Mar
29
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 29-03-2009

Orang yang mengerjakan tawaf amat ramai pada malam tu. Walaupun jam menunjukaan pukul 10.00malam, manusia tidak kelihatan surut mengunjungi Baitullah. Semakin ramai adalaa. Kami tak dapat terus mendekati Baitullah untuk memulakan tawaf. Kami perlu menyusup perlahan-lahan untuk menghampiri Kaabah.

Sebelum kiraan pusingan bermula, pakcik-pakcik sebilik dengan aku bersama Ustaz Mad sudah pun hilang dari pandangan. Kiranya tinggal kami anak-beranak jaa laa. Abah suruh aku berkepit dengan kakak aku sementara adik bongsu aku bersama mak aku dan adik tengah aku bersamanya. Dan kemudian kami berbaris melakukan tawaf keliling Kaabah.

Pusingan pertama, Oklaa. Tidak banyak sangat ujian. Tapi apabila memasuki pusingan kedua, jemaah yang mengerjakan ibadah tawaf semakin ramai. Kami pun sudah semakin berada di tengah lautan manusia. Tolak-menolak antara jemaah memang tak dapat dielakkan. Tapi yang paling mencabarnya apabila ada jemaah yang buat group untuk bertawaf. Biasanya, sepanjang berada di Mekah, jemaah dari negara Turki, Indonesia, India dan Pakistan yang suka bertawaf secara group ni.

Macam-macam pe-el yang dapat dilihat semasa melaksanakan ibadah tawaf ni. Macam aku nyatakan tadi, jemaah Turki selalu tawaf secara group. Jemaah dari Turki buatgroup ikut konsep LEBAH. Bila group dari Turki ni datang ja, habis semua orang dirempuhnya. Group diorang ni special sikit sebab ada bodyguard yang akan tolak jemaah lain yang sedang bertawaf umtuk bagi laluan kepada group diorang lalu. Memang menyakitkan hati bila dia tolak kita. Yalaa, takut bahu kiri ni terpaling dari Kaabah. Maka tak sahlah ibadah tawaf kita untuk pusingan tersebut. Dan dalam setiap group, ada satu kepala yang akan baca doa tawaf pada setiap keliling secara kuat. Dan jemaah dalam group tu akan ikut laa setiap butir perkataan yang disebut oleh kepala nii.

Jemaah dari Pakistan dan India, pe-el diorang ni lebih kurang ja. Depa ni pon suka bertawaf secara berkumpulan. Tapi lain sikit dari Turki. Konsep group diorang niaku namakan konsep ‘Keretapi Magnet’. Jemaah dari Pakistan/India (PAKIN) akan bertawaf main cilok. Ada jaa ruang kosong kat depan diorang, akan diciloknya (walaupun bahu terpaling dari Kaabah - Info Haji : Syarat Sah Tawaf, diorag tak peduli - may be mazhab diorang membolehkan, wallahualam). Lepas tu yang lain-lain pon akan ikut cilok sekali.Kalau kepalanya itu badan kecil -  mencilok ruang yang muat-muat badan diorang (kekadang tu tak dak ruang nak cilok pon, dicilok jugak!!), ahli yang ikut kepala tu pon akan ikut mencilok sekali walaupun badan dia 3-4 kali ganda besar dari ruang mencilok yang ada. Maka akan berlakukan rempuhan kat situ. Satu lagi pe-el jemaah PAKIN ni, diorang suka sangat ‘melekat’ kat jemaah di hadapan diorang - biasanya diorang akan pegang bahu jemaah di hadapan dia ataupun bergantungan pada bahu jemaah yang lebih tinggi. Kalau jemaah di hadapan diorang jalan terkemut-kemut, bersiap sedialah untuk ditolak agar berjalan selaju diorang.

to be continued…

Mar
28
Filed Under (KPLI) by zyehunt on 28-03-2009

Assalamualaikum…

Tinggal sekejap cerita aku di Tanah Suci. Aku akan sambung cerita tu, insyaALLAH esok plak. Mungkin ramai dah tau aku pernah menduduki ujian Mtest (peperiksaan untuk kemasukan KPLI) tahun lalu. Tahun ini, aku telah memohon untuk menduduki peperiksaan tu sekali lagi, dan alhamdulillah aku telah terpilih untuk mengikutinya buat kali ke 2.

