i, me, my, mine, myself
Assalamualaikum wth…
Minta maaf banyak-banyak sebab agak lama aku tak bercerita perjalanan aku sepanjang di Tanaj Suci tempoh hari. Kali ini, aku akan ceritakan kat kawan-kawan hotel tempat penginapan aku sepanjang sebulan aku berada di Makkah.
Hotel Seville ni merupakan hotel penginapan Muasasah Tabung Haji yang paling jauh jaraknya dengan Masjid Haram. Jarak hotel ini dengan masjid ialah 850m. Tapi, alhamdulillah kalau dibandingkan dengan saudara kita dari Afrika dan lain-lain, hotel tempat penginapan kami ni dikategorikan agak dekat dengan masjid memandang pembangunan yang pesat dilaksanakan ketika ini. Hampir keseluruhan hotel di keliling Masjid Haram dirobohkan untuk membina hotel-hotel baru yang lebih canggih dan selsesa untuk jemaah pada masa akan datang.
Aku bersyukur sangat-sangat kerana ditempatkan Di Seville. Walaupun agak jauh dari masjid dari segi jarak, namun pergerakkan untuk ke sana agak mudah menadangkan jalan yang rata tanpa berbukit-bukit. Jika dibandingkan dengan jemaah yang sepenerbangan kami, yang ditempatkan di Hotel Afwaj Al-Taubah - walaupun jarak dari Masjid Haram lebih dekat (750m), namun aku dengar ramai yang mengeluh kerana jalan yang berbukit-bukit untuk menuju ke masjid dari hotel. Kesian kat pakcik- pakcik dan makcik-makcik yang agak uzur. Yalah, kalau jalan macam tu kena guna kudrat yang banyak.
Dari segi kemudahan hotel, aku bersyukur sangat-sangat kerana Seville menyediakan fasiliti hotel yang aku bleh bagi 3 bintang (kecuali tempat makan - tak dak restoran kat hotel ni, bagi aku sama standard ngan kafeteria UTHM). Bilik, katil, selimut, lif, tandas dan lain-lain memang jauh dari jangkaan asal aku sebelum aku menjejakkan kai ke tanah suci. Jika dibandingkan dengan Al-Taubah yang terputus bekalan air selama 4 hari dan maktab 75 (penginapan TH yang paling hampir ngan masjid dan dikelilingi dengan kawasan shopping) yang keadaan bilik air yang kelihatan kurang terurus, aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah. Segalanya berkeadaan baik sepanjang sebulan berada di sana.
Namun, ada kekurangan juga kalau berada agak jauh dari masjid ini. Biasanya, waktu Zohor kami hanya berjemaah di surau hotel memandangkan keadaan yang panas terik dan berdebu. Kiranya kerugian besar jugak tak dapat solat sepenuhnya 5 waktu di masjid ni walaupun ada ulama mengatakan fadilat kelebihan solat 100, 000 kali lebih baik dari Tanah Halal merangkumi seluruh Tanah Haram - bukan di Masjid Haram sahaja, wallahualam. Namun kepuasan solat adalah di Masjid Haram gak. Dapat tengok Baitullah depan mata…Alahai…Rindunyaa!!!!
to be continued…
Assalamualaikum…
Berita baik buat semua kawan-kawan yang gagal untuk ambilan Januari dan yang pertama kali nak apply KPLI. KPLI untuk intake Jun sudah mula dibuka sehingga 1 Mac nanti. Sesapa yang berminat nak jadi cikgu, boleh la mula apply sekarang!! Jangan lepaskan peluang. Boleh beli no pin di Bank Simpanan Nasional seluruh Malaysia. ni plak link ke laman web KPLI - http://apps.emoe.gov.my/kpli/mohon/
Dan tidak dilupa, DPLI untuk intake Julai pon dah dibuka. Kepada sesapa yang berminat, boleh mula memohon dari sekarang sehingga 9 Mac ini. Hmmm, makin ramai yang akan pohon memandangkan ekonomi yang tengah lembab nii. Semua pakat nak minta job gomen. Nak apply DPLI bleh ke laman web http://upu.gov.my
Assalamualaikum wth…
Perjalanan dari Jeddah ke Makkah ialah sejauh 72km… Seingat aku, aku tak dapat nak melelapkan mata sepanjang perjalanan tu yang memakan masa selama 1 jam lebih. Biasanya, kalau naik bas, aku mudah terlelap. Tapi kali ni, aku nekad tak mau tidoq sebab aku nak lihat panorama bumi Arab dengan mata kepala aku sendiri.
