Jan
28
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 28-01-2009

Assalamualaikum wth…

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada TARO (nama sebenar Mohd Najib b Salim) dan isterinya kerana selamat dikurniakan seorang Putera bernama MOHD NAQIB pada jam 2.30pm Jumaat yang lepas. Harapnya lepas ni leh la Taro bawa jumpa bapa dan mak sedara SERATAS nii. So Taro, have you decided your baby’s nickname? Kut-kut nak letak Seven ka, Ace ka…Hahahah…Just kidding!!

OK…sambung balik cerita kita:-

Kira-kira jam 04.30am waktu tempatan (09.30am waktu Malaysia) maka tibalah kami di Lapangan Terbang King Abdul Aziz (rasanya laa), Jeddah. Kami kena menanti kira-kira 15-20minit sebelum tangga pesawat sampai. Lepas tu kami terus dibawa ke Lapangan Terbang untuk pemeriksaan imegresen dengan menaiki bas airport.

Terus terang aku katakan, lapangan terbang Kepala Batas lagi baik dari lapangan terbang Jeddah dari segi kebersihan, kemudahan dan lain-lain. Bilik air yang kurang bersih, tiada tempat berwuduk, ruang solat yang sangat terhad. Nasib la pihak TM membekalkan tikar yang bleh kami jadikan sejadah untuk tunaikan solat subuh. Kalau nak tunggu ruang solat lengang, rasanya dah terbabas subuh pertama kami di Arab Saudi.

Sementara menanti ruang imegresen yang sesak ngan manusia (masa kami sampai, ruang imegresen dipenuhi dengan jemaah dari Pakistan), sempat la jugak aku menjamah makanan yang aku ‘tapau’ dari kapal terbang. Dalam pkl 8.00 mcmtu, baru kami dapat masuk ke ruang imegresen tu. Penat jugaklaa menanti nak dapat turn masuk ke sana.

Bila dah dapat masuk ke ruang imegresen lain la plak ceritanya. Punyalaa lama tunggu sebelum dapat cop. Yang bleh jadi lama tu sebab ada orang kita masuk campur orang Arab buat kerja. Orang Arab ni pe’el depa ni tak bleh ditegur kesalahan depa. Makin menjadi-jadi laa lagak depa.

Ceritanya macam ni, ada seorang YB yang berada di dalam kelompok kami. Tak salah aku YB ADUN di satu kawasan di Selangor. Dia ni tidak berpuas hati ngan cara Pak Arab bekerja sebab mendahulukan orang yang kemudian datang. Maka diajarnya Pak Arab ni turutan yang sepatutnya. Maka apa lagi, makin menjadi-jadilaa perangai Pak Arab ni. Nak dijadikan cerita, cop imegresen yang sepatutnya dalam 1-2 jam berlarutan hingga hampir 4 jam. Huhuhu..Sungguh banyak dugaan!!!..

Dah abih urusan imegresen, kami dikehendaki ambil bagasi kami. Tapi yang sadisnya, ada beg yang dah rosak ‘dikerjakan’ Pak Arab. Beg Abah - sampai hancur rodanya. Beg aku plak dah tak boleh berdiri dengan stabil lagi. Beg mak plak, rodanya dah terkepeleok. Huhuhuh. Memang dugaan dalam ihram ni sungguh banyak. Sapa2 yang jenis baran, kenalaa praktis agak dikurangkan baran tu sebelum pergi menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah!!

to be continued…

Jan
25
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 25-01-2009

Assalamualaikum wth…

1st of all, aku nak sampaikan pesanan dari Leen Arbain @ uglyphantera…

selasa ni, jemputla datang ke kenduri doa selamat dia rumah saya, lepas zohor… peta adalah spt berikut: JEMPUTAN (tengok peta yang bawah, jln malawali, taman setapak)”

Ok…dah selesai satu perkara. Back to our story. Aku pendekkan cerita aku semasa berada di KJ. Sampai ja aku di KJ, Bang Cik Chot (my cousin) dah pun siap menanti bersama nasi dan lauk-pauk yang memang tak mampu kami ber’9′ (kami 6 + Bang Cik Chot, isteri dan Maisara - anak depa) nak habiskan. Petangnya, sampailah Chon, Rosli dan Hasmah (member-member SERATAS), Eki dan Bainul (member rumah sewa di UTHM) serta sedara-mara aku yang lain.

