i, me, my, mine, myself
Tanggal 30 Oktober 2008 bersamaan 1 Zulkaedah 1429H, maka bermulalah penerbangan KT01 ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Haji bagi tahun ini. Penerbangan pertama ini akan memasuki kota Madinah terlebih dahulu, melakukan ziarah di sekitar kota suci Madinah sebelum berangkat ke Tanah Haram, Makkah Al-Mukarramah lebih kurang seminggu akan datang. Jemaah bagi kumpulan yang seramai 355 orang ini (sumber dari Buletin Utama, TV3) akan berangkat kembali ke tanah air, Malaysia pada tanggal 13 Disember nanti…Moga semua jemaah akan dikurniakan Haji Mabrur, insyaALLAH!!
Sometimes, I feel I need to change my way of blogging…I need to use international language (English) to attract outsiders to join me in this blog…But I feel more comfortable to write this blog in my way, with my bahasa pasar and kampung style…I just proud to be a kampung boy…This is who I am…Heheheh…Lantaklaa mat salleh tak paham bahasa aku, janji member2 aku and all Malaysians can understand me, kan..kan…kan???
–> Just be YOURSELF!!
Assalamualaikum wth…
Dengan segala hormatnya, aku menjemput semua rakan-rakan (SKAJ, SERATAS, UTHM, RASB, PKSB), senior-senior dan junior-junior (SKAJ, UTHM, SERATAS) ke Majlis Bacaan Yaa-sin, Tahlil, Kesyukuran dan Doa Selamat sempena permegian kami sekeluarga ke Tanah Suci Disember nanti. Butiran Majlis adalah seperti berikut:
TARIKH :27 NOVEMBER 2008 bersamaan 29 Zulkaedah 1429H
HARI : KHAMIS
BERTEMPAT di : 91 KM12.5, Jalan Putra, Kampung Simpang 4 Kuar, Alor Janggus, Alor Star, KEDAH
AURCARA MAJLIS : Bacaan Yaa-sin, Tahlil dan Doa - 12.00 tengah hari
Jamuan makan - 1.00 - 6.00 petang
Tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang lain…Datang, jangan tak datang!!!
Khas buat pembaca blog aku…Sesapa penggemar pembaca blog ni akan menjadi orang yang terawal mengetahui perkembangan aku…Hahahahaha (macam artis la plak!!)…
Sesapa yang baca blog ni akan tau la pemergian aku sekeluarga ke Tanah Suci nanti…Masa post aku yang terdahulu, aku masih belum maklumkan jadual penerbangan aku dari Malaysia ke Tanah Haram…Insya-ALLAH, jadual akan seperti berikut:
PENERBANGAN PERGI
Berangkat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar :1 Disember 2008, 9.10am dan tiba di KLIA, 10.10am
Tempat Melapor Diri : Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, 1 Disember 2008 jam 9.30pm
NO Kapal Terbang (KT) : KT 95 (SV5005)
Waktu Penerbangan dari KLIA ke Jeddah : 01.30am 2/12/2008
PENERBANGAN PULANG
Tempat Melapor Diri : Lapangan Terbang Madinah, 11 Januari 2009 jam 01.30pm
NO. KT : SV5000
Tiba : di KLIA Sepang pada 12 Januari 2009 jam 09.00am
Kawan-kawan yang tak jegok blog ni hanya akan aku khabarkan 2 minggu sebelum pemergian aku ke Tanah Suci… Masa tu aku akan maklumkan majlis bacaan Yaa-sin, Tahlil, Kesyukuran dan Doa Selamat yang dirancang pada 27 November depan, InsyaALLAH…
Aku ada masa lebih sebulan lagi untuk mempersiakan diri secukupnya untuk menghadap Illahi di Baitullah. Harap semua rakan-rakan dapat mendoakan kesihatan, kesejahteraan aku di sana kelak.Amin…
Hari Raya Pertama
Hari Raya ke-2
Hari Raya ke-3
Hari Raya ke-4
Hari Raya ke-5
Hari Raya ke-6
Hari Raya ke-7 dan ke-8
Hari Raya ke-9
Hari Raya ke-10
Macam tu la aktiviti raya aku sepanjang 10 hari Syawal…Kalau kat Johor, aktiviti Raya masih rancak, cuma kat Kedah ni…Lepas ja Raya ke-8 (Raya posa 6 dalam bulan Syawal) dah kurang dah aktiviti mengunjung nii…Kalau kat Johor, memang meriah sampai akhir Syawal…
TEKA TEKI nii rasanya dah terjawab melalui post ni… Aku bukan lah ingin merahsiakan, cuma perkara ni, masa tu belum pasti lagi, aku malas nak gebang-gebang…Kepada sesapa yang rajin melawati blog ni dan multiply aku, rasanya korang dah tau apa perkara tu..Ada yang aku kata nak pi buat praktikal kat Timur Tengah dan banyak lagi klu-klu yang kekadang orang ingat aku nak kahwin…Hahahah…So, dah terjawab laa sekarang…Harap kawan-kawan paham laa kenapa aku hold-kan dulu ops mencari kerja aku…Heheheh…
Kepada kawan-kawan yang aku ada terhutang apa-apa, tolonglah maklumkan sebelum keberangkatan aku ke Tanah Suci, InsyaALLAH penghujung November depan…Kalau ada tersalah kata, terkasar bicara, mohon ampun dan maaf apatah lagi pada bulan mulia ini…InsyaALLAH, Abah aku ada rancang nak buat sedikit kenduri kesyukuran, dan aku akan maklumkan kat korang di blog ini nanti… Jumpa lagi pada post yang akan datang…Assalamualaikum…
Aiseh…Ramai gak ekk…Glamer gak aku (walhal semua manusia yang usha profile aku pon sebab aku ni rajin bebenor send testi raya!!)…