i, me, my, mine, myself
Buat pertama kalinya, sejak aku kecik sampai dah besar panjang niii - aku beraya tanpa baju Melayu baru…Sedih kaa??? Entahlaa, seriusly aku bleh kata - Tak sedih poon…Marah pon tak…Yalaa, Kak Pah (my tailor) tak nak jahit dah baju aku tapi pak aku mintak jugak Kak Pah tolong jahitkan…So, tak palaa…
Lagipon, aku ada back up…Jubah aku pon ada lagi, tak terjejas langsung…Baju Melayu aku yang aku buat 4 tahun lepas pon masih elok lagi…Jarang aku pakai sebab baju tu sepasang…Pilih ja baju mana ingin aku kenakan di hari raya ni…Memanglaa baju baru disunatkan untuk dikenakan time raya nii…Tapi baju bersih dan cantik pon OK kan?? Bukannya satu masalah poon…
Kepada kawan-kawan yang senasib ngan aku, redha lah…Ada hikmah di sebalik setiap kejadian tu…OK, jumpa lagi dalam post akan datang…
Hari ni, dah hari ke 27 semua umat Islam berpuasa…Tinggal 3 hari ja lagi nak raya…Preparation aku untuk beraya???Huhuhuh, dengan sodehnya aku menyatakan, tak prepare apa pon!!!Semua mak ngan adik aku yang buat…Turn aku masuk dapur pon tak sampai lagi…Biarkan diorang dengan biskut-biskut diorang…
Cuma baru-baru ni ja, aku ke Tesco…2 days in in row, Khamis dan Jumaat (semalam but org Kedah kata kelmarin)…Aku beli tikar buluh untuk bilik aku, dan jendela plastik (aku pun tak tau apa ‘menatang’ tu dalam bahasa Melayu tapi omputeh panggil blind ka hapa ntah)…Lepas tu aku beli laaa apa-apa yang patut untuk dijadikan juadah berbuka…
Selepas lebih 10 tahun tak bercahaya ngan pelita, akhirnya rumah aku kembali disimbahi cahaya lampu minyak gasolin tu…Aku beli yang siap ngan ‘kaki’ sekali…Tapi yang palin mengejutkan aku, minyak gasolin @ minyak tanah kat kampung aku dah dijual RM5.50 seliter berbanding ngan waktu dulu - RM1.00 ja seliter…Aku ingatkan harga dia tak la mencanak naik…Tapi aku beli laa jugak, sebab dah lama tak pasang pelita, kan??
Malam semalam, bermandilah rumah aku ngan cahaya pelita ber’nyawa’kan minyak tanah RM11 (aku rasa seperti membakar RM11, huhuhu)…Bangganya aku tidak terkata melihat bakar api dari sumbu pelita…Tapi, yang sedihnya sebelum pkl 12 tgh malam, dah terpadam hampir semua pelita…Aduh, sekejapnya api marak mem’bakar’ RM11 aku…hUHUHU…
Raya kali ni memang aku rasa telah menghabiskan banyak sen kat rumah walaupun tak la banyak sangat benda yang aku beli…Plan aku nak join berbuka posa ngan kawan-kawan di Kuala Juru pun terjejas…Macamana tak terjejas, bajet aku untuk ke Kuala Juru tu dah habis kat pelita, minyak tanah yang cekik darah, tikar buluh dan jendela serta baju raya aku (t-shirt jer pun…nasib dah less 50%. Baju Melayu??? Tak siap lagi laa!!)…Sampai sekarang, aku tak decide lagi nak pi kaa tak…Rasa macam rugi kalau aku tak pi, wpon muka-muka yang sama jugak turun berbuka tuu…Tapi seriusly, dah lama aku tak berbuka ngan member-member SERATAS sejak masuk KUITTHO-UTHM dulu…Ada 5 jam ja lagi nak buat keputusan…Huhuhuhu…
Almost every year aku akan cuba buat something yang baru untuk juadah Hari Raya…Nak harap kat anak dara yang 2 orang dalam rumah ni, huh HAMPEH!! Memandangkan dah berkali-kali aku cuba buat biskut tak jadi-jadi, aku decide nak try buat resepi KEK baru sebab biasanya tangan aku ni kalau kek, insyaALLAH bleh laa…
Jadi hari Rabu yang lalu, aku pun memulakan ops aku untuk mengenal pasti kek apa yang akan disediakan buat tetamu Hari Raya nanti. Dalam beratus-ratus kek yang aku jumpa, aku telah memilih 3 daripada kek tersebut untuk di’try test tengok’ sebelum raya ni. Ketiga-tiga kek tersebut ialah Kek Coklat Hitam Manis, Kek Coklat Delite dan Kek Viskut Marie.
