i, me, my, mine, myself
Assalamualaikum wth..
Buat sahabat, pembaca blog yang amat dikasihi…Pada kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon segala kemapunan dari korang sepanjan perkenalan kita samada di dunia nyata atau alam siber ni. Harap korang semua doakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan aku sepanjang berada di Tanah Suci kelak…Insya-ALLAH, jika berkesempatan aku akan buat post blog ini sepanjang berada di sana…Kalau tak dak tu, paham2 jer laa!!
Senarai map+jemputan Majlis Perkahwinan Gang SERATAS batch 9600 sepanjang November dan Disember…
Majlis Walimatu Urus Hasmah+Chon dah tak lama lagi…Buat kawan-kawan yang bercadang untuk menghadiri majlis tersebut, bolehla ikut map yang telah aku sediakan ni. Kalau rasa-rasa macam tak leh nak blah ja ngan map ni, plz contact aku OK!! No phone adakan??? Jangan segan-segan call aku. Bleh la kita konvoi pi majlis diorang 16-17 November ni!!! Maklumat lanjut bleh diperolehi dari group friendster batch SERATAS@9600
Sepanjang seminggu terakhir bulan Syawal lalu, aku telah dikunjungi oleh 2 sahabat baik aku dari Johor… Both of them are goverment servants in higher educational institution in Malaysia… Sorang tutor kat IPTA, sorang lagi plak pensyarah di Kolej Komuniti (KK) di Negeri 9… Tapi, depa ni bukan datang pada waktu yang sama, sorang ada kursus kat Sungai Petani (SP) dan langsung ke rumah aku…And another one, called me on Sunday (26th October) - without any plan to travel to Alor Star (AOR) and immediately bought a ticket to come here - katanya boring dok rumah sebab cuti panjang…Huhuhu…
Tak kisah laa, mailaa…Meraikan aku yang akan dijemput ke Tanah Suci kut…Alang-alang ada masa terluang, singgah la kat rumah aku…Nak turun 27 November pon, ntah bleh ka tidak memandangkan komitmen pada benda lain pon banyak lagi…
Owen, pensyarah KK kat Jelebu…Dia mai Kedah sebab ada Kursus Induksi beberapa kat Cinta Sayang, SP sampai 24 Oktober …Alang2 dah jauh merantau dari N9, dia maila singgah rumah aku…Bukan senang nak turun sampai ke Kedah…Dia sampai rumah aku pada hari Jumaat tu, pkl 5.00pm…Dok rehat sat kat rumah aku, dalam sejam, kami pon keluarlaa bersiar-siar di AOR…
Owen mai masa banjir masih lagi belum surut di AOR…Pusat penempatan banjir pon, masih ramai yang ada…Masa kami kluar bersiar-siar pon, hujan turun dengan lebatnya…Aku bawak Owen jalan-jalan tengok Istana, Lapangan Terbang, kediaman Rasmi MB Kedah, Taman Jubli Emas - tengok ja lah sebab hujan lebat, tak leh nak berhenti…Tempat yang jadi persinggahan pon cuma Masjid Albukhary, Masjid Zahir dan Pekan Rabu serta Su Manja 2 (kedai makan)…Itu sahaja laa tempat yang aku sempat bawak Owen untuk lawatan singkatnya di Kedah…Dan tak lupa, Stadium Darulaman sebab Owen nak cari jersi takpun t-shirt fan Kedah…Dukacitanya - dah abih stok la kawan!!