Kalau tahun lalu aku telah memilih matapelajaran Matematik sebagai pilihan, tahun ini aku telah memutuskan untuk mengambil matapelajaran Sains pulak memandang persaingan tahun ni aku rasakan makin sengit. Matapelajaran Sains memenuhi kriteria degree yang aku ada (Kejuruteraan Elektrik) berbanding Sains yang memerlukan Ijazah Sains Aktuari, Statistik, Matematik atau Ijazah umum dengan kepujian C6 dalam Add Math SPM. For sure, persaingan sangat sengit.

Tahun lalu, aku menduduki Mtest di SMK Hutan Kampung, Tahun ini aku menduduki ujian yang sama di SMK Syed Mohamed Al-Bokhary. Aku sampai 10minit sebelum Mtest bermula. Kalau tahun lepas tak dak sapa pon yang aku kenal, tapi tahun ni adalaa beberapa sahabat yang aku kenal macam Jami (SERATAS) dan Izzah (SKAJ).

Kertas pertama aku kali ini adalah Bahasa Inggeris. Dikuti Matematik, INSAK, Verbal dan Analitikal. 2 kertas pertama memang buat aku kelam-kabut. Nasib la INSAK di antara 2 paper lagi.Kalau tak memangla aku makin poning…

Aku tahun ni hang kat soalan BI. Apala yang aku jawab. Harap2 betulla. Soalan Math, hmm..OKla walaupon aku kurang berpuas hati. Yang lain tu aku rasa average ja. Cuma aku tak la shock sangat ngan soalan analitikal sebab aku dah buat persediaan awal; dengan menjawab bentuk soalan macam tu. Kawan-kawan yang memang tak pernah jumpa, memang diorang tensen ngan analitikal tu.

INSAK..aku jadi hampir sepenuhnya diri aku. Harap-harap memenuhi la kriteria menjadi seorang cikgu.Aku amat mengharapkan agar nama aku tersangkut sekali lagi untuk ditemuduga May kelak dan seterusnya diserapkan diantara 3000 penuntut KPLI di IPG daripada lebih 60 000 pemohon di seluruh Malaysia. Aku mengharapkan tuah menyebelahi aku kali ini, insyaALLAH.

Secara keseluruhan, Mtest kali ni lebih sukar berbanding tahun lepas. Kalau tahun lalu, aku senang jaa jawab soalan BI dan Math. Tahun ni, naik berasap jugak kepala aku. May be last year, aku still fresh lagi ngan bahan-bahan ilmiah. Ni dah lebih setahun aku tinggal buku-buku ilmiah ni…Dah nak beku jugaklaa kepala otak ni..

Buat kawan-kawan yang terlepas ataupun tak dapat memohon KPLI kali ni, dengar katanya pengambilan KPLI yang terakhir adalah untuk intake Januari 2010. Menurut sumber yang tidak rasmi, seramai 8,000 pelajar akan diserap dalam pengambilan Januari nanti. Kepada kawan-kawan, alert la selalu ngan iklan di akhbar terutamanya iklan pada akhbar utama setiap Ahad. InsyaALLAH, kalau aku dapat apa-apa info aku akan kongsikan dengan korang di sini.

Mar
25
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 25-03-2009

Kami masuk masjid melalui Pintu Malik Fahd. Tak salah aku pintu bernombor 76. Seingat aku, terdapat 99 pintu untuk memasuki Masjid Haram. Antaranya ialah Babul Salam (Pintu Sejahtera), Babul Umrah (Pintu Umrah) dan Pintu Malik Aziz. Sebelum masuk, uncang kasut dan beg galaskami diperiksa. Yalaa, takut bawak masuk kamera. Tapi yang bestnya, kamera adik aku yang simpan kat dalam beg galas TH tak terkantoi, alhamdulillah.

