i, me, my, mine, myself
Setelah dengan rasminya aku menamatkan pengajian di UTHM pada 17 Disember 2007, maka pAda 25 Februari yang lalu, aku telah mendapat panggilan daripada En. Muhammad dari Rahmad Allied cawangan Kuala Lumpur untuk memulakan tugas pada awal Mac ini sebagai Marketing Engineer di Rahmad Allied Penang…ALHAMDULILLAH!!! Macam tak percaya ja, sebab aku baru ja pi interview ke syarikat tu tak sampai seminggu sebelum tu (Khamis, 21 Feb)… Tu lah interview pertama aku sepanjang 2 bulan menganggur ni…Dan, terus dapat…Dah nama rezeki, kan???
Encik Muhamad mintak aku tunggu call dari cawangan Penang untuk dapatkan recruitement letter dari sana…dan 2 hari selepas tu, aku dapat panggilan, cumanya aku tak sempat nak jawab sebab aku ada dalam toilet…Pagi keesokkan, aku pun call syarikat tanya bekenaan sebab call aku walaupun aku dah tau tujuan dia…Dan dengan SAHNYA, seluar tu dah dikeluarkan, dan aku dengan ini akan tukar title aku dari seorang PENGANGGUR kepada seorang MARKETING ENGINEER berkuat kuasa 3 MAC 2008…ALHAMDULILLAH!!!
Petang tu aku dapat pulak SMS dari sahabat aku yang rekemen aku untuk satu job di sebuah syarikat…Dan interview dia pun aku dapat, di Alor Star as Electronic Engineer…Yang ADDDDUUUHHHNYAAA, hari Isnin, pada hari aku akan memulakan kerjaya aku sebagai seorang…seorang pekerja laa…Tapi dah buat keputusan, tak pi interview tu sebab job tu di Bandar Sunway…Tempat yang aku kalau bleh nak avoid untuk dapat kerja…Hehehehe…
Dan harini aku dapat satu lagi call…Aku dah dishortlist untuk interview di satu syarikat/kilang di Perai…Interview tu pada bulan Mac ni pada hari Sabtu (BILA???)…Ntahla, tapi hari Sabtu dalam bulan Maclaa…PONGGAAAH!!!Aku half day hari Sabtu, ntahlaa…tunggulaa nanti panggilan rasmi!!!ADUUUUH!!!
Rezeki ALLAH ada di mana-mana…..
Oklaa kengkawan…Untuk pengetahuan semua…Aku dah tak bleh nak upload gambar di sini…Oleh yang demikian, aku akan cuba upload gambar perkahwinan member-member sepanjang Februari ni di dalam aku punya photo album profile friendster aku…HARAP MAAF YAA!!!
Cuma tinggal 2 orang ja lagi member sekamar ngan aku dari tingkatan 1 sehingga tamat pengajian di SERATAS yang belum aku konsi ngan semua… Yang aku dah ceritakan ngan kawan-kawan semua: PIYE (part 1), PAK YA (part 2), JA-ARE (part 4), PUAD (part 3) dan MAT CHAP (part 4)… Campur ngan 2 lagi, kiranya ada 7 orang kawan + aku yang menghuni A1-2 selama 5 tahun di SERATAS!!!Banyak lagi part-part untuk topik berjudul member sekediaman ni…Jangkaan aku pun paling kurang 10 epison…Tu baru member sekediaman di SERATAS sahaja…Belum lagi member-member aku di UTHM fka KUiTTHO…Huhuhu…Banyak lagi nih!!!
9. Mohd Noreffendi (Mat Nor)
Lama aku kenal dia ni…Mat Nor masuk ke SERATAS sama ngan aku, pada tanggal 4 Disember 1995 (aku rasa ramai tak ingat tarikh keramat ni, kan?)…Aku pon tak ingat macamana perkenalan aku ngan Mat Nor ni…Yang aku ingat masa form 1 kami memang sekelas, sedorm…Lepas tu aku tak pasti samada aku pernah sekelas ngan dia tak lepas tu…Huhuhu….
Apa yang aku ingat sangat pasal Mat Nor ni: dia ni suka sangat lukis gambar kartun…Ala-ala Hong Kong punya, bukan kartun lawak laa…Badan mesti ketul-ketul punya, heheheh…Tu la pasal dia ni terror LKJ…Tak salah aku dia dapat 1A untuk LKJ..Aku plak, huhuhu…Dah memang dia pulun gila untuk LKJ, berbaloi la dia dapat…
Mat Nor ni kalau bercakap, mesti ala-ala macho…Rambut + baju mesti sentiasa kemas…Ni kena tempias Munir Ahmad laa sebelum dia ‘angkat kaki’ di SERATAS dulu…Rambut mesti mau berminyak abis…Baju plak mesti kemas gila…Ala-ala Munir…Hahaha…Tak macam aku, selekeh jaa…Kering jaa rambut…
Mat Nor jugak antara parent yang selalu menjengok dia di SERATAS…Aku ingat lagi muka bapak dia, tapi aku pon tak pasti samada dapat cam muka bapak dia kalau jumpa nnt…Sebab baru-baru ni, aku jumpa parent Pali, ALAMAK!!! Aku tak cam!!! Yang malunya, depa yang cam aku!!! MALUNYYYAAA!!!