Keesokkan harinya (Sabtu -25/10/2008), kami bergerak ke Pulau Pinang (PP) berjumpa ngan sahabat lama kami, Alhafiz…Sampai kat PP pon dah pkl 11.00am, kami terus ke Queensbay…Kat situ la kami jumpa Alhafiz…Jalan-jalan kat Queensbay dalam sejam, lepas posing apa yang patut, kami bergerak ke Lorong Kulit (berdekatan dengan Stadium Bandaraya), sebabnya Owen yang kempunan nak jersi Kedah, teringin plak nak jersi Penang…Apapun sebelum tu kami sembat bergambar berlatar belakangkan Pulau Jerejak kat depan Queensbay…
Puas kami pusing pasar Lorong Kulit, kesimpulannya - memang tak dak orang jual jersi or fan t-shirt pasukan Pulau Pinang… Kena tunggu season baru laa nampaknya Owen!!! Lepas tu kami gerak berpecah - aku & Owen gerak cari jeruk kat jeti manakala Alhafiz kena pi ngajar Tuisyen… Lepas ke jeti beli jeruk (banyak jugak Owen beli jeruk bawak balik N9 and untuk tunang), kami terus shoot ke Bandar Baru Perda di Bukit Mertajam sebab Owen ada jemputan walimatu urus di sana…Aku ni terpaksa la pergi waplaupun tak dapat jemputan poon…Dah si Owen ni tak tau jalan, kena laa aku yang tunjukkan…
Selepas dah abih Owen dan aku mengketedarah dan jumpa kawan-kawan Master Edu dia (dan ramai jugak kawan-kawan kemasukan degree yang sama ngan aku di KUiTTHO dulu), Owen pi hantar aku kat terminal bas di Butterworth…Dipendekkan cerita aku dapat naik bas pukul 5 dan sampai rumah jam 7.00pm (kena transit local bus ke rumah aku plak) dan Owen plak sampai di Jelebu jam 9.30pm…Alhamdulillah!!! Jangan serik mai Kedah lagi noo, Owen!!
Aku umumkan kenduri kendara yang akan menyusul tak lama lagi…
SEMUANYA aku dah dapat dapat jemputan dan telah dapat mandat (Zulhaidi tak suruh pun, tapi dia dah send email kat semua kawan-kawan, so kira jemput semua gang laa)…
15 Nov - Kenduri kat Rumah Rafidah bt Ali Supia di Batu Kurau, PERAK
di alamat:- S155, Kampung Sepeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau, PERAK
16 Nov - Kenduri kat rumah Hasmah bt Abdullah di Lana Bulu, KEDAH
di alamat:- Kampung Golok Puting, 06150 Ayer Hitam, Alor Star, KEDAH
16 Nov - Kenduri kat Rumah MENTUA Islakhudin Mastor di KELANTAN
di alamat:- PT119, Kg Pasir Ketereh, 16450 Kota Bharu, KELANTAN
17 Nov - Kenduri Kat Rumah Faisol b Abdullah, Ayer Hitam, KEDAH
di alamat:- 324, Simpang 4 Ayer Hitam, 06150 Ayer Hitam, Alor Star, KEDAH
22 Nov - Kenduri kat Rumah Islakhudin b Mastor di Sg. Siput, PERAK
di alamat:- Kampung Perlop (1), Singai Siput Utara, 31100, PERAK.
22 Nov - Kenduri kat Rumah Siti Mariam bt Saad di Ayer Hitam, KEDAH
22 Nov - Kenduri kat Rumah MENTUA Shamsul Sobar di Besout, PERAK
23 Nov - Kenduri kat Rumah Shamsul Sobar di Sabak Bernam, SELANGOR
23 Nov - Kenduri kat Rumah MENTUA Siti Mariam Saad di Alor Star, KEDAH
27 Nov - Kenduri kat Rumah Zaihan b Ismail di Simpang 4 Kuar, KEDAH
di alamat:- No 91, KM12.5 Jalan Putra, 06250 Alor Janggus, Alor Star, KEDAH
29 Nov - Kenduri kat Rumah MENTUA Zulhaidi Jawi di Sg. Petani, KEDAH
di alamat:- 11, Persiaran BLM 4B, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, KEDAH
30 Nov - Kenduri kat Rumah Zulhaidi Jawi di Sg. Siput, PERAK
di alamat:- 85, Kampung Changkat Limau, Trosor, 31100 Sungai Siput Utara, Perak
30 Nov - Kenduri kat Rumah Juniah di Ayer Tawar, PERAK
di alamat: Lorong Haji Malek, Kampung Telaga Nenas, 32400 Ayer Tawar, PERAK
Semua senarai merupakan jemputan rasmi buat kawan-kawan…HARAP MAKLUM…
Tak banyak pon orang yang view aku…Rasanya ada lagi orang yang lagi popular dari aku (sudah amat pasti)…Apapun TQ-la sebab sudi jengok profile aku…