Aku mempercepatkan langkah menuju ke Baitullah. Tak nampak lagi tempat sujud dan rukuk aku selama ini walaupun aku dah berada di dalamMasjid Haram. Di dalam masjid, macam-macam perilaku manusia dapat dilihat. Ada yang sedang bersolat, mengaji Al-Quran. Ada juga yang sedang menghilangkan lelah. Mungkin penat lepas melaksanakan ibadah tawaf.

Dari jauh, kelihatan kelambu hitam bersulam emas. Aku tak tahu, kenapa tetiba hati ini merasa sayu bercampur gembira. Sebak pon ada. Yang pasti, mata aku bergenang dengan air pabila pertama kali melihat Baitullah. Gembiraa yang amat sangat. Cuma air mata ni tidak sampai tertumpah. Ego aku masih kuat. Hati aku masih keras.

Suasana ketika aku dan famili melaksanakan tawaf qudum

Sampai sahaja di kawasan tawaf, Masya-ALLAH…Ribuan manusia sedang melakukan ibadah tawaf. Alhamdulillah, ALLAH berikan aku kekuatan. Aku tak la rasa takut atau gentar. Mungkin disebabkan pendedahan awal yang diberikan oleh abah dan penceramah membuatkan aku telah bersedia dari segi mental. Niat tawaf Qudum mula dipasang sebaik menjejakkan kaki di dataran tawaf.

Kami turun ke dataran tawaf dari arah Rukun Yamani. Manusia, memang terlalu ramai.Semasa turun ke dataran tawaf, pakcik - pakcik sebilik dengan aku serta Ustaz Mad masih kelihatan. Apabila ibadah tawaf mula dilakanakan, kedudukan bahu perlu dijaga, niat jangan terpesong dan kesabaran serta kecekalan perlu tinggi. Akhirnya pakcik-pakcik bersama Ustaz Mad hilang dalam lautan manusia!!

to be continued…

Info Haji

Rukun Yamani - tempat di mana para jemaah Haji sunat beristislam (melambai pada Kaabah). Kedudukannya Rukun Yamani ialah berhampiran Gerbang Kuning, landmark untuk keluar Masjid Haram melalui Pintu Malik Fahd.

Mar
24
Filed Under (LabbaikAllah) by zyehunt on 24-03-2009

1st of all, thanks to all the readers and I’m so sorry because not updating this blog for couple of weeks… Dah beberapa kali aku menjengah masuk kat ruang ‘write post’, tapi tak dak idea nak aku coretkan kat sini…Memandangkan aku punya target nak hantar 350 post menjelang ulang tahun blog ni yang ke - ??? (4 tahun kut…tak pun 3…), hopefully i’ll have strength and idea to create posts to achieve the target!!

Sejak sekian lama aku balik malaysia, aku dok cerita pasal hari pertama aku kat Tanah Haram, and for your info - aku masih belum abih lagi cerita hari pertama aku kat Tanah Haram (Ntah apalaa yang aku cerita selama nii…)

Setelah menunaikan solat Maghrib dan Isyak kat kamar hotel (sebab tak sempat nak rush ke masjid lepas check in ke kamar hotel), para jemaah KT 95 diminta berkumpul di lobi hotel untuk taklimat Tawaf Qudum dan peringatan ibadah Haji untuk para jemaah haji yang melaksanakan Haji Ifrad mahupun Haji Tammatuk. Aku dan abah bernasib baik kerana telah diperkenalkan dengan Ustaz Muhamad dari Kelantan oleh pak cik-pak cik yang diam sebilik dengan kami.Kiranya dialah yang bawa kami ke Masjid Haram untuk melaksanakan Ibadah Tawaf Qudum dan Saei Haji.

Kami bergerak bersama-sama dengan jemaah KT95.Masih ramai orang berpusu-pusu menuju ke Masjid Haram walaupun jam telah menunjukkan 9.00 malam. Kiranya dah hampir 2 jam solat Isyak dah masuk. Kalau kat Malaysia, dah lama masjid bergelap. Tapi lain pula cerita di Masjid Haram.

