i, me, my, mine, myself
hai..hai…hai…Lama aku berhenti bercerita untuk title ni…So memandangkan sekarang aku berada pada tahap kebosanan yang amat sangat dan aku dah dapat ’sumber’ untuk tajuk ni, maka tanpa berlengah masa, jom aku kenalkan korang semua ngan 2 orang lagi kawan aku yang FANATIK ngan musik METAL masa kami di kamar A1-2 SERATAS hampir 8 tahun yang lalu!!!
MOHD AZLI @ mat chap
Dia ni memang kipas susah mati Metal dulu (sekarang ni aku pun tak tau laa)…Balik ja kelas or masa senggang, teman utama dia walkman laa…Apa lagi kalau tak dengar Metal…Sirkhannas dan lain-lain group (Aku pun tak ingat laaa - Salah satunya yang selalu cover album gambar kuda tuu <– yang tu Metal kaa!!) memang dia ada…Zine dia pun mat chap ni beli…Aku plak tumpang baca…Dari menyampah ngan music yang aku rasa tak dak seni (aku rasa, aku pun bleh nyanyi kalau setakat melalak), last-last sekali ngan aku bleh hafal ssikit-sikit buat nyanyi-nyayi bohong dalam jamban…Aku pun naik minat ngan metal ni, tapi seteng2 lagu jaa…Tak semua, apa tah lagi lagu yang kutuk Jesus!!!Aku rasa macam tak kena jaa nak kutuk Jesus nii aka Nabi Isa…Walaupun namanya lain tapi kan tetap merujuk kepada Rasul yang satu ni, kan???Ntah laa…
Satu lagi mat chap ni, disebabkan kecenderungan dia ngan metal ni (dulu laa, sekarang aku tak tau, OK!!!), dia suka gila kaler muka ngan kapur kasut sekolah…lepas tu diwarnanya muka ngan dia ngan kapur tuuu…Alaaa…dia buat ala-ala macam anak bruce lee yang mati tu –> Brandan ker nama dia –> yang berlakon filem apa ntah, yang diwarnanya muka kaler putih + keliling mata kaler hitam…kaler hitam tu menurut mat chap, dia kaler ngan water kaler…hahahha…zaman muda-muda!!!
Masa di dorm, seingat aku masa kali terakhir di kamar A1-2, mat chap sekatil ngan Mat Nor…Katil depa ni menghadap asrama perempuan letak di penjuru sebelah kanan dorm…Kalau kawan-kawan perempuan yang kena kacau tuu…Ni laa antara mukanya…Hahahahhah…
Azli…lama aku tak jumpa dia…Sejak kluar dari kamar A1-2 pada penghujung NOvember 2000, rasanya…Sejak tu aku mmg tak jumpa dia…Katanya sekarang berjaya sebagai juruteknik di Melaka…Apapun yang hang buat sekarang, wish U ALL THE BEST!!!
(gambar MAT CHAP aku cilok dari seratas.fotopages.com semasa Majlis Perkahwinan Epoizah di Felda Besout 3)
Khairil Azhar @ ja-are
Ja-a antara roomate yang rapat ngan aku…Melaluilaa dia laa aku banyak dengar muzik metal ni…Dia ni memang sekepala ngan mat chap…Tapi aku rasa dia tak laa sefanatik mat chap…Kalau dia pernah sekalipun meng’kaler’kan muka dia, tak laa sekerap mat chap…Hehehe…Tapi kaki tangan dia memang dok ‘gedik’ ja…Macam orang pukul dram…Dah jadi habit dah…Sekarang tak laa kut…Hahahah…
Ja-a pun selalu ‘lekat’ ngan walkman dia…memang tak dapt dipisahkan…nak tidur pun dengar walkman…Tapi tak laa 24hrs dengar Metal, ada gak dengar radio…Kalu dengar Radio, kami (walkman tu selalu gak kami loudkan ngan speaker, so bleh dengar ramai) selalu dengar slot bersama Isma Halil…Mula-mula dulu dia kat Red 104 pastu kat THR…Tak kisahlaa cerita seram or pengakuan…Tak pun dengar slot bersama Manja bersama Richie Rachman…Gain knowledge…Hahahahhah…