Mat Nor ni seingat aku, pernah masa form 1 aku hangin ngan dia…Kes dia conteng aku punya tilam yang suci bersih…Hangin sungguh aku…Maklum laa, aku tak suka harta-benda aku dicerobohi…Tapi masa tu memang budak-budak habis!!!Tapi lepas tu aku OK, ja…Tapi sampai aku habis form 5, tilam aku laa paling bersih dari durjana pen-pen dan pensil-pensil..Hahahah…
Mat Nor ni pun boleh dikira sebagai sportman rumah aku…Walaupun bukan lah atlit kegemaran rumah, macam Yusri Mat Din, tapi ada gak la sumbangan dia kat Rajawali…Aku pun tak berapa ingat acara apa yang Mat Nor masuk…Tapi kalau Khatab kaa, Yusri Mat Din kaa aku ingatlaa beberapa acara kegemaran depa…
Aku sebenarnya tak tau nak cerita sangat pasal Mat Nor ni, sebabnya dia ni bukan jenis yang huuhaaa macam aku…Tak banyak cerita yang dikongsi dengan aku…Kiranya Mat Nor ni jenis yang agak berahsia…Member kamcing dia dalam dorm seingat aku, Mat Chap laa..Sekatil….So tak banyaklaa cerita yang aku dapat kongsi…
Seriusly, aku lama gila tak jumpa dia…Last sekali aku jumpa Mat Nor masa pi ambik reult SPM Februari 2001 (7 tahun dah noo!!!)…Pernah gak aku tanya Aishah (member sekampung dia)…Apa cerita Mat Nor…Dia pernah nampak Mat Nor kat kampung…Tapi sekarang ni, dia pun tk tahu apa cerita Mat Nor… Aku pon tak pasti samada dia sambung pengajian ataupun tidak…Sebab result SPM dia pon OK gak…Ntahlaaa…Memang BERAHSIA sungguh Mat Nor ni…
10. Islakhudin b Mastor (Islak)
Member terakhir 5 tahun bersama di SERATAS ialah Islakhudin, aku panggil Islak ja…Yang ni memang aku tau cerita dia…Sampai sekarang masih berhubung…Boleh dikira antara member yang rapat ngan akulaa sepanjang aku kat SERATAS…
Islak bukanlah 1st intake di SERATAS…Ntah intake ke berapa ntah…Sebab kalau 2nd intake, dia akan diserap ke 1 SURIA, tapi dia plak diserap ke 1UTARID…Islak ni comel budaknya…Hahahahah…Tak percaya tengoklaa gambar dia masa form 1…Bukan aku yang kata, sapa ntah!!Kalau aku ada, nnt aku share ngan korang…
Islak ni pemain Hoki sekolah…Sampai ke U pun, dia masih main Hoki…Seingat aku, masa kami form1 dan Form 2, dalam bilik aku yang aku ingat betul2 yang main hoki ni cuma Munir Ahmad (pemes betul nama ni posting kali ni) ngan Piye jaa… Yang lain tu, hmmm ntah laa…Aku masa tu mmg favourite aku basuh baju…Hahahah…Tapi alhamdulillah, bebrekalkan bada yang montok (Heheheh) Islak berjaya membawa pasukan LMS (yang majoritinya budak SERATAS) ke perlawanan akhir hoki Perak sebelum tumbang kepada Anderson tahun 2000… Masa Kami form 3, aku tak perasan plak dia main ka tak!!!Heheheh…
Islak ni tak dak masalah ngan aku…OK jaa…Tapi satu tabiat buruk (yang mungkin tak dapat dielakkan) ialah …. Tak payah laa aku cerita, ni dah kira mengaibkan orang…Nanti dia sue aku, kang!!! Aku nak bayar ngan apa…Tenet pon dail up jaa…Lainlaa mamat ni, engineer Sony…Aku ni berANGGUR jaa…Tak laku-laku pon…
Lepas abih SERATAS, Islak ke UTM…Ambik Meki Eng…Sekarang ni katanya sedang bilang hari untuk hari bahagia…Jangan lupa jemput tau…Aku SUE hang!!!Untuk view profile friendster Islak –> http://profiles.friendster.com/1955522
ASSALAMUALAIKUM!!!!
aku dah buat keputusan…
yang semua gambar-gambar yang aku akan kongsi dengan rakan-rakan aku akan upload di sini:
Gambar-gambar dengan kawan-kawan SERATAS: bolehla korang tengok di fotopages kita ::: seratas-9600.fotopages.com
Gambar-gambar bersama teman-teman SKAJ, KUiTTHO@UTHM dan yang lain-lain akan aku upload dalam PHOTO ALBUM di blog friendster nii…
HARAP MAKLUM
ALHAMDULILLAH…
Walaupun dah kurang popular…
Adala jugak insan-insan yang nak jenguk aku…
Ada yang nak add, tapi bukan masuk list that i’ll accept their approval…
betapa susahnya nak jadi member aku, kan???
Ngalahkan artis!!