Perjalanan kami menuju ke masjid tak lah selancar seperti yang disangka. Pada sangkaan aku, orang akan semakin susut dalam jam ini. Tapi meleset sama sekali. Dijalanan, ribuan orang berjalan menuju ke masjid. Tu tak termasuk lagi para jemaah yang berkeliaran membeli cenderahati kat peniaga jalanan yang bertaburan di sepanjang jalan. Manusia…sangat ramai.Tapi mungkin sebab aku dah set mind, memang kerja haji ni tak mudah, maka apa yang aku hadapi rasa macam Ok jaa. Abah dan ustaz  dah bagi gambaran kasar apa yang akan kami hadapi. Persediaan mental perlu kuat, jadi tak la kita rasa tak la teruk bila berhadapan dengan situasi yang sebenar…

Dan akhirnya, maka buat pertama kali aku menatap Masjid Haram depan mata kepala aku…’Live’ tanpa ada hijab yang memisahkan pemandanganku. Masa tu, aku dah tak sabar-sabar nak menatap Kiblat yang selama ni aku tunduk rukuk dan sujud dalam solat. Kami bergerak pantas memandangkan orang semakin ramai dan akhirnya kami terpecah dengan kumpulan KT 95. Tinggal aku dan famili, pak cik-pakcik bilik bersama isteri mereka dan Ustaz Mad. Ustaz Mad kata, orang memang sangat ramai berbanding semasa ketibaannya 2 hari lepas. Dia memberi taklimat ringkas sebelum kami melangkah masuk menunaikan ibadah pertama kami di dalam Masjid Haram - Tawaf Qudum…..

to be continued…

INFO HAJI

Tawaf Qudum - Juga dikenali sebagai Tawaf Selamat Datang.Tawaf sunat yang dikerjakan oleh para jemaah haji dan biasanya dilakukan oleh jemaah haji yang melakukan Haji Ifrad.

Haji Ifrad - melaksanakan ibadah haji dahulu, kemudian melakukan Ibadah umrah dalam bulan Haji kemudiannya setelah selesai melaksanakan ibadah Haji.

Haji Tammatuk - melaksanakan ibadah Umrah dalam bulan Haji terlebih dahulu kemudian barulah melaksanakan Ibadah haji.

Mar
03
Filed Under (KPLI) by zyehunt on 03-03-2009

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tarikh Tutup Permohonan : 1 Mac 2009 (dah tutup daaa)

Semakan Ujian (Mtest) : 25 Mac 2009 (Sila cetak Surat Panggilan Ujian melalui Internet dan dibawa bersama semasa ujian)

Tarikh Ujian Mtest : 28 Mac 2009 (Sila bawa Surat Panggilan Ujian sebagai bukti)

Semakan Nama Calon Layak Ditemuduga : 22 April 2009 (Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga dan Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet)

Temuduga KPLI Jun 2009 : 27 April - 15 Mei 2009 (Jangan lupa bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi)

Semakan Calon Berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG) : 11 Jun 2009 (Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG)

Tarikh Lapor diri di IPG : 22 Jun 2009 (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar)

Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Tarikh Tutup Permohonan : 9 Mac 2009 (Sempat lagi nak memohon nii!)

Tarikh Tutup Penghantaran Salinan Sijil ke IPTA : 12 Mac 2009

Semakan untuk Ujian MEdSI : 13 April 2009

Tarikh Ujian MEdSI : 18 April 2009

Semakan untuk Temuduga DPLI : 11 Mei 2009

Tempoh Temuduga DPLI : Mei / Jun 2009

Kemasukan DPLI di IPTA : Julai 2009

Mar
02
Filed Under (Weblogs) by zyehunt on 02-03-2009

Huhuhu…Memang sket jer orang usha aku kali nii..Hmmm..Makin tak pemes rupanya aku nii…Hihihihih… Ataupun mungkin dah makin ramai yang beralih kepada MukaBuku (kata sahabat aku di Taiping, Azzu namanya)…Mungkin laa kut…Apapun kepada sesapa yang masih sudi jengok profile aku, terima kaseeh!!