhnya memang ikut piawai solat terawikh Malaysia…Kalau piawai antarabangsa, mana ada selawat, kan?? Piawai antarabangsa kena tengok live terawikh di Masjidil Haram di TV9 jam 1 pagi laaa…8 rakaatnya tamat kira-kira jam 9.05-9.10 malam…Kat Masjid UTHM cuma buat 8, so tak derlaa ramai sangat yang escape witir… Tapi yang sedihnya, pada permulaan Ramadhan haritu dikhabarkan, penuh Masjid UTHM… Tapi semalam dah tinggal 6-7 saf jer… Hmmm… Mana yang lain ekkk???

Sep
15
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 15-09-2007

Wishing to all my dear friends ‘SELAMAT BERPUASA’. Jom sesama kita tingkatkan amalan dan kurangkan kerja Malaikat A’tid. Kesian kat dia, bagi ler dia cuti kejap… Apapun jangan lupa ibadah terawikh dan tadarus… Dan juga ibadah dan amalan yang lain… Semoga kita bersama-sama tingkatkan amalan sepanjang bulan ni… AMIN..

–> Best oo makan BESAQ semalam…Hehehhe

Sep
06
Filed Under (Gossip) by zyehunt on 06-09-2007

Ini berita soheh… Bukan samar-samar lagi… Aku memang diberitahu oleh tuan empunya badan sejak penghujung bulan Julai yang lalu… Aku dah pon bertemu muka ngan tunangnya… Baik orangnya…

Siapakah dia yang aku maksudkan??? Bekas student KUiTTHO merangkap classmate aku… Dia sekarang bekerja di satu badan agensi kerajaan… Dulu masa belajar di sini, dia berpasangan dengan seseorang yang juga sahabat aku… Tapi jodoh mereka tak berpanjangan dan akhirnya dia telah ditakdirkan bertemu jodohnya dengan orang lain…

Walaupun aku biasanya mewar-warkan dan berkongsi dengan sahabat2 berita yang menggembirakan macamni, namun kali ini biarlah aku merahsiakan nama sahabat kita tuuu… Atas permintaan dia jugak agar aku tak hebohkan… Tapi aku nak gak berkongsi beria yang tak lengkap ni ngan sahabat2 semua… Lagipon bukan ramai sangat yang jengok blog aku kan….

–> TAHNIAH jugak buat BAD dan TARO yang dah bernikah dan bertunang ngan pasangan masing-masing… BOTH of them were my schoolmates and classmates at SERATAS 7 years ago.