Dipendekkan cerita, maka hari Jumaat lepas bermula laa operasi ‘try test tengok’ aku. Aku mulakan dengan Kek Coklat Hitam Manis. Mudah ja buat kek ni sebab main pakai masuk dan kalau sampai sebati. Dan save bajet jugak la, sebab tak payah aku susah-susah pau butter mak aku, sebab kek ni pakai minyak masak jer. Aku yang agak teruja nak cuba buat kek ni sebab salah satu ramuannya ialah air nyoq muda. Tak pernah aku jumpa lagi la kek yang guna ayaq nyoq as one of the ingredients.
Dan akhirnya jadilaa kek ini. Tapi yang musykilnya, kek ni tak berapa gebu macam kek yang selalu aku buat.Lembap ja, dan tak kembang. Teksturnya agak padat, sekali tengok macam bengkang pun ada. Apapun rasanya tak tau la lagi masa tu, sebab aena tunggu time buka posa.
Kek kedua aku, aku buat malam tu jugak lepas Tarawikh. Kek kedua aku yang aku ‘try test tengok ialah’ Kek Coklat Delite. Kek ni macam kek yang biasa aku buat.Pakai butter dan sebagainya. Pun mudah jugak buat kek ni sebab main pakai masuk ja. Dan akhirnya, tak sampai setengah jam, siaplaa adunan aku.
Dan waktu sahur pun tiba, masa untuk penghakiman berlangsung. Mak ngan Pak aku dah rasa Kek Coklat Hitam Manis malam sebelumnya. Dan masa sahur ni, turn Kek Coklat Delite untuk dirasai. Kedua-dua orang parent aku memilih Kek Coklat Delite lagi sedap dari Kek Coklat Hitam Manis. Adik aku pun setuju. Cuma sekarang aku nak kena tunggu respon member adik2 aku yang menjadi hakim seterusnya untuk kek ‘try test tengok’ aku ni. Macam Kek Coklat Delitr ja yang aku akan buat untuk raya ni. Kek Biskut Marie plak, macam tak jadi buat ja. Banyak songeh sikit, telur pun nak kea timbang
Jarang sangat kalau aku tidur waktu siang, aku dapat mimpi… Cuma kali ini, aku mimpi yang amat aku ingat sampai aku buka mata…Biasanya, kalau aku mimpi aku dah tak ingat dah apa yang aku mimpi… Lain pulak kali ni…
Mimpi Siang Ramadhan ke 13…
Aku jarang tidur siang yang amat panjang, biasanya sekitar 1-2 jam (tu pun dah kira lama)… Tapi kali ni aku tidur hampir 6 jam, mula dari pukul 10am lebih sampaila pkl 4pm…Macam dah tidur malam plak…
Seingat aku, mcm2 aku termimpi sepanjang hampir 6 jam aku tidur atas sofa empuk kat ruang tamu rumah aku tu…Tapi mimpi yang paling panjang dalam 6 jam tu ialah mimpi aku berjaya masuk KPLI…Huhuhu…Gembira rasanya hati… Dalam group aku semasa interview kat IPDA tu, aku dan 2 orang lagi jejaka hensem, Rouf dan Fauzan juga berjaya diterima…Cuma Yati ja yang tak dapat (semasa interview tu, setiap kumpulan ada 6 calon, tapi cuma 4 ja yang hadir)…Aku pun tak pasti kami dapat masuk IPG mana…Yang pasti dalam mimpi tu aku dapat masuk KPLI…Yahooo!!! (kan best kalau realitinya macam tu…)
Mimpi Siang Ramadhan ke 14…
Mimpi ngeri…Tetiba ja kehilangan adik Sharlinie yang tak dijumpai sampai hari ini, ada kaitan ngan famili aku…Ceritanya, macam nii…
Satu haritu rumah aku dikunjungi seorang lelaki, kenalan mak aku…Aku pun tak kenal lelaki ni…Dia ada bagi satu guni yang diikat dan mintak mak aku simpan bungkusan ini di dalam stor rumah kami…Mak aku ambik la bungkusan ni tanpa ragu-ragu dan simpan di dalam stor rumah kami…