Panas terik…Lumrah laa tu, kan? Menjejakkan kaki pertama kali di bumi Arab ni kiranya pengalaman tak terhingga yang aku kecapi. Sepanjang perjalanan melalui jalan raya (nak panggil lebuh raya, mcm tak layak jaa…hehehehe) 6 lorong yang belum siap sepenuhnya, di kelilingi pasir dan debu… memang tak dapat nak jumpa kat Malaysia. Tak dak apa yang nak aku ceritakan sangat sepanjang perjalanan ni melainkan jalan raya dia lagi besar dari Malaysia…Hahahah…
Sepanjang perjalanan kami, jemaah haji banyak bertalbiah - secara sendirian. Itulah perkara sunat yang amat digalakkan sepanjang berada di dalam ihram. Sampai ja kat sempadan Tanah Haram, aku cuak jugak. Yalaa, takut kalau-kalau hilang macam minah Indon dalam Mastika tuu…Huhuuh…tapi - ALhamdulillah, semuanya selamat. Nak bezakan Tanah Halal dan Haram??? Sama jaa… Cuma kita akan tau bila ada papan tanda ataupun batu tanda yang menunjukkan sempadan antara Tanah Halal dan Haram. Macam aku yang dari Jeddah akan melalui pintu gerbang yang berbentuk pedang bersilang.
Sebelum sampai ke tempat penginapan, kami dibawa ke checkpoint tempat pengesahan imegresen plak di Tanah Haram. Kiranya nak daftar masuk Makkah laa ni.Katanya, sebelum ni ia mengambil masa sehingga berjam-jam. Tapi, Alhamdulillah kami punya urusan sekejap ja. Dalam setengah jam sahaja. Mungkin disebabkan prosedur yang dikenakan kepada jemaah haji Malaysia telah dilonggarkan mcm yang aku tengok kat tv sebelum berangkat ke Makkah. Kat checkpoint tu, kami dibekalkan ngan buah tangan - air zam-zam dan makanan ringan. Perjalanan diteruskan menuju ke tempat penginapan kami di Makkah.
Lama jugaklaa kami berlegar-legar kat kota Makkah mencari tempat penginapan. Beberapa kali kami masuk jalan yang sama sebab tak jumpa hotel yang kami nak diami tuu. Sepanjang ‘kesesatan’ kami di kota Makkah, apa yang aku bayangkan mengenai kota Makkah - padang pasir yang tandus, berdebu, ketinggalan dari segi pembangunan, hotel pon macam hotel murah kat Chow Kit - memang meleset. Ternyata kerajaan Arab Saudi dah memajukan Kota Makkah sebaik mungkin. Dah ada beberapa bangunan pencakar langit, bumi Makkah yang menghijau ngan pokok bunga dan pokok Semambu serta lain-lain jenis pokok, banyak hotel yang aku boleh bagi 3-4 bintang kat sini malah hotel bertaraf 5 bintang pun banyak. Lagi banyak hotel yang berbintang-bintang di Makkah kalau nak bandingkan ngan Bandaraya Alor Setar.
Pusing punya pusing, last-last pemandu bas kami pon give up. Kena la tanya penduduk Makkah dan bawak kami pi ke hotel tempat kami menginap. Akhirnya sekitar jam 5.00petang, sampailaa kami di HOTEL SEVILLA BARAKAH - tempat penginapan kami sepanjang berada di Kota Makkah. Kami disambut dengan mesra oleh pegawai TH yang bertugas serta kakitangan hotel. Siap dapat tasbih dari kakitangan hotel. Beg besar semua diserahkan kepada diorang. Kami just bawa beg bimbit yang dibekalkan TH. Masa sampai, ramai jemaah dah mula bergegas ke Masjidil Haram. Kira-kira 1/2 jam ja lagi waktu Maghrib akan masuk. IIKami perlukan rehat yang secukupnya sebab malam tu nak pi buat Tawaf Qudum…
to be continued...
Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera…
Hehehe…Jgn salah sangka tau! Bukan album tut… Album gambar sepanjang ke Tanah Haram tempoh hari. Dekat separuh hari jugak aku dok susun semua gambar-gambar yang siap dicuci ke dalam album yang aku beli khusus nak letak gambar-gambar sepanjang di sana. Jemput laa mai tengok. Senangla sket aku nak stori. Kalau tak, sesapa yang mai aku tak tau nak stori apa. Kalau kita dok cerita macam tu macam ni dan bagi bayangan, tak sama dengan apa yang kita nampak, kan?