Kami berihram di KJ lagi. Kami berniat ihram untuk Haji (dah rancang nak buat Haji Ifrad memandangkan jangkamasa ihram sebelum tahalul awal kira-kira seminggu sahaja) di dalam kapal terbang iaitu di Qarnul Manazil - kira-kira 2 jam perjalanan ke Jeddah melalui flight. Kira-kira jam 8.30pm, kami semua dah kena masuk untuk check in dan lain-lain urusan - timbang dan checking bagasi, penerimaan paspot Haji dan tiket flight serta taklimat ringkas perjalanan. Cuma masa scanning luggage tu, aku punya beg ‘terkantoi’ bawak gunting janggut yang abah dapat souvenir dari TM. Alahai, kantoi jugak rupanya!!

Alhamdulillah, segala urusan di Kelana Jaya berjalan lancar sehinggalah di KLIA. Kami berkonvoi ke KLIA, 10 bas semuanya. Perjalanan KLIA agak lama, sejam. Jadi pada kesempatan tu aku tidur laa. Bas jemaah haji dieskot oleh polis trafik. Berasalaa jugak macam Agung gayanya…Hahahah…Yang bestnya, bas kami dibenarkan masuk sehingga ke tempat pendaratan kapal terbang. Mmg tak suspek langsung!!!

Cuma semasa di KLIA, beg bimbit yang sepatutnya boleh dibawa bersama menaiki plane, tidak dibenarkan pulak dibimbit bersama menaiki kapal terbang. Kena letak sekali ngan barangan lain di dalam kargo. Nasiblaa tak dak barang-barang penting dalam beg aku. Cuma abah terpaksa bawak bersama tiket penerbangan domestik untuk pulang ke Alor Setar sekembalinya dari Haramain, bimbang perkara yang tak diingini berlaku. Semua urusan lain di KLIA, berjalan lancar. Dan seperti yang dijadualkan, penerbangan kami ke Jeddah melalui penerbangan SV5005 - Saudi Airlines, KT 95 berlepas seperti yang dijadualkan - kira-kira jam 1.30pagi, 02 Disember 2008.

to be continued…

Jan
23
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 23-01-2009

Atas permintaan beberapa kawan, aku dah upload 44 gambar sepanjang aku berada di Mekah+Madinah+Kapal Terbang+KLIA+KJ daripada semua 6++ gambar sepanjang mengerjakan rukun ke 5 nii…Harap puas ati laa nooo…

Jan
21
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 21-01-2009

Assalamualaikum wth…

Seperti yang aku janjikan, this is the 1st post for my new category LabbaikAllah in this blog…Mungkin tak setiap hari aku akan cerita pasal perjalanan dan pengalaman aku di Haramain (2 Tanah Haram). Bila aku  check balik, alamak! Rupanya ada lagi topik yang aku tergantung lagi ceritanya. Topik atau cerita yang tertinggal tu nanti aku akan selitkan antara cerita dalam kategori ni..

1st time aku naik flight masa nak pi Mekah ni laa.Tapi  bukanla international flight, domestic flight jaa. Flight dari AOR-KUL (Alor Setar ke Kuala Lumpur)  jam 0900. Tapi yang bezanya nak pi buat Haji ngan penerbangan biasa - ramainya sedara mara, kawan-kawan yang pi hantar (Thanks Fiza). Feeling?? Aku happy jaa… Tapi ada sedara mara yang nangis-nangis. Sedih ker gembira, ntahlaa…

Masa masuk boarding room, aku ingatkan tak nampak dah sedara-mara yang datang. rupanya still boleh nampak depa. Tapi depa kena la keluar dari bangunan airport dan bergerakke tepi pagar kat sebelah bangunan LTSAH (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim). Bleh laa nampak kelibat depa melalui satu cermin kat boarding room. Lambailaa puas2 kat situ sebab bak menjerit pon, bukan depa dengar + buat malu kat orang jaa…Heheheh…

1st flight aku, dok kat ekor pesawat. Belakanggggg sekali. Kat dapur pesawat nuun. Huhuhuh. Perasaan…hmmm, macam naik bas jaa. Cuma ada safety belt laa. Dan akhirnya pesawat pon terbang. Masa nak naik ke udara tu, adehhh…sakit la plak telinga. Rasa berdengung jaa telinga. Huhuhuh…

