i, me, my, mine, myself
Assalamualaikum wth…
Since 12.00am this morning and continued at 8.30am, i tried to check out the result for KPLI. Interview ja baru. Ntah dapat ka tak.Tensen gak dok tunggu lelama, tapi tak tau mcmana result. KPLSPM hrtu, sebelum tengahari dah bleh tau.Ntah apalaa nasib aku agaknya…
Seriously, aku agak berharap untuk terpilih dipanggil temuduga untuk kali ke-2. Last year, I thought the main reason i was not selected to go to IPG - I didn’t go for my convo, yet when attending the interview. Just 5 days to go before my convo day. At UTHM, you wouldn’t have transcript or degree cert till your convo day. Tak palaa, bukan rezeki aku tahun lepas.
Tu sebabnya aku macam mengharap dapat terpilih untuk ditemuduga kali ini. Bila pikir kan, dengan ekonomi dunia yang cycle every 10 years mcm ni - I feel more comfortable to be a government servant. Sambil-sambil tu, leh gak cari makan kat lubang lain, kan? Janji tak membelakangkan komitmen as an employee for the gomen.
Buat kawan-kawan yang terpilih untuk ditemuduga (aku rasa mula minggu depan sehingga 22 Mei) GOOD LUCK!!! Tak salah aku akan ada intake January 2010… Jangan putus asa!! Insya-ALLAH, rezeki ALLAH tak ke mana-mana… Jika aku ditakdirkan tidak terpilih untuk ditemuduga, aku akan berangkat ke UTHM tak lama lagi (kalau dapat temuduga pon, aku akan pi gak - ambik OSHA kat sana…). Kalau terpilih ke IPG Jun nanti, baru lah aku akan merancang semula masa depan aku. Mungkin aku akan ke IPG dan buat OSHA sekerat jalan. Tengolaa nanti. Buat masa ni, UTHM - tunggu kepulangan aku!!! Hahahahah…
This is the 4th anniversary of my blog…Sedar tak sedar, dah 4 tahun aku dok blogging…Ntah apalaa aku dok share ngan kawan-kawan kat sini. Dalam masa 10 hari terakhir ni, adala dalam 100 orang yang menjengah blog aku. Okla, walaupon tak ramai. Lagipon blog aku ni bukan blog popular macam si Aznil yang bercerita hidupnya sebagai artis yang penuh kontroversi.Hahahah…
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menjengok blog ni walaupun tak pernah tinggal sebarang komen. Aku dok bajet haritu nak capai 350 post sebelum ulang tahun ni, tapi tak kesampaian laa plak. Tahap kemalasan aku nak blogging ni semakin menjadi-jadi. Malas pon sebab malas nak pikiaq ayat-ayat untuk dijadikan perenggan seterusnya sebuah cerita dan dihantar sebagai satu post di dalam blog ini.
Aku pon tak pasti, akan wujudkah lagi ulang tahun blog ini pada tahun hadapan. Harapnya masih ada kekuatan untuk aku terus merapu di sini…
p/s: Bila baca post pertama aku di sini… Nampaknya perkara yang hampir sama aku buat hari ni…JOM TURUN KE BENDANG!!!
Assalamualaikum…
TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah berjaya terpilih untuk menduduki MEDSI, esok (SABTU, 18/04/2009). TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA. Jawab elok-elok soalan MEDSI. Setau aku, soalan MEDSI tak lah sesukar MTEST.
Aku, tak dak rezekila. Mungkin rezeki aku telah ditetapkan ALLAH di tempat yang lain. Mungkin KPLI, sapa tau kan?? Harap-harap, aku dapat tamatkan title ‘Penanam Anggur’ secepat mungkin. AMIN!!!
Mintak ampun banyak-banyak wahai kawan-kawan yang amat aku kasihi.Almost 2 weeks i didn’t update my blog. The main reason - MALAS!! Ok, harini aku akan selesaikan cerita aku ketika Tawaf Qudum yang tergantung tempoh hari…
Jemaah Indon plak, depa ni pon satu perangai macam jemaah PAKIN ngan Turki - tawaf berkumpulan. Agak ekstrem jugak cara depa tawaf. Aku namakan ‘Ulat Gonggok Garuda’.Sebabnya, kumpulan mereka agak panjang dan melaungkan selawat atau doa tawaf dengan suara yang lantang, samada laki mahupun pompoan. Bagi aku, jemaah Indon ni tak lah seekstrem jemaah PAKIN yang mengganggu ibadah orang lain dan jemaah Turki yang tolak orang lain untuk bagi laluan jemaah depa nak tawaf. Cuma apabila berselamat dengan sura yang lantang dalam satu kumpulan yang besar, bagi aku akan mengganggu konsentrasi jemaah yang lain.