Masa form 5, Ja-a sekatil ngan Romeo…Kalau mat chap penjururu kanan, ja-a plak kat penjuru kiri…eloklaa tu, penjuru bilik kami di’jaga’ oleh ‘hantu’ metal (jangan marah oii!!!)…Sebelum Romeo dok kat situ, aku pun tak sure sapa penetap asal katil ja-a…
Selepas meninggalkan SERATAS, aku 2 kali bersua ngan Ja-a (may be 3 kali + ngan masa pi ambik result SPM)… Pertama kali semasa kenduri Akak Wadi di Yan dan paling terkini semasa kenduri Badarul Zafar… Yang peliknya kenapalaa masa kenduri Bad haritu aku tak sempat nak sembang panjang ngan Ja-a, yang sempat akku tanya kat mana dia sekarang…Untuk pengetahuan kawan-kawan, Ja-a ada kat BMI sekarang…Dan yang terkilannya, aku lupa nak minta contact no Ja-a…So sapa yang ada, plz forward kat aku di no 013-7144925…
(Gambar Ja-a dari koleksi peribadi yang diambil semasa Majlis Perkahwinan Badarul Zafar…Juga boleh diperolehi daripada laman web seratas.fotopages.com )
Last November, aku ada story perkara-perkara pertama dan terakhir serta perkara-perkara yang aku perlu ingat sepanjang pengajian aku di Parit Raja…So this is the another part of the story. Cuma kali ni aku refresh satu ja story…Enjoylaa!!
Presentation for PSM 2
Venue:- Makmal Senibina Komputer
Year:- 1 November 2007
Panel:- PM Awtar Singh, Encik Norzali and Mrs Chng
Dah lama aku ‘tertangguh’ untuk menunaikan ‘beban’ yang satu ni. Dah lama jugak laa aku menanti untuk mendapatkan segenggam ijazah yang sepatutnya aku dah pun pegang, ikut perancangan aku setahun sebelum tarikh ni. Aku cuma dapat merancang, tapi ada yang MAHA MERANCANG. Redha ja atas segala ketetapan yang Esa.
!st time aku tengok senarai panel, aku cuak jugak. 3 panel!! Allahu Akbar!!! Tapi aku bersyukur, aku tak dapat team panel yang lain-lain (ada 4 team panel untuk JEC - team panel aku laa paling OK!!!). Dengan projek aku yang tak jadi, dapat tiga orang panel ni, aku amat bersyukur. Pada mulanya aku ingatkan akan dapat panel lama. Tapi totally, different!!!Tak palaa…Redha…
Sepatutnya, aku akan membentangkan projek aku di tempat lama aku MCAD 2…Tapi tempat tu ada plak pembentangan projek diploma…Jadi ditukar kepada tempat yang dinyatakan. Aku mempunyai sedikit masalah minor, iaitu kertas pembentangan aku masih belum disahkan oleh penyelia aku yang sibuk, dia memang agak sibuk lebih2 lagi dekat ngan minggu pembentangan nii… Kebetulan plak dia jadii Ketua Panel kat sebelah bilik pembentangan aku (MCAD 1)…Tapi kena pindah gak…
Aku pi laa jumpa dia…Alamak!!!Kena warning dah awal2 pagi!!!Tak pa Zaihan!!Sabar jaa…Sikit ja lagi…Aku tak mau cerita apa yang dia marahkan, but aku agak down…Sikit jaa…Demi nak graduate gak, aku tabahkan jugak!!!Sebab memang salah aku, kan???
Perut aku tak sedap…Ntah apa laa aku rasa…Aku pi bilik Faiz Afnan…Pi ambik laptop dan keperluan lain…Sebelum tu, aku serahkan salinan kertas pembentangan aku yang disahkan kepada panel-panel…Sehari sebelum tu aku dah serahkan kepada mereka semua, salinan yang belum disahkan…Bersama itu jugak aku serahkan beberapa pembetulan pada kertas tersebut!!!