Overall, Okla layanan pramugara dan pramugari MAS. Diberi kami makan kacang botak + air buah. Tu jaa laa sebab flight pon tak sampai sejam. Kalau kawan-kawan yang kenal famili aku, depa tau laa bapak aku ni jenis manusia yang rajin bercakap aka ramah. Dia punyala sembang ngan pramugara tu. Sebab pak aku ni ramah, masa turun flight kami dapatlaa beberapa tin soft drinks dan beberapa bungkus kacang botak. Hahahah, untunggg badan…

Dan akhirnya, pada jam 10.00am sampailaa aku di KLIA - buat pertama kalinya dalam hidup aku. Punyalaa besaq KLIA ni. jalan punya jalan, tak sampai lagi pintu keluar. Dan akhirnya sampai tempat ambik bagasi dan kami pon keluar, berkumpul kat satu tempat untuk di bawa ke Kelana Jaya. Kenala tunggu flight dari Kuantan yang dijanka tiba jam 12.00pm.Memandangkan ada banyak masa lagi, aku ajak mak,kak dan adik-adik aku pi makan. Pegawai TH cadangkan kami ke tingkat 2 KLIA sebab makanan kat situ murah sikit dari tempat-tempat lain.

Bila sampai ja kat tempat makan tu, pilih punya pilih and lastly kami ambik keputusan makan nasi beriani - RM6. Hmmm, oklaaa harga lebih kurang kat luar jugak. Lepas dah makan, kami pon bergegas naik ke tingkat 3, tempat berkumpul jemaah Haji. Dan tak lama lepas tu, kami pon dibawa ke Kompleks Haji KJ lepas jemaah haji dari Kuantan tiba. Sepanjang perjalanan ke KJ, aku tidoq. Setibanya di KJ, azan Zohor pon berkumandang. Check in ke bilik dulu. Pastu baru solat…Heheheheh…

to be continued…

Jan
20
Filed Under (Announcement) by zyehunt on 20-01-2009

Assalamualaikum…

Memandangkan aku tak dapat nak share ngan kawan-kawan perjalanan aku sepanjang berada di Tanah Haram, maka aku telah putuskan nak share ngan kawan-kawan kat blog ni. Kat sini SAHAJA cerita aku kat perjalanan aku kat Tanah Haram. The main reason I have choosed this medium to share my experience in Mekah and Medina sebab aku tau tak ramai orang yang baca blog aku. So boleh la aku syok sendiri…Hikhikhik. Selain daripada tu, bleh la aku elak perasaan riak, takabur, ujub dan lain-lain sifat mazmumah, Amin.

Semua coretan pengalaman aku sepanjang berada di Tanah Haram akan aku letakkan dalam kategori baru,  Labbaikallah . Saja buh tajuk Bahasa Arab. Macam glamour sket, kan?  Insya-Allah, aku akan cuba coretkan satu cerita setiap hari. Cerita pasal apa?? Aku tak decide lagi…May be pengalaman pertama aku naik flight, demam kat Mekah, kesejukan Madinah dan lain-lain. Tunggu jerlaa noo. Insya-Allah, aku akan mula coretkan esok memandangkan aku tengah banyak masa kesenggangan sekarang nii. OKlaa, kita jumpa lagi post yang akan datang…

Assalamualaikum wth…

Jan
19
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 19-01-2009

Assalamualaikum wth…

Selamat bersua semula di dalam wadah ini. Lebih sebulan aku tak coret sebarang post kat sini memandangkan charge internet kat Mekah terlalu mahal (SR10 untuk setengah jam perkhidmatan).Itu pun, aku jumpa kat hotel tempat aku menginap ja. Kat kawasan lain, tak jumpa pon. Memang aku ‘berpuasa’ internetla sepanjang bulan lepas. Sekali ja aku surf internet masa nak tgk tesult KPLI.Sampaila aku balik Malaysia, baru la aku usha balik.

For the 1st time, bulan 12 aku tak tulis langsung sebarang coretan di blog ni.Biasanya, at least mesti ada 1 post . Huhuhu… Kepada yang belum tau lagi, aku dah pon berada di bumi Malaysia sejak seminggu yang lepas. Aku tiba di KLIA jam 8.30am, 12.01.2009 dari Madinah menaiki pesawat Saudi Airlines. Aku sampai di Kepala Batas, Alor Setar (kembali kepada ejaan asal) jam 9.00pm pada hari yang sama. Tiba di rumah aku jam 10.15pm, lambat sket sebab singgah tunaikan kewajiban dulu.

Actually ada banyak benda yang aku nak share ngan korang. Tapi mungkin akan ambil masa sedikit.So rerajin la jenguk blog ni…OK!!