Kepada sesapa yang tak berkesempatan nak mai rumah aku, boleh la jengok kat profile aku. Aku dah pon upload sekitar 8% dari jumlah sebenar yang aku dah letak dalam album gambar tu. Kalau rajin atau sebarang pertanyaan, leh la letak kat foto komen…Sambungan cerita perjalanan dan pengalaman aku di Tanah Haram, akan aku sambung nanti. InsyaALLAH, jika ada kesempatan aku akan coretkan setiap hari di dalam bulan Februari ni. Jumpa lagi pada lembaran akan datang… Assalamalaikum…
Beg besar diletakkan disatu tempat mengikut nombor bas manakala beg bimbit kami bawa bersama-sama. Beg besar tu diuruskan oleh pak-pak arab(mungkin jugak Bangla, Pakistani ataupun Masri - Orang Mesir) yang bertugas di lapangan terbang. Beg tu diletakkan di atas troli dan ditarik menggunakan……apa ekk??? aku namakan lah jentera penarik troli. Hehehe. Sebelum menuju ke tempat berkumpul jemaah Haji Malaysia, ada satu lagi perkara yang perlu dicop pada paspot Haji kami.
JAuh jugak berjalan dari bangunan lapangan terbang ke tempat berkumpul jemaah Haji Malaysia. Bila keluar dari bangunan lapangan terbang, baru la aku tau - cantik jugak lapangan terbang dia…Luaran laa…Tapi toilet dia yang kat tempat imegresen tu still tak boleh blah.
Sampai ja kat tempat perkumpulan jemaah haji Malaysia, kami dikumpulkan mengikut nombor bas yang telah ditetapkan. Aku akan menaiki bas nombor 9 bersama ahli keluarga aku. Masa sampai kat situ, dah dekat masuk waktu Zohor dah.Aku pun pi la menyiapkan diri untuk bersolat Jamak Takdir Tamam Zohor-Asar : buang air + gosok gigi + berwuduk. Tapi toilet kat sini OK plak, bersih dan terurus. Ada orang kata tak leh gosok gigi. Tapi, menurut ijtima’ Ulama - BOLEH. Aku peduli apa kata orang, ulama-ulama sedunia dah diskusi benda ni, dah boleh tu, boleh laa… Pi Mekah untuk menunaikan ibadah ni, kita kena ada ilmu jugak. Jangan pakai ikut kata orang ja. Ikut laa pemahaman kita, sebagaimana yang telah kita belajar melalui kursus yang diikuti.
Setelah selesai menunaikan solat, maka petugas TH pun memula memanggil jemaah untuk menaiki bas. Memandangkan bas kami adalah bas yang ke-2 terakhir (semua sekali ada 10 bas), sempatla aku rest sat. Bila tiba giliran kami menaiki bas, petugas TH meminta kami beratur - barisan lelaki dan perempuan. Kebetulan pulak, salah seorang petugas tu merupakan anak kelahirah Mekah - berbangsa Melayu, parent dia Perak + Kedah. Orang Alor Setar Plak tu. Tok wan dia dok kat Tongkang Yard.
Sebelum berangkat ke Makkah, kami diberi makan tengahari : Nasi + Ayam Goreng + Sayur (kalau tak slah, kubis masak lemak) + Buah epal + Air. Aku tak makan pun. Still kenyang ngan makanan kapal terbang pagi tu. Selepas semua bagasi diletakkan di atas bumbung bas, maka bermulah perjalanan kami menuju ke Tanah Haram, Makkah Al-Mukarramah.
to be continued…
Assalamualaikum wth…
Hmmm…tak la berapa ramai...But thanks to those who are still interested to view my profile… Jenguk-jenguk lagi laa nooo… Aku kira bilangan seramai ni kiranya macam permulaan yang agak baik laa untuk tahun baru Masehi dan Hijrah, HAHAHAH…
InsyaALLAH, aku akan terus mem’blogging‘ lagi… Dengan penambahan kategori untuk cerita aku di Haramain, jadinya memang masih panjang lagi kisah yang aku nak share with you out there… Harap-harapnya, aku ada kerajinan nak teruskan blogging ni… Target aku nak capai 350 post sebelum ulang tahun ke 4 blog ni… Huh??? Dah 4 tahun ka aku dok merapu kat sini… Huhuhu…