Dipendekkan cerita, aku yang tak sedap ati ngan mamat ni, pi la check isi kandungan guni tersebut…Alangkah terkejutnya aku bila mendapati ada sekujur mayat budak yang dah kena potong dua di bahagian perut dalam guni tu…Aku pun bagitau la mak aku pasal kandungan guni tu…Yang kecewanya, mak aku tak mau buat repot polis…Kata dia, kesian kat kenalan tu…
Aku syak yang budak tu (kelihatan seperti perempuan) adalah adik Sharlini sebab tak jumpa sampai sekarang…Keadaan mayat yang dah hitam, mmg aku tak cam…Aku ambik keputusan, aku nak hanyutkan mayat tu dalam sungai…Aku letakkan guni tu di dalam kotak, lalu aku hanyutkan dalam sungai berhampiran rumah aku…Aku buat macam tu pun nak elakkan mak aku dituduh bersubahat membunuh adik Sharlini…Lepas tu aku pun bangun…Nak solat Zohor!!
–> Gaya penceritaan macam cerita aku masa darjah 3…Dapat markah untuk penulisan 68 jaa…Huuhuh…1st time tulis karangan…Ingat lagi, Cikgu BM aku masa tu nama dia Cikgu Sofiah…
Sambungan kepada post yang sebelum nii…
kePELIKkan no 4 : Munculnya kuih-muih dari ‘pertapaan’
Kalau kawan-kawan semua perasan, bulan puasa ni laa macam-macam kuih yang amat jarang atau tak pernah jumpa sepanjang tahun melainkan bulan Ramadhan ni. Pelikkan?? kemanalaa perginya kuih-kuih ni bulan-bulan yang lain tu, ek?
kePELIKkan no 5 : Orang yang malan moreh lagi ramai dari orang yang berTarawikh
Selalunya aku nampak di kampung-kampunglaa…Kat bandar-bandar jarang aku nampak moreh ni… Bagi yang tak tau apa itu moreh, moreh ni jamuan kecil yang disediakan selepas selesai menunaikan solat Tarawikh…Kiranya jamuan untuk jemaah yang penat solat Terawikh laa… Tapi yang aku tengok, kalau bilangan orang yang bertarawikh 3 saf, yang pergi makan moreh maunya 5-6 saf… Mana laa diorang ni masa solat sunat tadi, ek? Tak perasan kut orang tengah Tarawikh, cuma perasan ada makanan jaa … Orang kita, bab makan free memang no 1…
kePELIKkan no 6 : Sepatutnya kedatangan Ramadhan dirai dan disyukuri, pergi Ramadhan ditangisi tapi orang kita...
TERBALIK pulak… mengeluh tak ingat bila bulan puasa ni tiba…Letih, tak bleh makan dan sebagai…Macam bulan bencana plak…Tapi, bila nak Raya, macam-macam orang kita buat…Bakar meriam, mercun, lagu-lagu raya berkumandang sana-sini…Bukan dekat raya ja, masuk bulan puasa ja, dah mula main lagu raya… Kita sangat agung-agungkan Syawal dari Ramadan sedangkan rahmat bulan Ramadahan sangat tak terhingga… Sampaikan pemergian Ramadahan yang patut ditangisi sebab tak dak dah kesempatan untuk kita meraih amalan berganda, dirailaa plak… Macam pesta…Pelik sungguh orang kita…
Sebenarnya, dah lama aku perhatikan hal ni…Cuma tak dak kesempatan nak share ngan kawan-kawan semua…Sebenarnya, hal ni pon meng’hantui’ aku selama ni but I try to avoid it now…Memang dulu, aku pon buat jugak…Yalah, benda yang aku rasa kurang berfaedah ni, elok kita elak..Kan??