Sepatutnya, aku pembentang yang ke 3…Tapoi, 3 orang ja yang hadir!!Pembentang pertama- seorang perempuan tak pi…Jadi pembentang ke dua yang mulakan sesi pembentangan…Lama jugaklaa dia dok terang…Almost an hour…Tiba giliran aku selaku pembentang ke 2 pada haritu…
ALAMAK!!!!Pendrive tak detect plak time ni kat komp di lab tu…puas dicucuk…Last aku ambik keputusan, guna laptop berjasa aku tu!!!Lepas semua kabel disambungkan, ALAHAI!!!! Tak kluar plak pada skrin…Aduh, apa aku nak buat nii!!! Dipendekkan cerita, selepas semua berusaha, terutama En Norzali, pembentang pertama, PM Awtar dan Amree (member sebatch aku merangkap pembentang terakhir) akhirnya berjaya jugak…Mrs Chng yang dah bosan tunggu, pi mana ntah…Bila dia balik, semuanya sudah sedia untuk dimulakan…Ops ni pon ambik masa almost setengah jam…Pembentangan aku dimulakan…
Cerita punya cerita…Habis laa slide aku…Buat kawan-kawan yang tak tau, projek aku tak jadi…Database ja yang OK, yang lain HANCUR!!! Sebelum sesi Q&A, aku admit yang projek aku tak jadi pada bahagian penghantaran SMS… Atas sebab masalah yang tidak dapat dikenalpasti…Dipendekkan cerita, berakhirlah pembentangan aku…Walaupun aku nampak riak kurang senang panel2…Aku puas sebab berjaya bentangkan projek yang tak jadi-jadi tu…ALHAMDULILLAH…
Aku gembira sangat!!!Lepas present, Amree mulakan pembentangan…Aku rasa aku kena kluar, nak ambik audara segar…Aku pi bilik Faiz…On the way, aku jumpa Tasya my coursemate yang jugak present under panel JEC yang killer - En. Afandi, En. Hazwaj dan En. Urruthupan (alamak!!! nama depan dia aku tak ingatlaa - Lecturer Siamese tuu ).Dia kena present bali Isnin selepas tu, dan aku jumpa dia sebelum aku pi hantar Tesis sebulan selepas tu…Alhamdulillah, semua OK!!! Dia punya penyelia, PM Awtar banyak bantu dia…Ketruk dia…Aku???Mana ada ketuk, ketuk…Huhuhu… (aku ni manusia yang bleh diibarat seperti penukul –> kena selalu diketuk-ketuk)
Bila aku pulang ke bilik seminar, sesi Q&A sedang dijalankan…Dan akhirnya selesai…Abih sesi pembentangan, aku borak2 ngan Amree…Dan tu laa pertama kali aku betul2 perasan Amree…Pelikkan??Apa laa aku niii…Tak senonoh betul!!!Dan kami amat bersyukur atas kejaan membentangkan projek kami…ALHAMDULILLAH…
Dah jarang aku mencoret apa2 hal kat blog ni…Sebab utamanya - INTERNET LEMBA…Biasala, dial up 1515 topup…Kesabaran perlu diutamakan…Hahahah…
Dah hampir 2 bulan aku menganggur…Tak dak satu pun jawatan yang aku dipanggil temuduga…Semua jawatan aku apply…Cikgu, Engineer, Pegawai HR dll…TAk pala, sabar ja laa… Tak dak rezeki lagi…Nanti adalaa tu, kut… InsyaALLAH…
Hari-hari aku berpusing macam biasa… Bangun pagi, tunai kewajiban… Urus diri, kemudian pi kedai beli sarapan dan lauk-pauk untuk ‘lunch’…Disebabkan tak da kerja khusus yang aku buat masa ni, aku jadilaa penonton setia drama-drama Melayu pada waktu pagi kat RTM 1…
Tengahari, masa untuk tidor…Kadang-kadang sampai 3-4 jam aku terlelap…Hahahah…Petang plak kacau sepupu-sepupu aku…Kalau ada jemputan Solat Jenazah, aku ikutla Abah aku…Kalau ‘weekend’, aku drive sendiri…’Weekend’ ramai sikit jemaah, budak-budak cuti sekolah…Adala sikit ‘income’…Hahahah…
Malam plak, lepas tonoton semua drama kegemaran aku, aku ngadaplaa komp ni…Tengok kekosongan jawatan kat Jobstreet.com…Kekadang tu sampai jam 2am gak sebab internet memang sangat sengal…Waktu siang aku rasa lebih baik…Nak download manga pun lembab gilaa!!! Apa tah lagi nak download anime…Naruto dah hampir 10 episod aku terlepas…Sedih betoi~~~ Bleach pon sama ~~~
‘Weekend’ plak, rutin lain sikit…Pagi-pagi lagi aku dah kluar rumah cari ‘The Star’, tengok kerja-kerja kosong… Balik dari beli ‘The Star’ yang hanya ada jual 8km dari rumah aku, aku belilaa lauk-pauk untuk ‘lunch’…Petangnya plak, aku ada mengajar kelas Tuisyen kat Sekolah Menengah Agama Nurul Islam kat Air Itam…OKlaa, dari dok goyang ja kaki kat rumah, baik aku buat something yang berfaedah, kan?
