i, me, my, mine, myself
22hb Disember 2007: Mulhizah - Epoi (Tualang, Kedah)
22 Disember 2007: Nasir Amran (Taiping, Perak)
1 Januari 2008: Epoi - Izah (Felda Besout 3, Perak)
Kambing yang pelik aku pernah jumpa… Kambing punya laa lembab…Mak dia dah jalan sebatu, dia dok kebelakang lagi…Hahahah…Dia ni ditakdirkan lahir kembar 3…Adik-beradik yang lain OK jaaa…Tapi si kambing ni relaks jaaa…
Makanan kegemaran dia ialah bunga…Daun pucuk ni dia tak suka makan…Tak mainlaaa…Bunga jugak jadi pilihan…Pelkik sungguh…Bila makan bunga, mak dia pon dia dah peduli….Bila mak dia ilang, mula laa bunyi….
Part kat bunyi dia yang aku tak tahan…Suara dia, sejibik macam orang…Macam kanak2…Aku tak dengar dia bunyi ‘mbeeekkkkk!!!!’…Yang aku ngan sedara-mara dengar ‘Makkkkk!!!!!!!’….Makkkkkk!!!!’…Memang unik…Dah laa volume high…Nyaring macam budak umur 3-4 tahun panggil mak dia…Tak tahan.!!!
Selepas lebih 6 tahun di Parit Raja, akhirnya Casey aku selamat kempali ke tempatnya berpenat lelah suatu ketika dahulu… Akhirnya, setelah beberapa kali tertangguh untuk menghantar pulang Casey, aku berjaya juga bawa dia pulang…
Rasanya selama aku blogging kat sini, pernah jugak aku sebutkan perihal Casey aku yang satu ni…Tapi taklaa aku pernah nyatakan secara terperinci kisah Casey…Oklaaa, kiranya post blog ni merupakan tribute to him laaa…Hahahah…Famous Casey aku lepas nii…
Oklaaa, Casey lahir sekitar tahun 1972…Memang agak berusia Casey ni, tapi maintain jaa sampai sekarang…Walaupun agak berusia, kat UTHM dia laa antara yang terpemes…Aku rasa Casey aku tu lagi famous dari aku…Dan sememangnya aku ni tak pemes poon…Heheheh…
Casey ni seingat aku pernah sekali kemalangan dalam tahun 1999 dengan bapak aku…So ada cacat sikit laa pada body Casey….Tapi tak laa ketara sangat…Still maintain macam dulu, cuma kepada sesapa yang cukup teliti, akan nampaklaa body Casey yang agak senget…That’s all…Yang lain still mantap…
Casey sampai di Parit Raja sekitar Jun/Julai 2001…Aku pi ambik dia di Bukit Pasir time tu ngan Nasir, sahabat sekampung aku yang jugak belajar di KUiTTHO…Dan tempat dia bermalam, berteduh dari hujan ketika itu tentulah di Taman Melewar, kat rumah aku…
Casey banyak tolong aku dan kawan2 aku…Expecially Pay Own, Cok MAt dan kawan2 serumah yang lain ketika itu…Kitanya jadi antara teman paling rapatlaa kamilaa ketika tu…Lepas aku pindah ke luar, so terputuslaa hubungan diorang ngan Casey…
Casey kekal bersama aku…Pernah jugak aku memikirkan untuk tukar Casey dengan yang lain…Tapi rasanya sayang pula…Bukan mudah untuk mendapat teman seperti Casey…Casey taklaa memerlukan perhatian yang beria sangat…Sekadar memenuhi keperluan asasnya, OK jaa dia…
Kawan2 aku pon ramai yang dah jatuh hati ngan Casey…Ada yang ingin memiliki Casey, tapi maaflaa…Hati ini sudah sebati dengan Casey…Sukar untuk dipisahkan…Sampailaa hari-hari terakhir kami di Parit Raja, masih ada yang ingin melmar Casey…Maaflaa kawan-kawan, Casey milikku selamanya…
Dahulu masa Casey mula-mula sampai, aku selalu bawak dia jalan-jalan sampai ke Air Hitam…Tapi sejak keluar dari Melewar, kesihatan Casey tak mementu…AKu rasankan, biarlah dia berehat sahaja…Menjadi teman aku ke Parit Raja dan ke kuliah pon sudah memadai…
Dan akhirnya, tanggal 3 Disember lalu merupakan hari terakhir Casey di Parit Raja…Setelah sekian lama, Casey perlu pulang ke tanah air tempat dia berpanas berhujan dahulu…Aku mintak bapak aku jemput Casey di Kanchut, Alor Star… Aku ke rumah Family angkat di Semenyih…Casey agak lewat sampai dari sepatutnya…Tapi bukanlah merupakan sesuatu yang merunsiongkan…Casey memang lasak…Hal-hal yang remeh, tak perlu digusarkan…
DAn kini Casey ada di rumah aku…Kalau dulu, sesorang jaa dia tidur…Sekarang dah pun berteman…Individu yang menggantikan perkhidmatannya sepanjang 6 tahun dia di Johor…Kini khidmatnya mat ditagih di sini…Selamat PUlang KC6794…Selamat Tinggal Parit Raja!!!