Apabila melaksanakan tawaf pada waktu puncak ni, ketahanan mental dan fizikal amat penting. Silap haribulan, kalau buat lemah longlai ketika tawaf korang akan terpelanting ntah ke mana apatah lagi bertembung dengan kumpulan yang aku nyatakan tadi. Macam aku dan famili, dirempuh oleh kumpulan Jemaah Turki dan ditolak oleh jemaah dari India - dah jadi macam kebiasaan ketika bertawaf. Tapi apabila pertama kali bertawaf, memang menjadi kejutan kepada adik-adik dan kakak aku yang tak jangka dugaan untuk mengerjakan ibadah tawaf sebesar ini.
Sedari awal, aku dah menjangkakan bilangan orang yang tawaf pada hari pertama kami tiba di Mekah akan amat ramai. Kami memang sudah sedia maklum tentang perkara itu. Tapi kami tak menjangkakan akan dihimpit, ditolak dan bersesak ketika bertawaf. Aku kira bernasib baiklaa, sebab selalu ikut abah pi solat jenazah. Masa pi slat jenzah ni, bila nak keluar dari masjid ja, mesti akan melalui keadaan yang hampir sama - bertolak, berhimpit sebab nak dapatkan sampul sedekah dari keluarga si mati.Keadaan yang hampir sama jugak berlaku ketika tawaf. Cuma bilangan jemaah melaksanakan fardhu kifayah ni tak la seramai melaksanakan ibadah tawaf di Masjid Haram.
Tak semua orang berfikian sebagaimana kita dan tak semua orang mengamalkan cara beribadah sebagaimana yang telah kita pelajari. Apabila ditolak, dihimpit memanglah kita berada di dalam keadaan yang amat tidak selesa. Ada satu masa, aku yang memimpin kakak aku hampir sahaja terjatuh apabila dirempuh oleh jemaah Haji ntah dari mana datangnya. Kalaula terjatuh dalam bilangan jemaah yang beribu-ribu tu, silap-silap boleh maut dipijak oleh jemaah. Adik-adik aku pon, agak teruk dirempuh oleh jemaah haji. Nasibla ketinggian aku dan adik-adik boleh dikategorikan tidak terlalu rendah mahupun tidak terlalu tinggi - antara 5 kaki 6 inci hingga 5 kaki 8 inci. Dengan ketinggian seperti ini, agak memudahkan kami untuk menyempurnakan ibadah tawaf ini.
Hampir 2 jam masa yang diambil untuk menyelesaikan Ibadah pertama kami di Masjidil Haram. Setelah selesai melaksanakan ibadah Tawaf Qudum, kami mangerjakan solat sunat tawaf sebelum melaksanakan Rukun Haji - Saei Haji. Ketika kami meninggalkan Dataran Tawaf - kira-kira jam 12.00 tengah malam, masih ramai lagi manusia yang mengerjakan ibadah tawaf dan masih ramai lagi manusia yang baru tiba ke Masjidil Haram untuk melakukan ibadah kepada ALLAH YANG MAHA ESA.
to be continued…
May be kesan peralihan minat kepada Facebook… May be . . . Sebelum aku terlupa, kepada member-member KUiTTHO @ UTHM yang mengenali Mohd Nizam bin Jaafar, please forward your address to him via email or SMS sebab nizam nak pos kad kenduri dia bulan depan… InsyaAllah majlis Nizam akan dilangsungkan penghujung May dan awal Jun… And those who always support my blog, thaks a lot. Jemputlaa datang lagi noo… 2-3 hari ni aku malas nak update blog… InsyaALLAH, sikit masa lagi aku sambung cerita aku… I need to do a lot of works to achive 350 posts before my blog anniversary … Huhuhuhu…