kePELIKan no 1 : Belanja makan untuk berbuka lebih banyak dari perbelanjaan makan seharian untuk bulan lain (selain Ramadan)
Kekadang aku pelik ngan pe’el orang kita. Masuk ja bulan Ramadan, nafsu makannya melonjak-lonjak.Itu nak makan, ini nak makan. Pada yang lebih pendapatan tu, sanggup berbuka di hotel ngan bufet yang aku rasa harganya tidak munasabah.Sampai puluhan RM untuk satu kepala. Mcm makan seharian untuk satu keluarga pada bulan-bulan biasa.Aku terpikir jugak, kenapa perlu membazir sampai begitu. Kalau makan banyak macam tu, macamana laa nak Tarawikh lepas tu.Kenapalaa nafsu makan kita melonjak-lonjak Ramadan ni? Sedangkan kita digalakkan berwasatiah, banyakkan amal dan sedekah. Bukan banyakkan makan, kan??
kePELIKan no 2 : Penuh Masjid untuk Tarawikh awal Ramadan, hujung-hujung Ramadan….
Kebanyakkan masjid di Malaysia (aku buat kesimpulan sebab aku pernah Tarawikh di Kedah dan Johor, sama ja…Aku assume kat tengah-tengah pon macam tu la jugak), bila awal Ramadan ja, berpusu-pusu orang menunaikan sunat yang satu ni. Bulan lain tak dak sunat ni. Tapi makin hari, makin kurang jemaah. Yang peliknya, semakin hujung Ramadan, makin besar ganjarannya. Tambah-tambah plak, 10 malam last Ramadan, ada Lailatul Qadar. Tapi malam 10 last ni la orang-orang kita sibuk shopping baju Raya, sibuk pukul telur dan uli tepung buat kuih raya, sibuk bakar meriam, dan lain-lain lagi laa…Rugi…rugi…
kePELIKAN no 3 : Masuk ja Ramadan, Melayu mesti ramai injured main mercun…Masuk Tahun Baru Cina, tak dak plak Cina injured…
Kepelikkan yang memang pelik…Setau aku mercun ni mai dari China. Kiranya mastermind mercun ni orang Cina laa. Depa la yang paling arif bab-bab mercun ni, nak edit itu dan ini. Sebabnya mmg budaya orang Cina. Tapi bila mai Malaysia, orang Melayu yang beragama Islam ni lagi pakar. Siap hilang jari!!! Mati pon dah ramai…Sebabnya, main mercun la…Tapi sampai turn Cina main mercun, aku tak dengar plak ada yang terkorban jari-jemari apatah lagi nyawa. Ada satu kes tu masa CNY 2-3 tahun lepas, budak Melayu yang cedera main mercun…Aikk, Cina raya Melayu pelak yang injured…Depa pakai ilmu apa ek??
Assalamualaikum semua kawan-kawan.. Kebetulan plak harini aku rajin nak masuk blog…Bukan pasai apa, aku nak check balik tarikh post aku yang cerita pasal presentation PSM aku, dekat2 setahun yang lalu…Aku tengah buat caption untuk gambar-gambar aku sekarang ni…Tengah update album gambar…Tetiba aku terperasan something new with this blog…So, I need to do something with this…Taa daaa… Ni laa my new theme for my blog…After more than 3 years aku guna theme yang sama, akhirnya aku ubah jugak theme baru nii…Hope you like it…Nampak cool jaa, releks dan santai…
Sepanjang Ramadhan ni aku rasa aku nak habiskan beberapa episod cerita yang sekian lama tergantung…Harap aku mempunyai kerajinan nak mem’blog’ sebab sekarang aku cuma rajin makan dan tidur jaa..Nak cari kerja pon malas…Apapun, kita jumpa lagi post akan datang…Tata…
Malas aku nak letak diskripsi banyak2…
dah hilang idea…
bila ada idea nanti, kita mem’blogging’ lagi laa noo…
Tatata…