Lagi 2 hari aku tak sempat nak buka…ada beberapa perkara perlu aku selesaikan…mungkin lebih 260 kut…Apapun terima kasihlaa…Sudi kawan2 jengok profile akuuu….
InsyaALLAH, akan taman jua pengajian aku selama ni di UTHM…ALHAMDULILLAH…Segala pujian hanya untuk ALLAH Yang Maha Esa…Aku pon tak tau nak kata apa…Gembira sangat…Orang lain dah bertahun abih, aku baru nak mengorak langkah terjun alam pekerjaan…
Sebelum aku berangkat pulang, insyaALLAH esok petang, aku sempat join program Finishing School minggu lepas…Alhamdulillah, pilihan aku untuk join program ni amat tepat (orang lain, mostly dipilih…Tapi aku tergedik-gedik nak join…Hahahah…Nak save bajet seminggu kat parit Raja…)Memang berbaloi sangat…Banyak input yang aku dapat…Program sikit-sebanyak dah built up confidence aku nak pi temuduga…Huhuhu..
Bermula 25-29 November maka bertapa lah aku kat UTHM tuu…Dipendekkan cerita aku ditempatkan di kumpulan C4 dibawah seliaan En Fahmi b Abd Ghafur…Dipendekkan cerita lagi, kami dan kumpulan C2 (seliaan Pn Siti Fazilah) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan malam penutup Finishing School yang diberi nama ‘Gala Night’.
Aku diberi tugas mengepalai unit yang tak dak ahli, unit dokumentasi (tapi aku rasa tugas kami lebit kepada Multimedia) bersama Edward, ahli kumpulan C2…Tugas kami lebih kepada persiapan montaj dan slide show untuk malam tuu…dan tugas tambahan kami ialah menguruskan sesi fotografi apabila tamat malam gala…
Apa yang aku bleh simpulkan, memang group aku happening abih…Komitmen setiap unit mmg tahap tertinggi…Walaupun ni program ke 3 aku diberi amanah untuk menjawat jawatan ketua unit/AJK, memang aku tak laa presure sangat…Pengalaman aku yang ciput di UTHM ni berbanding kepercayaan yang sungguh besar semasa aku kat SERATAS, banyak membantu aku menjalan tugas aku seadanya…
Tabik spring aku kepada semua AJK tertinggi, Shahir as a pengerusi, Yana dan hidayah sebagai setiausaha, Adam as coordinator, Kong as Bendahari… Unit makanan untuk Bob…Unit hadiah dihandle oleh Diyana…Azizi (Pak Lang) plak unit protokol… Faris (Kecik) plak di unit teknikal…Shariyah di unit persembahan…Zul mengepalai unit penajaan…Unit pengankutan oleh Syazwan aka Do…Aku dan Edward unit dokumentasi…Kalau tertinggal aku mintak ampuun!!! dan semua ahli-ahli di bawah setiap unit yang bagi komitmen yang sangat tinggi…Suzila, Azie, Min, Shida, Yasar, Din, Min, Anis, Ina, Shiela, Alif, Kak Ana dan sesapa yang tak sempat aku nak berkenalan…Kumpulan kita adalah satu kominiti yang agak besar berbanding kumpulan lain…Ampun banyk2…
Malam tu memang cemerlang…Semua pihak puji…TNC yang makan ngan Shahir teruja…Dia tak sangka student bleh buat satu event yang gempak dari staff yang persediaannya kurang dari seminggu!!!Cik Fahmi dan Puan Fazilah senyum sampai habis acara…En Fahmi berapa kali melawat aku kat control room…Sempat lagi aku tanya dia, macamana???Thumbs up to all of us…Aku sendiri puas ati walaupun sumbangan aku untuk malam tu kecil jaa…
Nampaknya aku akan melangkah pergi dari UTHM dengan senyuman…Ni baru permulaan aku, entah macamana perkembangan hidup ini di masa akan datang..Moga Allah perkuatkan iman dan tawa, dimudahkan segala urusan…Aminnnn!!!