Tuisyen ni pon dalam 5-6 kali ja dalam sebulan…Aku ajar Matematik SPM manakala kawan aku, Hasmunir ajar Matematik PMR…Pelajar aku buat masa ni ada 17 orang…7 lelaki ngan 10 perempuan…Alhamdulillah, depa ni OKlaa…Walaupun kekadang tu agak bising, tapi time aku buka mulut masing2 khusyuk bagi perhatian…OKla, nama pun Sek Agama kan?
Balik pada ngajar kat sekolah tu, kalau adik aku balik dari asrama, aku la yang kena pi hantar semula…Kalau tak dak, aku tonton TV tak pun bual-bual kosong kat luar rumah…Nak tolong Abah aku kat sawah??? Tak perlu…orang baru ja abis menuai…Sekarang ni tunggu masa ja nak main wau!!! May be nanti rutin aku akan berubah ngan main wau plak…Hahahah…Sapa tau kan…
Agak terlewat jugak aku memperkenalkan maskot Januari aku untuk kawan-kawan semua…Mulai Disember lepas, aku akan meletakkan ‘primary photo’ aku ngan maskot2 yang aku rasa unik untuk dikongsi bersama-sama ngan kawan2 semua…
Aku namakan maskot Januari aku ini sebagai Mynah Gondol aka ‘KFC’ bergerak…Kenapa??? Aku rasa korang pun tahukan sebab2nya…Ayam ni milik sepupu aku - Tuan Haji Razali @ Ramli b Yahaya. Tak salah aku, ayam ni seekor ayam betina… Dan tak salah aku lagi, nilah satu2nya ayam milik dia yang masih ‘virgin’..Yalaaa, bapak ayam manalaa yang berkenan ngan "AYAM PALING SEKSI" kat kampung aku ni!!!
Menurut Pak Tih aku, ayam ni mempunyai hobi yang sangat pelik iaitu mencabut bulu2nya…Memang pelik, setau aku laaa, bulu pelepah ayam tu merupakan Mahkota kecantikkan bagi ayam2 betina…Kalau tak dak bulu, macam KFC yang berkeliaran…Huhuhuh…
Aku pernah tanya adik aku, kalau buat rendang, kan senang …Tak payah susah2 nak cabut bulu…Tapi adik aku kata, TAK MUNGKIN dia makan melihatkan keadaan Mynah macam tuuu…Hahahah…Mesti kulitnya amat pejal…Berkematu…Mungkin berkurap!!!Korang berani???
Kepada sahabat2 yang ambik veterinar tu, mailaa melawat Mynah…Rawatilah Mynah!!!Kesian kat dia…Ap0 laa penyakit dia…Sampai tak berbulu…Dah laa kesunyian, tak dak teman hidup…Hari2 aku tengok dia sesorang jaaa…
Masa sesi fotografi, jenuh aku kepung nak dapatkan shot2 yang terbaik untuk tatapan kawan2 semua…Tapi satu part yang buat aku nak pecah perut, masa aku kepung kat dia…Sampai di satu kawasan parit kecil…Keluasan parit tu ada laa dalam sedepa…Masa tu banyaklaa ayam2 dok lepak kat situ…Masa aku kejar dia, ayam2 ni pon berterbangan ketakutan bila aku dekat ngan diorang…Terbang cross parit laaa…Yang kesiannya, Mynah ni tak dapat nak cross!!!dikepak2nya ‘wing’, tapi tak terbang2…Hahahahha…
Harini pun Mynah masih sama…Tapi aku rasa makin gondol…Masih kesunyian…dan aku pon tak tau sampai bila dia akan terus ‘berbogel’!!!
kejatuhan populariti…
May be orang sibuk…
tak pun kurang gossip…
Huhuhuhu…
Tak popular dah aku!!!!!